TERPAKSA berkorban dan berbahagi kasih sayang ibu bapa sesama adik beradik bukanlah perkara yang mudah apatah lagi bila melibatkan kanak-kanak yang masih kecil. Kakak atau abang seringkali menjadi 'mangsa' apabila terpaksa makan hati dan mengalah dengan adik-adik yang lebih kecil. Walaupun reda, kadangkala hati kecil mereka tetap terusik terutama sekali apabila melihat perhatian ibu dan bapa mereka lebih terarah kepada adik-adik. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Akibat’ jadi diri sendiri, rakan-rakan kepada ‘wanita bersuara lelaki’ sering dianggap curang oleh pakwe masing-masing ARTIKEL BERKAITAN: “Dari planet mana ni?” - Guru ada bakat luar biasa, lukis 4 potret serentak guna semua tangan, kaki "Baby nak abah, tak mau (mahu) kawan dengan ibu, semua tak suka baby, tak sayang baby," itulah kata-kata pilu seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang kecil hati kerana terpaksa mengalah dengan adiknya yang berusia dua tahun. Video kanak-kanak berkenaan, Nur Mawaddah Saffiya Amirul merajuk dan menangis menginginkan bapanya, Amirul Ali, 31, tular di media sosial baru-baru ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, ibunya, Fatin Nabila Azizan, 29 berkata, video tersebut dirakam setelah dia buntu dan tak tahu bagaimana lagi hendak memujuk anak ketiga dari empat beradik tersebut. "Dia memang anak abah, tiap kali menangis mesti dia nak abah, masa tu dia terasa hati jadi dia bawa diri pergi duduk dekat kusyen menangis sendirian, saya pujuk pun dia tak nak, sedih tengok dia. "Dia suruh saya video call tapi saya call abah dia tak angkat sebab sibuk bekerja jadi saya ambil video tu saya cakap nanti saya hantar pada abah tapi dia tak mahu juga. Dia masih menangis sampai mata merah bengkak-bengkak," katanya, sambil menambah suaminya bekerja sebagai seorang nelayan. Fatin bersama keluarga kecilnya. Menurut Fatin yang menetap di Teluk Kumbar, Pulau Pinang, anaknya itu sanggup menunggu bapanya di kerusi yang sama sehingga keesokan harinya. Menjelaskan punca anaknya itu merajuk, Fatin berkata, kanak-kanak itu pada mulanya ingin bermain skuter miliknya, namun adiknya, Muhammad Farhan Hamka Amirul berebut permainan tersebut. "Adiknya biasalah apa yang kakaknya pegang semua adik dia nak, jadi saya selalu beritahu dia kena mengalah bagi adik guna dulu nanti dia dah senyap ambil semula. "Yelah memang dia bagi tapi dia tetap pendam, sedih itu yang dia cakap semua tak sayang dia semua sayang Aan (Farhan) barang dia semua jadi barang Aan," katanya, sambil menambah skuter milik Farhan telah rosak. Mawaddah sedih kerana adiknya mahu bermain skuter miliknya. Menurut Fatin sebagai ibu, dia turut terkesan melihat anaknya yang berasa sedikit tersisih. "Saya tengok dia menangis saya pun menangis sama, tapi kita pun mesti tengok anak yang kecil dulu," katanya. Keesokannya apabila suaminya pulang, Mawaddah segera memeluk bapanya itu. "Macam tak jumpa setahun, terus tak nak dekat mama, nak abah je. "Abah dia pun memang seorang yang pandai ambil hati anak-anak," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI