suria

Hidap talasemia sejak usia 5 tahun... kali ini video Haziq laungkan azan raih perhatian, syabas ibu ayah dipuji pandai didik anak

Rakaman memaparkan Haziq mengalunkan azan meraih pujian daripada netizen.

NAMA Muhammad Haziq Mohd Asyraf terus hangat diperkatakan sepanjang minggu ini.

Sensasi internet berusia 12 tahun itu menjadi perhatian ramai selepas video dia membuat lintas langsung penemuan seekor ular sawa tular di media sosial.

Selain kepetahannya dalam berkata-kata, kebolehan Haziq memasak pelbagai jenis kek dan kuih-muih tradisional turut hangat menjadi perbualan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Popular sekelip mata sampai artis pun teruja... guru dedah di sebalik keceriaannya, wartawan cilik ini ada masanya diam di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Petah dan santai... ‘wartawan cilik’ pegang mic lapor suasana pasar Bukit Selambau, siap panggil mak datin!

Malahan, penghidap talasemia sejak berusia lima tahun ini tidak menghalang anak jati Bukit Selambau di Sungai Petani, Kedah ini melakukan apa yang diminatinya seperti mana dimaklumkan guru kelasnya Muhammad Islakh Abdul Kadir kepada mStar baru-baru ini.

Terbaru satu video terbaharu yang memaparkan kanak-kanak yang masih mendapatkan rawatan susulan penyakitnya itu sedang mengalunkan azan di masjid turut tular di media sosial.

Rata-rata netizen memberikan pujian terhadap Haziq yang lancar mengalunkan azan menggunakan pembesar suara, persis bilal dewasa.

Tambah netizen, Haziq bukan sekadar hebat dalam melaporkan berita, malah turut dipuji kerana diberi didikan agama yang baik sejak usia muda.

haziq3

Haziq ketika menghadiri majlis bacaan Yassin dan doa selamat di Masjid Al Wajdi Bukit Selambau pada Khamis malam.

"Banyak kelebihan adik Haziq yang kita baru tahu. Tahniah dik. Syabas ibu ayah pandai didik adik.

"Bila Allah nak angkat darjat seseorang, sekelip mata ia boleh berlaku. Semoga adik Haziq menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan agama.

Bertuah mak ayah adik Haziq. Bukan cakap saja pandai, serba boleh luar biasa adik Haziq ni.

NETIZEN

"Bagus dik kecil-kecil dah jadi role model pada generasi muda sekarang. Semoga lebih berjaya untuk masa akan datang dik, teruskan usaha untuk mengharumkan nama negara.

"Bertuah mak ayah adik Haziq. Bukan cakap saja pandai, serba boleh luar biasa adik Haziq ni. Moga adik Haziq berjaya dunia akhirat," tulis beberapa netizen.

Rakaman memaparkan Haziq mengalunkan azan itu dirakam di Masjid Al Wajdi Bukit Selambau pada Khamis malam.

haziq2

Selain petah berbicara, Haziq juga pandai memasak.

Jemaah masjid tersebut mengadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat bagi meraikan Haziq serta seluruh muslimin dan muslimat.

Beberapa keping foto Haziq turut dikongsi oleh pengendali akaun Facebook masjid tersebut.

Untuk rekod, nama Haziq menjadi perbualan rakyat Malaysia selepas tular video dia membuat laporan berita ala-ala wartawan ketika penemuan seekor ular sawa di Pasar Pagi Bukit Selambau, minggu lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain