suria

"Mama basuh 'blue' Nana ke?" - Bantal busuk disidai punca pengasuh disoal, si cilik 5 tahun buat muka sedih bagaikan reda... mujur alasan lipas menjadi!

Bantal busuk kak Nana yang diberi nama Blue.

TIADA harta yang lebih berharga bagi sesetengah kanak-kanak melainkan bantal busuk mereka.

Usahlah diambil apatah lagi untuk dibasuh, memang panjang la muncung masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual macam-macam nak ringankan beban suami tapi gagal, rezeki terbuka luas selepas tinggalkan komen di IG artis

ARTIKEL BERKAITAN: Bebelan yang dirindu... calon SPM buat ramai sebak ‘layan’ himpunan ‘voice notes’ arwah ibunya - “Kalau dengar memang menangis’’

Perkongsian seorang wanita yang berani mengambil risiko membasuh bantal kesayangan anak asuhannya baru-baru ini menarik perhatian warga net.

"Defini mak mencari gaduh ni," komen seorang netisen.

Bercakap kepada mStar, wanita terbabit, Noor Azlina Noraini, 37 berkata, bantal busuk yang diberi nama "blue" itu kepunyaan anak asuhannya, Ain Nur Syazana Zailani yang baru berusia lima tahun.

Menurut Noor Azlina, kanak-kanak terbabit yang dijaganya sejak berusia tiga bulan itu begitu teruja untuk pulang dan bermain sehinggakan terlupa untuk membawa pulang bersama bantal busuknya.

"Rumah Ain Nur bawah rumah je, kami duduk flat, bila ibu dia datang ambil, dia betul-betul teruja nak balik main sampai lupa pasal bantal dia.

"Malam tu kira dia tak tidur dengan akak, esoknya akak tanya juga pada ibu dia sama ada dia ada tanya "blue" dia ke tak, ibu dia cakap tak tanya, jadi malam tu apa lagi akak kerjakan la bantal dia," katanya, sesambil itu dia juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk pencuci jenama Sahajidah Hai-O yang dijualnya.



Kak Nana bersama abang dan adiknya.

Keesokkan harinya, dia disoal oleh kanak-kanak terbabit yang ternampak bantalnya itu dijemur diluar.

"Dia tanya "mama basuh blue Nana ke?", untuk sedapkan hati dia akak beritahu "ada lipas di tepi bantal sebab tu mama basuh, lipas tu nak gigit blue Nana", Ain Nur memang takut lipas.

"Ain Nur memang takut lipas, muka sedih sikit, itu pun dia tak puas hati, dia kali nak suruh tidur siang mesti dia tanya dah kering ke belum blue dia?

"Akak usik dia, "tinggal lagi blue dekat rumah mama, mama basuh la, baru wangi, kalau tak basuh nanti lipas datang gigit, lubang-lubang macam mana nak peluk?" dia pasrah je la bila mama cakap macam tu," katanya, menambah, bantal tersebut sudah beberapa bulan tidak dibasuh.

Jelasnya, sebelum ini dia pernah membasuh bantal tersebut dengan menggunakan alasan yang sama - "lipas nak gigit".

Selain Nana, Noor Azlina turut mengasuh abang dan adik Nana yang berusia lapan dan dua tahun.

Katanya, dia sudah mengganggap tiga beradik yang memanggilnya dengan panggilan "mama", seperti anaknya sendiri.



Noor Azlina dengan kak Nana.

Namun jelasnya, kak Nana yang baru sahaja dapat adik kini kelihatan sedikit sensitif berbanding dahulu.

"Kak Nana ni anak manja akak, sangat manja sebab akak jaga dia dari umur tiga bulan lagi, sekarang ni dia sangat sensitif mungkin sebab tu dia sedih sikit bila bantal dia dibasuh.

"Dia sensitif tu mungkin sebab dia ada adik, adik suka buli dia tapi dia tak pernah balas atau pukul, si adik pula asyik nak berkepit dan manja dengan akak jadi dia risau akak tak sayang dia lagi agaknya.

"Setiap kali nak suruh tidur akak akan tepuk-tepuk dia sekarang kena tepuk adik dulu, adik dah tidur baru boleh tepuk dan peluk dia, kalau adik tak tidur nanti adik akan kacau dia," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain