suria

Ibu pening anak teringin nak rambut biru, tapi semua ini ‘hanya sementara’ - “Daddy dia macam tak bagi”

Aidil teringin untuk memiliki rambut berwarna biru dan ibunya memberi keizinan.

GENERASI dahulu dan sekarang cukup berbeza.

Kecanggihan teknologi menjadikan dunia pada masa kini tanpa sempadan.

Ini secara tidak lansung mendedahkan generasi muda kepada trend, budaya malah fesyen yang lebih pelbagai.

ARTIKEL BERKAITAN: Opah lagi best! Nenek rela batal temu janji selepas ‘tewas’ dengan video cucu, cubaan ibu ‘umpan’ anak gagal - “Dia seret beg sampai tengah malam”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hiba tengok anak merajuk ‘nak abah’! Tunggu bapa pulang cari rezeki di laut, tertidur di kusyen sampai esok - “Semua tak sayang baby”

Berkongsi video anaknya yang baru sahaja membirukan rambutnya, Nurul Nor Jannah Azmi, 29, mengakui dia kadangkala pening melayan permintaan anak tunggalnya itu.

Mesra disapa Yana, wanita ini berkata anaknya, Muhammad Aidil Zafran yang berusia lima tahun sudah lama meminta untuk diwarnakan rambut.

'"Dia minta warnakan rambut dari tahun lepas sebab dia tengok TikTok atau YouTube, ada orang rambut biru.

"Dia cakap dia nak warna rambut bagi nampak handsome.

"Mak ngah (bu saudara) dia hari tu baru free jadi baru sempat nak warnakan rambut dia. Mak ngah dia yang juga biras saya kerja di sebuah salon di tempat saya berniaga," katanya yang menjual secara dalam talian dan di Uptown Pandan, Johor Bahru, Johor.

Yana bagaimanapun menegaskan bahawa warna tersebut hanyalah sementara, dan rambut anaknya itu akan dipotong sebelum dia memulakan sesi persekolahan pada Mac ini.

"Saya sedar benda ni tak bagus dan tak sesuai dari segi agama, tapi ia sementara sahaja, ayah dia kerja kedai gunting rambut jadi bila-bila masa boleh potong rambut dia.

"Pada saya ia fesyen, dan ini satu-satunya permintaan anak saya, dia pergi sendiri ke salon dan tak bagi saya masuk kedai... memang sementara sahaja.

"Sambil tu saya fikir boleh tolong promosikan perkhidmatan biras saya yang masih baru dalam bidang salon," katanya.



Yana bersama keluarga kecilnya.

Jelasnya, Aidil sangat gembira dengan gaya rambutnya yang terbaru.

"Dia memang happy, habis satu kawasan semua cakap rambut dia cantik dan dia handsome.

"Dia cakap kat bapa dia daddy, semua orang cakap abang handsome, daddy je tak percaya.

"Daddy dia macam tak bagi, memang kalau ikutkan hari tu juga dia nak potong tapi Aidil tak bagi," ceritanya.



Kedai gunting rambut milik suami Yana.

Menurut Yana, kanak-kanak pada masa kini lebih terdedah kepada dunia luar yang membuatkan mereka kadangkala meminta sesuatu yang sedikit luar biasa.

"Budak-budak sekarang tak macam budak dulu, mereka dah upgrade, kadang pening nak layankan kerenah dia seorang," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain