KELAPANGAN waktu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 membolehkan bapa kepada tiga cahaya mata ini meneroka hobi baharu. Menurut Muhammad Zulhusni Shamsudin, 32, dia pada waktu itu mahu membeli burung peliharaan untuk anak-anaknya, namun diri sendiri yang terjebak dengan hobi berkenaan. "Saya mula membela burung kakak tua pada Mei 2020. Asalnya saya nak beli burung kecil untuk anak-anak saya bela. Pada waktu itu, saya baru tahu ada burung kakak tua yang jinak. Dari situ saya jadi minat. Ingat nak beli untuk anak-anak, akhirnya beli untuk diri sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Apa saja demi haiwan! Dua gadis bergegas pergi kerja sanggup patah balik alih kucing mati, bangkai anjing pun pernah alihkan - “Kalau geli sekali pun, masih boleh tolong” ARTIKEL BERKAITAN: Tuah jalan-jalan dengan isteri, gambar kura-kura di tasik jadi pilihan Apple! Jurugambar Malaysia dedah hanya bermula dengan iPhone 5s "Sepanjang saya bela, ada dua ekor burung kakak tua pernah mati. Sekarang ada seekor yang saya bagi nama Tony. Yang jadi seronok sebab anak isteri pun minat haiwan. "Sebelum ini pun saya pernah bela kucing dan ular sawa. Tapi dah lama saya dah berhenti. Kucing tu sebab takut anak alergi, ular pun saya risau sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan," ujarnya yang menetap di Bangi, Selangor. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Senang disapa Zul, video-video burung kakak tua miliknya yang dikongsi di aplikasi TikTok turut meraih perhatian ramai sehingga menerima ratusan ribu tontonan. Paling mencuri tumpuan tentunya aksi free fly burung kakak tua yang dibiarkan terbang bebas di kawasan terbuka sebelum kembali kepada pemiliknya. Pasangan ini menetap di Bangi, Selangor. "Saya jatuh hati sebab selama ini ingat orang beli burung letak dalam sangkar, tapi saya nampak dunia free fly. Burung boleh terbang bebas, tapi ia tak hilang. Alhamdulillah setakat ini tak pernah hilang. "Dulu awalnya saya risau juga. Tapi saya banyak belajar di YouTube, tengok bagaimana orang luar negara latih burung. Kunci utama teknik free fly adalah recall. Kita panggil dan burung akan datang pada kita. Tony saya letakkan dalam sangkar sebab ia jenis tak duduk diam. Tapi dalam sangkarnya kena letak banyak mainan. ZUL "Caranya, sejak kecil kita biasakan panggil nama ketika burung sedang makan. Selepas dia datang, kita bagi reward seperti kuaci atau almond. Konsepnya macam rasuah. Itu yang paling utama. "Selain panggil nama, kita kena biasakan burung dengan bunyi wisel. Sebab kalau terbang di luar, mungkin tak dengar suara kalau dah jauh. Jadi saya akan tiup wisel untuk panggil burung tu balik kepada saya," jelasnya. Selain seekor burung kakak tua miliknya, Zul kini turut melatih dua ekor lagi burung kepunyaan rakannya untuk dibiasakan dengan teknik free fly. Jelasnya, aktiviti free fly biasakan dilakukan di kawasan lapang di sekitar rumah, namun ada kalanya dia akan menyertai perjumpaan besar-besaran dengan pemilik burung yang lain di Cyberjaya. Anak-anak Zul juga sudah dibiasakan dengan haiwan berkenaan. Pada Disember lalu, Zul turut menyertai perjumpaan dengan 200 pemilik burung di Melaka yang mana mereka secara beramai-ramai melakukan aktiviti free fly di kawasan Pantai Klebang. Selain video free fly, Zul turut berkongsi banyak ilmu berguna di aplikasi TikTok seperti teknik penjagaan dan pemakanan burung. "Saya buat video di TikTok untuk koleksi sendiri. Tak sangka ramai yang tengok, ia sekaligus memberi semangat untuk saya dedahkan lagi mengenai dunia burung. "Kalau ikutkan, free fly sedang berkembang sekarang. Ramai juga yang mesej saya tanya macam-macam soalan. Ada yang tanya cara jaga burung, ada juga yang tanya mana nak beli burung. Ramai juga yang tanya mengenai kos penjagaan. Soal harga burung saya tak nak cakap, ia bergantung kepada bajet seseorang. Zul mula membela burung pada tahun 2020. "Tapi dari segi kos penjagaan, ia tak mahal. Hanya makanan dan sedikit vitamin. Untuk seekor burung, kos penjagaan kurang RM200 sebulan. Selain buah dan sayur, saya juga bagi makanan pallet, bijirin serta kekacang," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Zul turut menitipkan pesan kepada orang di luar sana agar melakukan persediaan sebelum membela burung. "Paling penting tentunya kesediaan kita untuk commit. Kalau dah bawa burung dalam dunia free fly, burung akan jadi bosan kalau lama tak dibawa terbang, ia akan membuatkan burung jadi stres. "Bila dah stres dan mental terganggu, burung kakak tua akan mula cabut bulu di badan sendiri. Itu merupakan indikasi yang menujukkan ia stres. Seminggu atau dua minggu sekali, saya akan bawa Tony terbang. "Tapi kalau di rumah, Tony saya letakkan dalam sangkar sebab ia jenis tak duduk diam. Tapi dalam sangkarnya kena letak banyak mainan," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI