suria

Bersemangat kali pertama nak belajar menjahit, mesin jahit majikan sampai berasap ‘dikerjakan’ pekerja... bos ‘sound’ baik punya!

Mesin jahit berasap secara tiba-tiba kerana kerosakan pada bahagian motor.

KEBIASAANNYA tukang jahit akan mula tidak menang tangan beberapa bulan menjelang Aidilfitri kerana menerima tempahan baju raya yang bertalu-talu daripada pelanggan.

Jadi tidak hairanlah jika mesin jahit tiba-tiba meragam kerana perlu menyiapkan tempahan yang banyak.

Namun lain pula kisahnya dengan tukang jahit ini apabila mesin jahitnya berasap secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang jahit cun jahit baju sendiri sejak Form 3... tradisional, moden, busana pengantin semua boleh - “Saya ada gaya tersendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu jadi sifu sejak tingkatan dua, dah bergelar jurutera masih ‘steady’ jahit baju... bisnes menjahit menjadi, jejaka ini titip pesanan buat anak muda

Apa yang melucukan, insiden yang berlaku baru-baru ini berpunca daripada pekerjanya yang baru mahu belajar menjahit.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Cheni berkata, ketika kejadian, pekerjanya yang bernama Syakirin baru pertama kali 'menyentuh' mesin jahit.

"Syakirin ni dah hampir enam bulan bekerja dengan saya dan suami, Khairul Azreen di Khaice Tailor. Sebelum ini dia bekerja sebagai admin. Baru-baru ini dia kata nak belajar menjahit. Lepas tu dia siap bawa kain batik mak dia untuk jahit tepi.

"Itulah kali pertama dia menjahit. Saya pun cakap 'jom akak ajarkan'. Dia pun jahit. Tengah dia excited menjahit, tiba-tiba saya macam terbau sesuatu macam hangit.

"Puas kami cari punca bau itu, akhirnya Syakirin jumpa... rupa-rupanya dekat bahagian motor mesin jahit tu berasap. Siap ada percikan api dan keluar bunyi. Terus kami tutup suis.

syakirin

Syakirin sedang belajar mengukur dan menggunting daripada Cheni.

"Terus saya berseloroh dengan Syakirin 'amboi hang first time menjahit terus berasap'. Dia minta maaf sebab tak sengaja tapi saya okay saja. Saja je saya berseloroh sebab rasa lucu pula. Tapi dia bagus sebab nak belajar," kata wanita berusia 28 tahun ini.

Menurut Cheni, disebabkan ketika kejadian hanya mereka berdua berada di kedai, dia segera menghubungi juruteknik untuk membaiki mesin jahit berkenaan.

"Rupa-rupanya motor mesin jahit tu dah lama tak diservis. Dah lebih 10 tahun. Motor tu dah cukup masa untuk servis. Kita pula hanya servis belting padahal motor tu jantung mesin.

Saya saja share video tu sebab rasa ia epik sangat... pertama kali staf menjahit terus mesin berasap. Syakirin pun gelak bila tahu videonya viral.

CHENI

"Dia kata kalau press lagi boleh meletup. Mujur Allah lindung. Kebetulan ketika itu kami dapat banyak tempahan set kaftan juga. Kalau tak jadi insiden macam ni, kita pun tak tahu," katanya sambil menambah kedai jahitnya terletak di Kulim, Kedah.

Tambah Cheni, dia sama sekali tidak menyangka perkongsiannya mengenai insiden lucu itu secara suka-suka di TikTok mempunyai hikmah tersendiri.

"Sebelum ini kami suami isteri buat bisnes menjahit secara kecil-kecilan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kami buat getah rambut... nak buat baju raya, tak ramai tempah sebab PKP.

kaftan

Antara tempahan kaftan pelanggan.

"Walaupun kecil-kecilan, Alhamdulillah rezeki tak putus. Kenalan-kenalan banyak support. Pertengahan November lalu baru buka kedai jahit. Siapa sangka, selepas video mesin jahit berasap tu viral, Januari ini ibarat membuka rezeki buat kami.

"Saya pun terkejut bila video tu blow up. Secara tak langsung, orang kenal kedai kami dan mula tempah baju kaftan. Kami banyak terima tempahan secara online. Setakat ini paling jauh terima tempahan dari Sabah, Sarawak dan Singapura.

"Tak sangka, saya saja share video tu sebab rasa ia epik sangat... pertama kali staf menjahit terus mesin berasap. Syakirin pun gelak bila tahu videonya viral. Secara tak langsung, saya tumpang rezeki Syakirin," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain