TIDAK mempersiakan bakat yang dimiliki, gadis ini menggunakan platform sosial media untuk memperkenalkan bakat suaranya sehingga boleh menjana pendapatan. Siapa sangka, percaturan Lailatul Raihana Fitri Harun, 23, menjadi kenyataan apabila dia kini mengumpul hampir 300,000 pengikut di aplikasi itu dan saluran YouTube telah diikuti lebih 6,600 pengguna. ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal kenangan... 26 tahun bawa suara Nobita dalam animasi Doraemon, Yoshiko Ota meninggal dunia akibat serangan jantung ARTIKEL BERKAITAN: “Sangat jahat, lebih-lebih lagi ucapan saya dialih suara” - Ismail Sabri bengang jadi mangsa berita palsu View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut wanita yang lebih mesra disapa Luna ini, dia meminati kartun anime sejak zaman sekolah lagi. "Saya mula perasan suara saya macam ni masa tingkatan tiga. Dulu adik-beradik yang tegur cakap suara saya macam kartun. Saya pun cubalah upload satu video di YouTube alih suara guna watak Umaru tiga tahun lepas. "Saya ingat nak post suka-suka je tapi tak sangka pula dapat sambutan masa tu. Jadi saya nekad nak teruskan dengan berlatih lagi dengan watak-watak anime lain pula. Gadis ini mengenakan upah untuk lakukan kerja alih suara. "Kemudian saya mula kongsi lebih banyak video alih suara lain pula di YouTube sebelum beralih ke TikTok dan tak sangka lebih ramai kenal saya sampai boleh buat income sekarang," ujar gadis yang menetap di Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang ini. Menurut pemegang Diploma Seni Halus, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang, Kelantan ini, asal perkataan nama Luna itu juga memiliki maksud tersendiri hingga ia mula dipanggil oleh rakan-rakan UiTM. "Perkataan Luna tu singkatan bagi nama saya sebenarnya. 'Lu' tu saya ambil dari Lailatul dan 'na' pula bermaksud Raihana. Dalam perkataan Jepun, Luna tu bermaksud bulan. Jadi saya guna nama tu sampai dah jadi terbiasa kawan-kawan dekat UiTM panggil saya dengan nama tu," tambahnya lagi. Menurut Luna yang merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik, dia bersyukur apabila ramai yang menghargai bakatnya sehingga pernah dipanggil oleh syarikat penstriman antarabangsa iQiyi dalam mempromosikan anime pada 2021. Ada yang mempersoalkan kenapa buat suara kepit. LUNA Selain Malaysia, Luna berkata dia cukup teruja apabila meraih ramai pengikut baharu dari negara lain yang menyukai dan menyokong minatnya. "Sebenarnya saya baru sahaja mula buat content di TikTok tahun lepas. Saya rasa terharu dan tak sangka dapat sambutan macam ni. "Disebabkan TikTok juga, YouTube saya naik banyak subscribers. Ada yang dari Vietnam, Thailand, Korea Selatan dan Jepun juga sebagai audiens dari sana. "Ia membuatkan saya lagi bersemangat untuk berkarya bila orang negara luar pun sokong saya. Saya juga memasang impian untuk perform dengan lebih banyak jenama besar lain," ujarnya. Selain pujian, Luna berkata dia tak terlepas menerima kritikan, namun menganggap ia sebagai pembakar semangat untuk melangkah lebih jauh pada masa akan datang. Malah katanya, dia terharu apabila ada yang memberi komen dan menganggap dia sebagai seorang gadis yang memiliki suara unik. "Ada juga komen negatif cakap saya tipu. Mereka kata suara saya ni dibuat-buat, ada juga yang mempersoalkan kenapa buat suara kepit. Kadang-kadang tak masuk akal juga komen tu. Luna boleh bercakap bahasa Jepun walaupun tidak fasih. "Keluarga saya dari saya kecil dah biasa dengar suara saya macam ni. Mak pun cakap abaikan je. Kecaman saya dapat tu saya anggap sebagai pembakar semangat untuk saya teruskan lagi. "Bagi saya, itu pandangan masing-masing. Saya fikir positif saja. Saya berterima kasih kepada semua dari netizen mahupun negara luar yang memberikan sokongan. "Ada juga yang puji cakap suara ni comel dan menarik. Ada yang luahkan cakap bangga sebab boleh buat suara ala-ala Jepun. Jadi bila ramai hargai apa Luna buat, saya pun teruskan usaha buat yang lebih baik," ujarnya lagi. Menjadikan Jun Fukuyama dan Kana Hanazawa, dua gadis yang kerjaya mereka sebagai pengalih suara di Jepun sebagai idola, Luna juga berharap agar boleh mengikut jejak mereka yang telah berjaya dan terkenal dalam bidang ini. Untuk rekod, Luna juga mula memahami serba sedikit perkataan dan ayat daripada bahasa Jepun setelah lebih tiga tahun dia membuat rakaman alih suara karakter anime. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI