JIKA melihat pada bentuk badannya yang tegap dan sasa, siapa sangka usianya sudah mencapai 60 tahun. Memasuki usia warga emas, kudrat lelaki ini cukup bertenaga mengangkat berat. Tahap kecergasannya dalam aktiviti bina badan juga mengalahkan kebanyakan anak muda! ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara sado, nampak muda lelaki ini kena menjawab dengan polis lalu 'fast lane' di PPV - "Dulu orang panggil pakcik, sekarang abang" ARTIKEL BERKAITAN: Nak panggil pakcik atau abang? Pemuda ini 'sentap sikit' bapanya disangka anak gara-gara nampak lebih muda, fit Bercakap kepada mStar, Zetri Munir masih bergiaf aktif dalam bidang kecergasan meskipun bertahun-tahun 'merehatkan' diri daripada menyertai pertandingan bina badan. Datuk kepada enam cucu itu merangkul gelaran Mr Universe di Kejuaraan World Mr Universe di Hawaii, Amerika Syarikat pada 1995. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya mula menyertai pertandingan bina badan pada 1989. Pencapaian tertinggi saya adalah Mr Universe di Hawaii. "Penyertaan terakhir saya adalah di Bangkok, Thailand pada 2017 dalam kategori terbuka asia, ketika itu berusia 55 tahun," katanya ketika dihubungi. Zetri ketika merangkul gelaran Mr Universe di Hawaii, Amerika Syarikat pada 1995. Selain Mr Universe, Zetri juga dinobatkan sebagai Mr Asia dalam pertandingan bina badan di ChongJin, China pada 1995. Bapa kepada sembilan anak itu turut mewakili negara dalam temasya Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, merangkul Mr Universe di Melaka pada 2011 dan Juara Mr Rony Classic di Jakarta pada 2013. Masih mengekalkan badan berotot. Zetri yang menetap di Butterworth, Pulau Pinang mengakui banyak soalan yang diajukan terutama mengenai bagaimana dia masih dapat mengekalkan tubuh sasa. "Sebenarnya semua benda yang bergerak atau hidup selagi aktif, insyaAllah boleh maintain keadaannya walaupun usia dah lanjut. "Tapi semuanya memerlukan usaha, disiplin dan komitmen seperti pemakanan seimbang dan dibantu dengan suplemen serta melakukan senaman," katanya. Zetri (kanan) bersama isteri. Namun pengusaha gim di Butterworth itu menegaskan bahawa latihan dan senaman di gim bukan semata-mata untuk bertanding atau memiliki badan berotot. "Paling utama adalah menjaga kesihatan diri. Senaman di gim adalah salah satu cara saya menjaga kesihatan selain pemakanan dan rehat yang cukup. "Semangat saya bersenam seperti hari-hari beraksi di pentas pertandingan bina badan," katanya mengenai penyertaan sulungnya di Melaka dan merangkul gelaran Mr Asia pada 1994. Zetri bersama sebahagian cucu. Selain mengusahakan gim sejak 2005, Zetri juga merupakan jurulatih kecergasan di mana rata-rata kliennya jauh lebih muda. "Klien saya paling muda berusia 15 tahun dan merupakan atlet. Saya melatih bukan untuk menjadi sado sahaja, tapi juga mengikut keperluan badan mereka dalam sukan yang diceburi. Semangat saya bersenam seperti hari-hari beraksi di pentas pertandingan bina badan ZETRI MUNIR "Kesemua mereka memanggil saya 'abang' walaupun saya sendiri akui layak dipanggil atuk, dah ada enam cucu pun," ujarnya secara berseloroh. Menyukai lagu-lagu dendangan penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah dan penyanyi Iklim, Allahyarham Saleem, Zetri turut mengusahakan bisnes peralatan dan aksesori gim serta suplemen kecergasan. Zetri bersenam di gim untuk penjagaan kesihatan. "Hasrat saya untuk mengembangkan perniagaan gim, harapnya dapat membuka lebih banyak cawangan pada masa akan datang. "Bina badan sentiasa menjadi hobi saya. Buat masa ini belum terfikir untuk berhenti. Ikutkan dari keadaan badan, bila-bila masa saya boleh bertanding untuk kategori terbuka. "Apa yang lebih penting dan menjadi keutamaan saya kini adalah dikurniakan kesihatan meskipun usia warga emas dan menjadi datuk kepada cucu-cucu," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI