BERGELAR peguam selama lima tahun, keputusan Jarir Jafni Harun untuk terjun ke dunia bisnes tidaklah seindah yang disangka. Selain menempuhi cabaran yang tak berpenghujung, dia turut dipandang sinis segelintir individu kerana sanggup 'memperjudikan' profesion itu demi impian baharu. Berusia 37 tahun, dia yang senang disapa Jarir mengakui perjalanan tersebut sebenarnya banyak memberi kematangan dalam diri sehingga mampu berdiri pada tahap hari ini. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga rindu nak berniaga di pasar, jual online serba tak kena... TikTok kena sekat, pelanggan pula main-main - “Nak simpan duit sambut baby” ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 bulan bersabar bisnes tak laku, nasib remaja ini berubah sekelip mata hanya selepas hargai tempahan sebungkus rempeyek "Saya bekerja sebagai peguam selama lima tahun. Saya tukar profesion kerana tercari-cari apa sebenarnya yang menggembirakan saya? Saya nampak yang saya suka berniaga. Saya juga suka cuba benda baharu dalam hidup. "Jadi, saya mulakan bisnes butik pada tahun 2013. Bermula dengan kosong, saya cuba dan belajar dengan pengalaman sendiri. Namun disebabkan pandemik, butik yang berusia sembilan tahun akhirnya terpaksa ditutup pada awal 2021. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Pada masa sama, saya sudah mulakan bisnes makanan yong tau foo sebelum pandemik melanda. Pada waktu itu, saya buat secara tak serius. Tapi lama-kelamaan, saya rasa ia boleh pergi jauh. "Tapi kalau diingat semula, saya pun sebenarnya sayang nak tinggalkan bidang guaman. Kerjaya peguam dipandang tinggi, tiba-tiba tukar bidang yang tak glamor. Orang nampak saya macam selekeh kerana buka gerai. Jarir memiliki tiga cawangan kedai Tepen Yong Tau Foo yang terletak di Bukit Antarabangsa, Ampang dan Bangi. "Ada kawan yang mula menjauh, segan nak berkawan dengan saya. Tapi saya tak berapa hiraukan sangat. Sebab saya cari duit. Kalau saya susah, bukannya orang nak tolong. Hanya kita dapat bantu diri sendiri," ujarnya. Dalam masa dua tahun, bapa kepada seorang cahaya mata itu sudah memiliki tiga cawangan kedai Tepen Yong Tau Foo yang terletak di Bukit Antarabangsa, Ampang dan Bangi. Kedai saya yang sunyi dan terletak di kawasan belakang tiba-tiba meriah dan dipenuhi pelanggan. JARIR Namun katanya, cawangan ketiga yang mula beroperasi di Bangi pada awal tahun ini berdepan proses yang sukar sehingga menyebabkan dia hampir berputus asa. "Cawangan ketiga saya di Bangi Square ini istimewa sikit. Kedai saya berada di kawasan belakang. Macam-macam isu yang berlaku sehingga saya hampir putus asa. "Sudah menjadi kelaziman juga, hujung tahun saya akan bawa mak ayah untuk jalan-jalan. Pada penghujung 2021, saya tengah serabut mengenai kedai itu. Tapi ayah minta bawa dia jalan-jalan seperti tahun sebelumnya. Dalam kekusutan itu, saya tetap bawa mereka ke Melaka dan Johor. "Saya ceritakan kepada mak ayah dan minta doa mereka. Selepas pulang, saya hanya ada masa seminggu sebelum kedai beroperasi. Banyak hal belum selesai, memang serabut dan saya 50-50 saja pada waktu itu sama ada nak buka kedai atau sebaliknya," ujarnya. Hidangan yang menjadi pilihan ramai di kedai miliknya. Di sebalik pelbagai dugaan dan rintangan, kedai Jarir yang sepatutnya memulakan operasi pada 1 Januari ditunda kepada 2 Januari. Dalam masa sama, Jarir turut berkongsi video mengenai kedainya ke aplikasi TikTok sehingga dia menerima rezeki yang tak disangka-sangka. "Dengan tindakan saya bawa mak ayah jalan-jalan, Allah gantikan balik, hantar orang untuk tolong saya. Saya dapat idea untuk buat video dan kongsi ke TikTok, ia tiba-tiba tular. "Kedai saya yang sunyi dan terletak di kawasan belakang tiba-tiba meriah dan dipenuhi pelanggan. Daripada sale tak berapa ada pada hari pertama, hari kedua dan ketiga terus jadi meriah. Ramai yang datang dari serata Selangor. "Saya yang asalnya sedih tiba-tiba jadi bersemangat balik. Saya terkejut ramai yang beri sokongan," ujarnya panjang lebar. Jarir bekerja sebagai peguam selama lima tahun. Dalam temubual sama, Jarir turut menitipkan pesan buat peniaga-peniaga baharu agar cekal menghadapi ujian dalam bisnes. "Satu benda yang saya ingat sepanjang buat bisnes, hati kena cekal. Pengalaman akan datang masa kita jalankan bisnes. "Untung rugi itu adat. Ada masa naik, ada masa turun. Macam mana kita gembira dan bersyukur ketika bisnes naik, kita juga kena bersyukur ketika bisnes turun. "Yang penting jangan down. Kalau saya rasa down, saya hanya akan down sehari saja. Esoknya saya akan fikir balik idea-idea bisnes dan akan bangkit. Yang penting jangan putus asa. Kita fokus, buat sampai jadi," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI