suria

Diusik kain hilang, nak terbang di majlis kahwin... peminat Aina Abdul tak kisah baju pengantinnya dikritik asalkan majlis berjalan lancar

Busana pengantin Dini pada majlis persandingannya menerima pelbagai reaksi.

GARA-gara busana pengantin kelihatan sedikit pelik dan di luar kebiasaan, seorang wanita menerima pelbagai reaksi di laman sosial.

Rekaan baju berwarna maroon yang dipakainya mempunyai bentuk seakan riben, manakala kainnya berwarna krim.

"Trend baju kahwin 2030 ke ni?"

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin kongsi 'keajaiban' baju nikah arwah mak, dulu tak muat tapi sebulan sebelum ijab kabul tiba-tiba boleh pakai - "Dia lelaki sama saya kenalkan dekat ibu"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Lain macam' fesyennya, siap lengan berjuntai! Lepasan SPM tampil berani melaram 3 pasang baju raya unik rekaan sendiri... over ke tidak?

"Hari kahwin kain hilang ke macam mana? Tak kena pula warna lari jauh macam terpaksa guna," demikian antara komen-komen netizen.

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Dini Sofia Kamarul Sham berkata, busana pengantin itu dipakainya pada majlis persandingan di Klang, Selangor, 20 Mac tahun lalu.

Namun dia tidak menyangka videonya memperagakan busana tersebut di laman sosial pada Khamis menjadi tular dan menerima banyak kritikan.

"Baju pengantin tu direka oleh pakcik saya (bapa saudara) yang merupakan tukang jahit untuk nampak lain daripada yang lain.

"Dengan idea saya dan pakcik, baju tu mendapat inspirasi daripada riben dan menjadikannya lebih besar yang boleh menyerlahkan saya yang memakainya," katanya ketika dihubungi.

busana pelik 2

Dini (kanan) dan suami bersanding pada Mac 2021.

Lebih mesra disapa Dini, wanita berusia 22 tahun itu bagaimanapun tidak tersinggung dengan tindakan segelintir netizen yang mengkritik pakaiannya.

"Saya akui ada yang kata macam kain hilang, kain terbakar dan jangan laju-laju takut terbang sebab baju macam berkepak. Tapi saya tak terasa hati pun, sebaliknya terhibur.

"Semua orang ada pandangan masing-masing dan apa yang penting adalah majlis kahwin saya berjalan lancar," ujarnya yang berasal dari Klang.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, busana pengantin yang direka bapa saudara berusia 43 tahun itu sebenarnya mempunyai tiga bahagian iaitu baju, tali pinggang dan kain.

busana pelik 1

Pengantin (tengah) bersama keluarga di pelamin.

"Bentuk riben besar itu sebenarnya adalah belt. Pada asalnya nak letak riben kecil saja pada baju, tapi pakcik beritahu kenapa tidak nampakkan kelainan memandangkan corak baju kosong.

"Nampak saja keras, tapi bahagian riben tu agak fleksibel yang memudahkan pergerakan saya sama ada berdiri mahupun ketika duduk," katanya sambil menambah rekaan busana tersebut turut mendapat sokongan suami, Muhammad Tarmizi Hakimi Ahmid, 24, yang merupakan ahli perniagaan.

Semua orang ada pandangan masing-masing dan apa yang penting adalah majlis kahwin saya berjalan lancar

DINI SOFIA KAMARUL SHAM

Walau bagaimanapun, Dini mengakui agak mencabar untuk memakai baju pengantin tersebut sepanjang majlis yang diadakan sehari selepas hari pernikahannya.

"Hanya pakcik yang tahu nak pasang dan tanggalkan belt riben masa sanding tu. Jadi saya berharap sangat untuk tidak terasa ke tandas untuk buang air ketika majlis berlangsung.

"Memang struggle, jadi saya makan dulu sebelum majlis. Cuma makan sikit je masa acara makan beradab, memang control dan betul-betul beradab," ujarnya secara berseloroh.

busana pelik 4

Dini (kanan) dan suami bergaya dengan busana warna maroon.

Dalam pada itu, Dini yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Rekaan Industri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kedah mengkagumi gaya fesyen pelik penyanyi Aina Abdul.

"Tapi siapalah saya nak dibandingkan dengan Aina Abdul. Saya memang suka berfesyen dan mahukan majlis perkahwinan nampak outstanding," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain