suria

Hujan batu buat sekeluarga ketakutan, ibu mula terbayang detik selamatkan anak guna peti ais - “Bunyi ais hempas bumbung sangat kuat”

(Kiri) keadaan rumah Dayang ketika hujan batu, (kanan) keadaan sewaktu banjir melanda Batu Tiga, Shah Alam Disember lalu.

IBARAT jatuh kemudian ditimpa tangga.

Begitulah nasib yang menimpa penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Batu Tiga, Shah Alam, Selangor.

Masih segar dalam ingatan bencana banjir yang menenggelamkan keseluruhan rumah, kini mereka diuji pula dengan ribut petir serta hujan batu.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak darjah 2 bercinta? Kelas tak masuk tapi rancak di grup WhatsApp Single & Taken, wanita ini seram tengok chat murid sekolah rendah

ARTIKEL BERKAITAN: Sebungkus nasi goreng ikan masin buat wanita ini termenung, kemudian terhibur... sampai sekarang tak boleh move on!

Berkongsi pengalaman yang disifatkan 'menakutkan' itu dengan mStar, seorang penduduk, Dayang Masniah Awg Julai, 35, berkata, hujan batu itu berlaku sekitar pukul 5.15 petang Khamis.

"Mula-mula petir sambar menyambar lepas tu tiba-tiba hujan lebat dan ribut kuat, anak-anak semua ketakutan

"Saya ingatkan ada benda jatuh rupanya nampak ketulan hujan ais batu berteraburan dekat lantai, tapi masa kejadian tu kami sekeluarga takut pokok tumbang dan cermin kereta pecah," ujar ibu kepada dua anak ini.

Dayang bagaimanapun bersyukur tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan yang berlaku dalam kejadian yang berlarutan sekitar satu jam itu.

"Masa kejadian dekat rumah ada saya, suami, anak saya yang berusia enam tahun dengan setahun 11 bulan, dan anak saudara.

"Bunyi ais tu hempas bumbung kuat sangat.

"Ini pengalaman pertama kami, Alhamdullilah tiada kerosakan pada kenderaan," kata pengasas Badore Beauty & Health ini.

Menurut Dayang, mereka sekeluarga masih lagi trauma dengan kejadian banjir besar yang melanda kawasan tersebut pada bulan lepas.

"Masa tu dalam kepala saya fikir takut banjir lagi je dan pokok tumbang, rasa takut tu Tuhan sahaja yang tahu.

"Memang fobia sampai sekarang, sebab masa banjir hari tu rumah kami tenggelam sampai siling, banyak sangat kerosakan, anak-anak pun berjaya diselamatkan dengan menggunakan peti ais," katanya.



Anak-anak Dayang dimasukkan dalam peti ais untuk diselamatkan apabila air mula naik.

Menurut Dayang, ini merupakan bencana yang ketiga melanda dalam tempoh kurang dua bulan.

"Kami alami banjir dua kali sebab masa mula-mula air dah surut tapi hari ketiga air naik balik paras lutut," katanya.

Video hujan batu yang dikongsikan Dayang di laman TikToknya sudah meraih hampir satu juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain