BAGAIKAN cinta pandang pertama. Begitulah yang dirasai seorang bapa muda ketika dia pertama kali menatap wajah bayi sulungnya, Qaseh Nur Mikayla yang selamat dilahirkan pada 3 Ogos tahun lalu. Menurut isterinya, Nor Hasrita Radzuan, 24, dia yang terbaring di katil hospital pada waktu itu sebak tatkala Muhammad Arif Fitri Mustafa, 23, diberi peluang untuk mendukung bayi mereka, beberapa jam selepas dilahirkan. ARTIKEL BERKAITAN: Nikmat sambut bayi sulung 1 Ramadan buat bapa muda mengalir air mata - “Rasa tak percaya, pengalaman yang menginsafkan saya” ARTIKEL BERKAITAN: Baru 4 hari pindah, isteri pula hamil 4 bulan... pengantin muda terkedu lihat kereta terbakar di depan rumah, nasib baik ayah sanggup redah! "Saya bersalin dalam jam 10 malam pada hari tersebut. Esoknya, jam 10 pagi baru dapat tengok bayi. Ketika pertama kali dapat pegang anak sendiri, suami menangis sebab tak percaya dah jadi bapa pada usia muda. "Dia tenung anak kami lama-lama. Saya sendiri pun rasa sebak. Tambahan pula saya terkenang pengalaman ketika hamil, lima bulan pertama saya alahan teruk. Pernah termuntah tepi jalan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja," ujarnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Senang disapa Hasrita, dia baru-baru ini turut berkongsi rakaman penuh emosi itu ke aplikasi TikTok sehingga ia meraih lebih setengah juta tontonan. Selain dibanjiri ucapan tahniah, Hasrita turut sebak apabila wanita-wanita yang belum berpeluang menimang cahaya mata menghubunginya untuk berkongsi kisah duka mereka. Kehadiran Qaseh Nur Mikayla menjadi pelengkap kehidupan pasangan itu. "Saya rakam video itu untuk disimpan sebagai kenangan. Risau ia hilang kalau disimpan dalam telefon. Tak sangka ramai yang tonton. Suami pun tahu video itu sedang viral, dia segan sebenarnya. "Ramai juga netizen yang tanya usia kami. Malah, ada juga wanita yang belum dapat cahaya mata hantar mesej dan berkongsi cerita mereka. Ada yang dah kahwin lama, tapi belum diberi rezeki. Di sekolah menengah pun kami bermusuh. Saya tak suka sebab dia menjengkelkan. HASRITA "Pada masa sama, ramai juga yang komen minta doa agar mereka pun cepat dikurniakan cahaya mata," ujarnya yang bersyukur diberi peluang untuk bergelar ibu pada usia muda. Bercerita mengenai perkahwinannya yang berlangsung pada 6 Jun 2020, Hasrita mengakui dia tidak pernah menyangka akan menjadi isteri kepada rakan sekolahnya sendiri. Imbas Hasrita, dia juga pernah berdepan persepi kurang menyenangkan mengenai keputusannya bernikah pada usia muda, namun tetap meneruskan hasrat tersebut, sebagaimana takdir yang sudah tersurat. Pasangan sama cantik sama pada ini mula berkenalan sejak zaman sekolah lagi. "Memang ada timbul persepsi mengenai kahwin muda. Tapi kami terima jodoh ini seadanya. Sebenarnya saya dan suami dah kenal sejak sekolah rendah lagi. "Tapi ketika itu, kami sekadar kenal dan tak bertegur sangat. Di sekolah menengah pun kami bermusuh. Saya tak suka sebab dia menjengkelkan. "Ketika dah nak habis sekolah baru kami bercinta. Saya pun tak terfikir dia akan jadi suami saya. Dulu saya sambung belajar, saya fikir mungkin akan bertemu jodoh dekat universiti. Hasrita bersyukur diberi rezeki untuk bergelar ibu pada usia muda. "Tapi jodoh sudah tertulis. Dia yang terbaik untuk saya. Anak kami pun dah usia lima bulan sekarang. Kini, saya sedang biasakan diri dengan kehidupan sebagai ibu. "Tiga bulan pertama agak sukar. Tapi sekarang kami makin OK. Bayi saya pun akan tidur sepanjang malam, dah tak berapa meragam macam dulu," ujarnya lagi. Mengenai dirinya, Hasrita menjalankan perniagaan pusat berpantang di Semenyih bersama kakaknya sejak setahun lalu, manakala suaminya merupakan operator di sebuah kilang di Bangi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI