KEBIASAANNYA orang menghias atau melakukan makeover pada bilik atau kediaman masing-masing. Namun seorang pemuda membuatkan ramai terkedu dan kagum apabila menghias bilik asramanya sehingga kelihatan menarik dan mewah. Pemuda berkenaan, Mohamad Alif Asyraf Roslan berkata, dia mula menghias sebuah bilik di kolej kediaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bandaraya Melaka sejak pertengahan tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar dedah bagaimana dirinya tiba-tiba boleh ada dalam mall... tebal muka, berselipar pulang angkut guni - "Mungkin ada yang ingat saya pengemis" ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bina bilik tersembunyi di rumah pusaka usia lebih 100 tahun... masuk kena merangkak, tak boleh berdiri! - "Dulu bangun tidur je ada kesan cakar" Pelajar berusia 20 tahun itu bagaimanapun hanya membuat perkongsian siri video makeover biliknya di laman sosial pada akhir tahun lalu, dan tidak menyangka ia menjadi tular. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya memang suka dekorasi dan menghias bilik. Bila saya mahu melakukan sesuatu yang merupakan minat saya... saya akan buat betul-betul. "Secara kebetulan, hanya saya seorang yang menginap di bilik yang boleh memuatkan dua orang kerana masih ramai pelajar mengikuti kelas secara ODL (pembelajaran terbuka dan jarak jauh), jadi lebih mudah untuk saya buat makeover," katanya kepada mStar. Keadaan bilik sebelum 'makeover'. Lebih mesra disapa Alif, katanya, tiada konsep khusus yang ditetapkan untuk menghias bilik tersebut, namun dia mendapat inspirasi daripada bilik hotel. "Walaupun duduk di hostel, tapi saya bayangkan bilik ala menginap di hotel. Dua katil bersaiz single saya gabungkan menjadi satu. "Saya juga pasang wallpaper (kertas dinding) dengan corak marble untuk menaikkan mood bilik seperti mewah," ujarnya yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Hiasan dan kemudahan sebagai pelengkap bilik. Bukan sekadar hiasan untuk bilik tidur, pelajar Diploma Pengajian Perniagaan itu turut melengkapkan dekorasi dengan kemudahan untuk mengulangkaji dan pantri. "Selain wallpaper, saya cantikkan bilik dengan karpet, storage box, troli makanan, meja belajar. Saya juga menggunakan aircond mudah alih pemberian senior. "Kebanyakan bahan-bahan untuk hiasan dan barang dekorasi dibeli secara online," ujarnya sambil menambah dia hanya mengambil masa sehari untuk menghias bilik. Pantri dihias cantik demi kepuasan. Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, kos keseluruhan yang digunakan adalah kira-kira RM200, di mana sebahagian besarnya menggunakan inisiatif kredit e-dompet sebanyak RM150 yang diperuntukkan kerajaan kepada golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar institut pengajian tinggi (IPT), di bawah program e-Belia, pada tahun lalu. "Saya buat dekorasi ni untuk keselesaan saya tinggal di hostel dan menaikkan semangat untuk saya mengulangkaji pelajaran. Saya buat dekorasi ni untuk keselesaan saya tinggal di hostel dan menaikkan semangat untuk saya mengulangkaji pelajaran MOHAMAD ALIF ASYRAF ROSLAN "Apa yang saya buat sekadar menghias menjadi lebih cantik dan tidak melanggar peraturan kolej seperti mengecat dinding," tambahnya. Sempena kemasukan semester baharu, Alif tidak menyangka kebimbangannya menjadi realiti apabila perlu berpindah ke bilik lain pada Disember lalu, berikutan unit yang didudukinya hampir setahun perlu menjalani penyelenggaraan. Alif melakukan 'makeover' kerana minat dalam dekorasi. "Mula-mula tu sedih juga macam tak percaya sebab kena pindah ke bilik di unit sebelah je. Dah elok-elok hias cantik tapi kena pindah pula. "Tapi saya reda dan sebab masih sayangkan dekorasi tu, saya pindahkan semua termasuk wallpaper yang ditanggalkan di bilik sebelum ini dan dipasang semula di bilik baru. "Manalah tahu minat dalam dekorasi menjadi semangat untuk menjadikannya sebagai satu bisnes suatu hari nanti," katanya yang mahu menjadi ahli perniagaan dan YouTuber terkenal. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI