suria

Hampir 2 tahun ada je halangan, pembantu jurutera di Singapura pulang bawa kejutan... 3 adegan, 3 kali si ibu ‘hujan’ di restoran

Seorang ibu menerima kejutan sempena hari ulang tahun.

SAMBUTAN hari ulang tahun seorang ibu pastinya amat bermakna apabila menerima 'hadiah' yang tidak disangka-sangka.

Wanita itu bukan sahaja bertuah meraikan hari istimewa bersama keluarga, malah turut dikejutkan dengan kehadiran seorang anak yang lama tidak bersua muka.

Tentu sekali air mata seorang ibu mengalir sebaik melihat anak lelaki di hadapan mata di sebuah restoran yang dijadikan lokasi sambutan hari jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak pulang mengejut selepas 2 tahun terpisah, bapa tersedu-sedu imamkan solat Maghrib - "Rasa bersalah pula buat ayah sebak"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Wanita' berpurdah tiba-tiba muncul waktu malam depan mak... hanya bertahan 5 minit, renjer hutan takut terkeluar suara jantan terus buat kejutan gubahan duit!

Anak berkenaan, Muhammad Aziezul Azman berkata, dia mula bekerja sebagai pembantu jurutera di Singapura pada Februari 2020.

Namun, pemuda berusia 24 tahun itu tidak menjangka pandemik Covid-19 menyebabkan dirinya terpisah dengan keluarganya selama hampir dua tahun.

"Masa mula-mula dapat kerja dulu, saya berulang-alik ke tempat kerja naik bas antara Johor dan Singapura setiap hari.

"Bila PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan, saya terpaksa menyewa bilik di Singapura berikutan pintu sempadan negara juga ditutup," katanya kepada mStar.

kejutan dari singapura 2

Aziezul bertugas di Singapura sejak Februari 2020.

Walaupun skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) diperkenalkan sejak Ogos 2020 yang membolehkan pekerja Malaysia di Singapura pulang ke tanah air, namun Aziezul 'terkandas' berikutan kos kuarantin yang dikenakan adalah tinggi dan perlu ditanggung sendiri.

"Bukan setakat kos kuarantin tinggi, prosesnya juga memakan masa di kedua-dua negara. Jadi tidak berbaloi untuk saya pulang menerusi PCA.

"Mujur ada VTL (Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin) yang baru diperkenalkan pada akhir November lalu yang membolehkan kami yang bekerja di Singapura pulang ke Malaysia tanpa kuarantin," ujarnya yang berasal dari Gelang Patah di Johor Bahru, Johor.

kejutan dari singapura 6 W

Aziezul (tengah) bersama ibu (kanan) dan adik.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, sejak akhir tahun lalu, dia merancang untuk pulang bertemu keluarganya pada 4 Januari tahun ini, sempena hari ulang tahun ibunya yang ke-45.

"Saya bersyukur sangat sebab dah beli tiket bas lebih awal sebelum kerajaan mengumumkan penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif VTL digantung sementara berkuat kuasa 22 Disember berikutan penularan Covid-19 membabitkan varian Omicron," katanya mengenai pengumuman yang akan berakhir 20 Januari ini

Saya dan ibu sangat rapat. Ibulah tempat saya mengadu dan meluahkan perasaan

MUHAMMAD AZIEZUL AZMAN

Bagaimanapun, dilaporkan bagi pengembara yang sudah memiliki tiket perjalanan VTL darat dan udara serta memenuhi syarat ditetapkan, mereka boleh meneruskan perjalanan di bawah inisiatif itu.

Mengenai kejutan yang hanya diketahui sepupu dan adik-beradiknya, Aziezul berkata, petang hari kejadian dia menaiki bas dari Singapura ke Johor Bahru sebelum menyamar sebagai pekerja restoran yang menjadi lokasi majlis hari jadi ibunya di sebelah malam.

kejutan dari singapura 3 W

Wajah ceria ibu Aziezul (tiga, kanan) meraikan hari ulang tahun bersama keluarga.

Bagaimanapun, dia yang berkhidmat di sebuah kilang di Serangoon di republik itu tidak menyangka drama air mata berlaku beberapa kali saat kejutan dibuat.

"Sepupu bawa kek tu ke restoran dan beritahu keluarga yang ia adalah hadiah daripada saya di Singapura. Masa tu ibu dah mula menangis.

"Kemudian sepupu bagi mesej yang saya hantar menerusi WhatsApp dan minta ibu baca di hadapan semua orang. Masa baca tu ibu menangis lagi.

"Selepas itu barulah saya muncul sebagai pekerja restoran hantar air kat ibu sebelum ibu menangis lagi bila nampak saya depan mata.

"Saya dan ibu sangat rapat. Ibulah tempat saya mengadu dan meluahkan perasaan. Kepulangan saya amat dinantikan ibu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain