suria

Empat beranak rempuh lembu waktu Maghrib, pasrah tengok kereta baharu remuk - “Jadi macam ni, mana keberkatan rezeki?”

Rakaman dashboard sejurus sebelum kereta dipandu Shida melanggar sekumpulan lembu. Gambar kecil keadaan kereta terbabit kemalangan.

NASIB malang menimpa sebuah keluarga pada tahun baharu apabila mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi satu perkongsian rakaman dashboard sebuah kereta, kenderaan yang dipandu dalam keadaan gelap melanggar sekumpulan lembu yang melintas jalan.

Berkongsi pengalaman, Shida Wan Mohd berkata, kemalangan berlaku di jalan utama di Jalan Pantai Merang, Setiu, Terengganu, kira-kira pukul 7.30 petang, pada 6 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi ngeri selepas setahun kahwin... 55 minit jantung suami berhenti, 42 hari terlantar di hospital - "I dah tak cantik, nanti you cari orang lain"

ARTIKEL BERKAITAN: Insaf selepas 2 kemalangan, jurutera kongsi kisah ponteng kelas, mengantuk dan gagal konvo bersama kawan... semuanya akibat merempit - "Cedera hanya tinggal parut"

Wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, dia dan keluarganya dalam perjalanan dari rumah keluarga di Besut ke kediamannya di Kuala Terengganu.

"Saya memandu kereta. Suami bersama seorang anak berusia setahun di kerusi bahagian belakang. Anak sulung berusia tiga tahun di tempat duduk penumpang hadapan.

"Kedua-dua anak ditempatkan pada carseat masing-masing, manakala saya dan suami memakai seatbelt semasa kejadian," katanya kepada mStar.

Mengimbas kembali detik sebelum kejadian, Shida berkata dia tidak mengenal pasti sama ada terdapat papan tanda peringatan kawasan haiwan melintas atau tidak.

"Suasana gelap dan tempat di situ kurang pencahayaan lampu jalan. Kami biasanya lalu jalan lain, jarang lalu Jalan Pantai Merang jika ulang-alik balik ke kampung.

"Waktu tu sudah gelap kerana dah Maghrib dan cuaca elok saja. Saya turunkan highbeam light sebab ada kereta dari arah bertentangan. Tak sempat nak buka lampu tinggi.

"Tiba-tiba sekumpulan lembu meluru ke tengah jalan dengan laju. Sistem kereta sempat detect tapi lembu tu memang dah dekat sangat sehingga rempuhan berlaku," ujarnya yang berasal dari Kuala Terengganu.

langgar lembu 4

Keadaan jalan yang gelap ketika kejadian.

Ibu kepada dua anak itu amat bersyukur apabila keluarganya selamat tanpa sebarang kecederaan namun keretanya model Aruz mengalami kerosakan dan remuk di bahagian hadapan.

"Saya dan suami panik tetapi ditenangkan orang ramai yang berhenti melalui kawasan tersebut. Anak-anak saya trauma, Alhamdulillah sekarang dah okay.

"Anak sulung asyik tanya kat mana kereta, dan dia ingat kejadian. 'Oh kereta dah pecah' kata anak," katanya sambil menambah tiada mana-mana pihak menghubunginya susulan kejadian berlaku.

Hilang kenderaan, harta boleh cari, tapi cedera parah atau hilang nyawa tiada ganti

SHIDA WAN MOHD

Bersyukur keluarganya selamat, Shida yang merupakan seorang peniaga reda dengan insiden yang berlaku dan akur dengan takdir apabila mengenangkan kereta yang baru setahun dibeli hasil perniagaan.

"Walaupun baru nak masuk setahun guna, harta semua pinjaman Allah. Dia berhak tarik dan kita kena reda, berlapang dada dengan takdir... ada hikmah dan teguran Allah nak bagi.

"Tapi baca ayat Kursi sebelum memulakan perjalanan. Pakai seatbeat dan pastikan anak-anak kecil duduk dalam carseat," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian.

langgar lembu 5 W

Remuk di bahagian hadapan kereta.

Sehubungan itu, Shida menasihatkan semua penternak atau pengembala haiwan supaya menjaga ternakan mereka dengan baik bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

"Ikatlah haiwan ternakan. Jangan biarkan berkeliaran merata-rata. Sifat haiwan tak boleh dijangka fikiran kita. Boleh jadi duduk diam tepi jalan, tiba-tiba meluru laju tengah jalan.

"Hilang kenderaan, harta boleh cari, tapi cedera parah atau hilang nyawa tiada ganti. Jika jadi macam ni, di manakah keberkatan hasil rezeki anda," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain