suria

Wow! Ramai tak sangka CEO Sirim pernah bekerja dengan orang terkaya dunia, Elon Musk

Elon Musk bersama dengan Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad.

NAMA Elon Musk amat dikenali seluruh dunia dan individu ini amat sinonim dengan kejayaan serta kekayaannya.

Siapa sangka pada 2004, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sirim Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad pernah bekerjasama dengannya sebelum melancarkan satelit kedua negara, RazakSAT.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 orang terkaya dunia kini bertambah kaya! Nilai kekayaan meningkat lebih RM1.67 trilion tahun 2021

ARTIKEL BERKAITAN: Sirim sasar jadi pemimpin bukan pengikut... yakin teknologinya mampu memacu ekonomi, sosial dan pertumbuhan negara

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Ahmad Sabirin yang menceritakan kisah di sebalik foto bersama Musk yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

"Saya hubungi dia pada Krismas tahun 2003 untuk meneroka kemungkinan melancarkan satelit ke Orbit Hampir Khatulistiwa (NEqO).



Falcon 1 adalah pelancaran pertama mereka.

"Memandangkan kebanyakan kenderaan pelancar tidak pergi ke orbit rendah bumi sebaliknya beroperasi di orbit polar, saya sangat teruja apabila dia berkata ya dan bersetuju untuk melakukannya," tulisnya dalam posting di Facebook yang kemudiannya tular.

Susulan panggilan yang dibuat, Ahmad Sabirin kemudian berkunjung ke pejabat di El Segundo, California untuk berbincang mengenai pilihan yang ada dan projek kerjasama mereka.

Untuk rekod, Ahmad Sabirin pernah menetap di El Seguendo pada 1996 ketika menjadi antara perintis kumpulan jurutera yang terlibat dalam pembangunan satelit MEASAT-1 di Hughes Aircraft Company (kini Boeing).

Pakar kejuruteraan aeroangkasa itu berkata dia dan Elon kemudian telah bertemu berkali-kali selepas itu dan akhirnya membuat keputusan untuk melancarkan RazakSAT dari Kwajalein Atoll, di Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.

Bagaimanapun Ahmad Sabirin memaklumkan kepada pengasas Tesla dan SpaceX ini bahawa dia perlu menunjukkan hasil kejayaan kenderaan pelancar Falcon 1 terlebih dahulu sebelum meneruskan projek yang dipersetujui.

Tiga pelancaran pertama Falcon 1 telah gagal, termasuk pelancaran ketiga menggunakan satelit tiruan, membuatkan syarikat Musk hampir muflis gara-gara banyak kos telah digunakan untuk projeknya.

NASA pada ketika itu mahu Musk dan pasukannya membuktikan mereka mampu membuat pelancaran yang berjaya sebelum diberikan lebih banyak dana.

Pada pelancaran seterusnya, mereka berjaya melakukannya, justeru Ahmad Sabirin yakin untuk melancarkan RazakSAT pada ketika itu.

Walaupun terdapat beberapa gangguan dan kelewatan, RazakSat telah berjaya dilancarkan pada 14 Julai 2009 yang mana ia masih kekal sehingga kini.

"Macam-macam telah terjadi dan kini lelaki itu adalah orang terkaya di dunia (mengikut pasaran saham). Malaysia antara yang memainkan peranan dalam menjadikan siapa dia pada hari ini.



Diiktiraf sebagai orang terkaya di dunia.

"Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Kita boleh!" ujarnya yang mengetuai kumpulan jurutera untuk mereka bentuk, membangun, melancar dan pengoperasian RazakSAT.

Ini sememangnya satu sejarah yang sangat menarik yang tidak diketahui khalayak.

Berdasarkan laporan terkini, kekayaan Musk ini melepasi nilai AS$300 bilion (RM1.25 trilion) untuk kali kedua pada awal Januari 2022 dan kembali menjadi orang terkaya di dunia.

Kekayaan Musk meningkat mendadak berikutan lonjakan dalam saham Tesla, didorong oleh perjanjiannya dengan syarikat sewa kereta Hertz untuk penjualan 100,000 unit Tesla.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain