KATA orang, jodoh tidak mengira rupa mahupun jarak. Begitulah juga dengan wanita ini yang sama sekali tidak menyangka dipertemukan dengan seorang lelaki yang sudi menerima dirinya seadanya. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang senang dikenali dengan nama Ayu Abdullah berkata, perkenalannya dengan bakal suami yang berasal dari Aceh, Indonesia, bermula dari sesi live Bigo sewaktu dia menjual pakaian di laman berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Wow, yakinnya kamu! Model plus size hanya fikir sayang diri sendiri, dah tak peduli pasal body shaming - “Terpulanglah kepada mulut mereka” ARTIKEL BERKAITAN: Hilang 49kg dalam masa 11 bulan! Penampilan gadis ini bagi langit dan bumi, ada cakap macam budak sekolah... offer nak bayar kalau kongsi tip "Kami start berkenalan pada pertengahan Oktober tahun lalu. Masa itu saya host Bigo dan dia join live saya sewaktu saya berniaga. Dia memang selalu join live saya. "Kira-kira dua minggu kemudian iaitu pada 1 November, dia tiba-tiba minta nombor telefon saya. Terkejut juga masa tu. Saya fikir kenapa dengan dia ni. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya ambil masa dua, tiga hari juga fikir sebelum beri nombor telefon. Tapi saya fikir positif dan anggap niatnya sekadar nak berkawan. "Sebelum ini 'bertemu' di laman sosial saja. Seminggu kemudian barulah kami berjumpa buat pertama kalinya. Memang berdebar juga sampai saya beritahu mak angkat yang tolong hantarkan saya ketika itu," cerita wanita berusia 30 tahun ini. Menurut Ayu, dia pada mulanya menganggap jejaka berusia 33 tahun bernama Azhari itu sekadar teman biasa kerana tidak mahu episod dukanya berulang kembali. Ayu bersama bakal suaminya, Azhari (dua dari kanan). "Malah kami selesa guna 'kau dan aku' ketika perbualan. Tapi tanpa disangka, pada Disember, masa kami bertemu, dia tiba-tiba tanya 'Nak jadi bini aku tak?' "Mahunya saya tak terkejut. Masa tu ragu-ragu juga niatnya. Bukan apa, sebab sebelum ini saya dah pernah lalui episod putus cinta... malah pernah putus tunang. Tak semua lelaki pandang perempuan plus size. Ada yang hanya pandang duit. "Saya tanya dia banyak kali, sudi ke terima saya. Tapi dia tetap tegaskan, dia tak pandang pun rupa fizikal saya. Kemudian dia minta pula nombor telefon ayah saya untuk meluahkan hasrat mengambil saya sebagai isteri," ujar anak sulung daripada tujuh beradik ini. Ayu yang menjalankan bisnes pakaian sejak tiga tahun lalu berkata, dia akhirnya terbuka hati menerima jejaka dari seberang itu sebagai bakal suami kerana sikapnya yang berbeza dengan lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini. Saya tanya dia banyak kali, sudi ke terima saya. Tapi dia tetap tegaskan, dia tak pandang pun rupa fizikal saya. AYU ABDULLAH "Selain menerima saya seadanya, dia juga banyak menegur ke arah kebaikan," katanya yang berasal dari Muar, Johor. Hampir tiga bulan mengenali hati budi masing-masing, Ayu berkata mereka akhirnya mengikat tali pertunangan pada 9 Januari lalu. "Majlis tu pada mulanya untuk pihak lelaki hantar tanda (cincin) saja. Kami tak rancang nak bertunang, sebaliknya nak bernikah terus. Tapi ia ibarat 2 in 1 akhirnya, merisik dan bertunang," katanya yang kini menetap di Klang, Selangor. Menurut Ayu, mereka bakal disatukan pada pertengahan tahun ini. Majlis pertunangan kecil-kecilan di kampung Ayu di Muar, Johor. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Ayu berkata dia terharu apabila menerima komen daripada netizen yang mendoakan jodohnya selain mengucapkan tahniah di atas pertunangannya. "Ada netizen komen, dia gemuk dan rendah diri untuk berpasangan dan merasakan saya beruntung kerana bertemu lelaki yang tak memilih. Saya doakan bagi mereka yang masih mencari jodoh agar urusan mereka juga dipermudahkan. "Jangan down, insyaAllah jodoh pasti ada... sama ada lambat atau cepat saja," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI