PERMAINAN emosi yang dibawa oleh gadis ini ketika membuat persembahan nyanyian ternyata meruntun hati netizen. Malah, cover lagu Rindu Setengah Mati dendangan asal D'Masiv oleh Nurkiasatina Abdul Khadir turut meraih sehingga 1.5 juta tontonan. Ramai netizen turut memberikan pujian apabila dia selamba menyanyi sambil duduk di kerusi dalam satu acara yang diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, pada Disember lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu! ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘rindu ex’ nyanyi di tangga, kawan rakam pun tak sedar... tahu-tahu ramai offer jadi pengganti!- “Saya masih tak boleh move on” Ketika dihubungi mStar, gadis berusia 20 tahun yang mesra disapa Kia itu sempat berkongsi kisah di sebalik kesedihan yang dizahirkan dalam nyanyian tersebut. "Video itu dirakam pada Disember lalu, ketika ada acara di tempat saya belajar. Saya sebak kerana cuba mendalami maksud lagu itu. Pada masa sama, saya teringat kenangan lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya rindu keluarga, teringat bekas kekasih... semua benda saya cuba ingat. Saya suka-suka saja, tak sangka sampai lebih sejuta orang tonton video nyanyian itu," ujarnya. Menurut gadis dari Sungai Petani, Kedah itu, dia sememangnya suka menyanyi sejak kecil lagi. Kia juga pandai bermain gitar. Selain menyanyi secara suka-suka, dia juga aktif menyertai kelab nyanyian di sekolah sehingga berjaya menguasai teknik bermain gitar seawal usia 12 tahun. "Saya minat menyanyi sejak kecil sebab mak ayah selalu bawa pergi karaoke. Mak ayah pun suka menyanyi. Kalau di sekolah pun, saya pernah buat persembahan. Saya orang pertama tawar diri untuk nyanyi. Sebelum ini memang cita-cita saya nak jadi penyanyi. Kalau ada rezeki, InsyaAllah saya terima. KIA "Saya sertai kelab nyanyian di sekolah. Ketika darjah enam, saya cuba main gitar pula," ujar Kia yang juga anak bongsu daripada tiga beradik. Imbas Kia lagi, dia mula berkongsi video cover nyanyian di Instagram sejak berusia 16 tahun. Kini, dia aktif berkongsi video nyanyian menerusi platform TikTok sehingga tular ke negara seberang. "Waktu tingkatan empat, saya selalu cover lagu di Instagram. Kemudian saya cuba TikTok pula. Ada juga dapat followers dari Indonesia. Kia kini menuntut di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. "Pada masa sama, ramai yang turut hantar mesej dan request saya nyanyi pelbagai lagu sampai tak menang tangan nak layan. Kebetulan saya sibuk dengan tugasan pengajian. "Tapi, saya nak ucap ribuan terima kasih kepada semua tak kisah dari Malaysia atau Indonesia. Terima kasih sokong saya," ujarnya lagi. Kata Kia, dia juga tak menolak rezeki seandainya dapat bergelar penyanyi suatu hari nanti. Kia tak menolak rezeki jika dapat bergelar sebagai penyanyi suatu hari nanti. Malah, Kia turut memasang angan-angan untuk berdiri atas satu pentas dan merakam lagu dengan penyanyi Sarah Suhairi. "Sebelum ini memang cita-cita saya nak jadi penyanyi. Kalau ada rezeki, InsyaAllah saya terima. Jika ada rezeki jadi penyanyi, saya nak duet dengan Sarah Suhairi. "Saya rasa suaranya unik dan dia inspirasi saya. Kalau ada peluang, saya juga nak masuk program realiti nyanyian. "Dulu pernah ada orang cakap suara saya biasa-biasa saja. Tapi saya tak kisah. Ia membuatkan saya lagi bersemangat untuk buat cover nyanyian. Kejadian itu menjadi pembakar semangat saya," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI