suria

Adik rindu teruk abang masuk sekolah, dah dapat jumpa ‘accident’ pula... rupa-rupanya ada kaitan dengan PKP!

Miqhael dan Rayyan berlanggar dan terjatuh ketika si abang pulang dari sekolah, Isnin.

GELAGAT seorang kanak-kanak yang terlampau rindukan abangnya ketika pulang dari hari pertama sesi persekolahannya pada Isnin, cukup menghiburkan hati warga maya.

Dalam sebuah video yang dikongsikan di media sosial, kanak-kanak berusia tiga tahun itu dilihat berlari menerpa ke arah abangnya sebelum berlanggar sesama mereka dan jatuh tersungkur.

"Ragam hari pertama anak buah pergi sekolah, macam dah bertahun tak jumpa abang dia," tulis Zafirah Zainoddin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Guna jangan sampai kering minyak pula” - Dulu hanya berniaga naik EX5, usahawan berjaya imbas detik disindir saudara, sahabat asyik kondem

ARTIKEL BERKAITAN: Sengkenit seronok bergayut di mata anak sampai ‘montel’, mujur petua diguna si ibu menjadi... tapi akhirnya ke klinik juga!

Menurut wanita berusia 36 tahun itu, video gelagat dua anak buahnya itu dikongsikan adiknya yang juga ibu kanak-kanak itu, Nurhafizah Zainoddin, 32, yang menetap di Sungai Tua, Selayang.

Katanya, Miqhael Minhad yang berusia lapan tahun dan adiknya, Rayyan Rafael Minjad, 3, memang cukup akrab.

"Video tu adik akak yang hantar nak tunjuk gelagat anak buah, memang selalu macam tu.

"Adik dia memang akan selalu cari abang sebab sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu abang dia sajalah kawan dia, jadi bila abang pergi sekolah memang dia akan cari.

"Dia (Rayyan) memang tak pernah berpisah dengan abang dia," katanya yang mempunyai enam anak buah, kesemuanya lelaki.



Hubungan Miqhael dan Rayyan cukup akrab.

Berkongsi drama pagi sebelum ke sekolah, Zafirah berkata, Miqhael yang begitu teruja untuk memulakan sesi persekolahan, pada mulanya minta untuk dikejutkan pada pukul 5.30 pagi.

"Dia pagi tadi (Isnin) nak bangun tu liat la sikit, lepas tu ada hati nak mama dia kejut pukul 5.30 pagi, bangun pukul 6.30 pun dah liat.

"Tapi lepas mandi tu sekejap je dia siap, lepas tu tak sabar nak pergi sekolah," katanya sambil menambah Miqhael merupakan anak sulung kepada adiknya.



Miqhael, Rayyan dan adik mereka Aqel Jebat.

Namun, katanya, Rayyan juga tidak kurang bersemangat pada pagi Isnin.

"Miqhael bangun, Rayyan pun bangun nak hantar abang dia pergi sekolah.

"Dia yang terlebih bersemangat," katanya.

Selain Miqhael dan Rayyan, Nurhafizah mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Aqel Jebat yang kini baru berusia sembilan bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain