suria

“Dari awal dah request macam-macam” - Ibu speechless Dr Amalina, menantu dah jejak bumi Malaysia... nak sambut macam raya

Dr Amalina (kiri) dan suami menaiki pesawat pulang ke Malaysia. Foto kanan Sabariah (kiri) bersama Dr Amalina. foto instagram dramalinabakri

KEPULANGAN pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri, 33, ke tanah air pastinya dinantikan ibu kesayangan setelah lebih dua tahun tidak berjumpa.

"Tak sabar nak balik ke rumah jumpa mak!" kata Dr Amalina yang turut berkongsi video menaiki penerbangan pulang ke Malaysia, menerusi laman Instagram miliknya, pada Jumaat.

Tentunya suasana kepulangan kali ini amat berbeza kerana Dr Amalina tiba di Malaysia bersama Alexander Charles, jejaka Inggeris yang dikahwininya pada awal 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 2 kali raya tak dapat masak menu kesukaan anak... ibu Dr Amalina berzikir cari ketenangan, elak dengar lagu raya tapi lega ada menantu di UK

ARTIKEL BERKAITAN: Rindu dari kejauhan, ibu Dr Amalina sifatkan menantu lelaki terbaik buat anaknya - "Dia lemah-lembut, berhati baik"

Berkongsi kegembiraan kepada mStar, ibu Dr Amalina, Sabariah Hassan, 61, berkata, dia amat bersyukur akhirnya anaknya diberi kesempatan untuk pulang ke tanah air.

Menurutnya, Dr Amalina dan suami bagaimanapun perlu menjalani kuarantin di Langkawi terlebih dahulu menerusi inisiatif Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LTIB).

"Ya Allah, saya speechless. Saya mestilah happy. Sukar nak digambarkan perasaan tu.

"Rindu sangat. Kalau dah boleh pergi jumpa kat Langkawi, dah lama saya pergi tapi Amalina dan suami kena kuarantin dahulu sebelum pulang jumpa saya di Johor.

"Tak sabar nak peluk cium Amalina. Selama berjauhan kami hanya video call je," katanya dengan nada teruja ketika dihubungi.

sambut dr amalina 6

Perkongsian Dr Amalina di Langkawi, menerusi laman Instagram miliknya.

Kali terakhir bertemu Dr Amalina ketika menyambut Aidilfitri di London pada 2019, Sabariah akan menyediakan pelbagai juadah untuk anak dan menantu sebaik mereka pulang ke Johor, awal minggu depan.

"Amalina dari awal dah request macam-macam makanan kesukaan dia untuk saya masak seperti nasi beriani, nasi minyak, nasi hujan panas dan nasi tomato.

"Lauk yang paling dia suka adalah ayam masak merah. Alex (Alexander) pun dah pernah rasa sewaktu saya datang ke UK dulu," katanya yang sudah lama tidak dapat berjumpa anaknya berikutan sekatan perjalanan akibat pandemik.

sambut dr amalina 4

Dr Amalina berbual dengan ibunya menerusi panggilan video selepas bernikah, awal tahun lalu.

Menurut pesara guru dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram di Johor itu, Dr Amalina juga buat pertama kali pulang ke kediaman baharunya di Ulu Tiram.

"Sebelum ini saya tinggal di Kota Tinggi dan berpindah ke Ulu Tiram pada 2018. Sepatutnya Amalina balik ke Malaysia pada 2020, tapi rancangan tangguh sebab pandemik Covid-19.

Amalina dari awal dah request macam-macam makanan kesukaan dia untuk saya masak seperti nasi beriani, nasi minyak, nasi hujan panas dan nasi tomato. Lauk yang paling dia suka adalah ayam masak merah

SABARIAH HASSAN

"Insya-Allah, sambut Amalina macam raya sebab dia hanya bercuti selama dua minggu di Malaysia termasuk kuarantin, dan kena kerja di London masa raya nanti. Lagipun dah dua kali raya kami tak raya bersama.

"Segala juadah dan masakan yang Amalina request pun biasanya saya buat masa raya. Cuma bezanya tak ada ketupat kali ni, mana nak cari kan," ujarnya secara berseloroh.

sambut dr amalina 5

Sabariah Hassan.

Tambahnya, antara perancangan bersama Dr Amalina adalah bercuti di destinasi pelancongan dan berkunjung ke Kuala Lumpur memandangkan menantunya pertama kali tiba di Malaysia.

Sabariah juga memberitahu, dia tidak sabar berjumpa dengan menantunya kerana menganggap jejaka berusia 33 tahun itu seperti anak sendiri.

"Saya dah anggap dia (Alex) macam anak saya sendiri, sayang dia sebagai anak. Bila kali ni berjumpa dia sebagai menantu, sudah tentu saya seronok," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain