KEPELBAGAIAN kaum yang wujud menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik. Di sebalik isu-isu panas yang sengaja dicetuskan segelintir pihak, hubungan erat antara kaum sebenarnya masih utuh, sebagaimana yang terjalin sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Terbaharu, aktivis sosial terkenal, Kuah Chee Heng atau Uncle Kentang turut berkongsi kisah seorang wanita Melayu yang berusaha membantu seorang remaja berbangsa Cina. ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan nak tanya setiap penyumbang?” - Dituduh terima wang haram, Uncle Kentang ‘sekolahkan’ pihak cetus isu tak masuk akal ARTIKEL BERKAITAN: Bukan darah daging, ikatan persaudaraan pun tidak! Uncle Kentang bangga anak angkat panggil ‘ayah’... janji lindungi mereka - "Ia bukan pilihan tapi tanggungjawab" Jelasnya, remaja berusia 18 tahun itu mengalami masalah kewangan selepas kehilangan ibunya baru-baru ini. "Mana ada rasis. Aku sebak dan terharu. Wanita Melayu mesej saya bertalu-talu. Meminta saya serahkan beliau maklumat mengenai anak Cina yang ingin ke universiti. Beliau tanggung penuh. Uncle Kentang berkongsi kisah itu menerusi Facebook miliknya pada Ahad. "Wanita Melayu yang bernama S telah kejar saya dan berkali kali mesej saya untuk hasrat beliau tanggung penuh seorang anak Cina umur 18 tahun yang ingin memasuki Inti University untuk belajar, inilah keindahan Malaysia," tulis Uncle Kentang. Bercerita lanjut, Uncle Kentang mendedahkan remaja itu turut berdepan masalah kewangan untuk menguruskan jenazah ibunya, baru-baru ini. "Anak Cina ini kehilangan mak baru-baru ini dan tak mampu urus mayat emak. Kita bantu. "Pencapaian dia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak mengejutkan, banyak A+ dan layak masuk ke universiti. UNCLE KENTANG "Dan kini sewa bilik berlapiskan katil buruk yang telah robak. Tetapi dia gigih nak masuk universiti. Pencapaian dia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak mengejutkan, banyak A+ dan layak masuk ke universiti. "Oh tuhan, ini sangat hebat. Suka semangat begini, kita rakyat Malaysia yang hebat. Inilah Malaysia. Keindahan dalam kebenaran. "Terima kasih Puan S yang asyik hambat saya untuk dapatkan maklumat anak Cina ini dan akan taja semua kos universiti kerana saya sibuk edarkan bantuan banjir," ujarnya. Dedah Uncle Kentang, abang kepada remaja itu kini bekerja sebagai pelayan restoran, manakala bapanya sedang mencari isteri baharu. Malah, remaja itu juga tidak mempunyai ramai saudara mara yang boleh menghulurkan bantuan. Sikap murah hati Puan S turut mendapat pujian ramai. (Gambar Hiasan) Perkongsian Uncle Kentang mengenai kisah itu di Facebook miliknya pada Ahad turut meraih perhatian ramai. Selain simpati dengan nasib remaja itu, ramai yang turut memuji sikap wanita Melayu itu yang berbesar hati dalam membantu remaja berkenaan. "Dia tak ada saudara. Kita jadi saudara dia. Ramai di luar sana yang mahu bantu. Tunjukkan keputusan yang baik nanti di universiti. "Terima kasih Puan S. Semoga dipermudahkan segala urusan. I love Malaysia. "Semoga Allah peliharakan keharmonian Malaysia," ujar beberapa netizen di ruangan komen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI