KELAHIRAN puteri sulung yang diberi nama Nur Fatima pada 6 Julai 2021 menjadi pelengkap dalam kehidupan rumah tangga pasangan ini. Detik kelahiran tersebut turut memberi kesan yang mendalam buat Nor Hasikin Hamidon, 27, serta suaminya Muhammad Nor Fariz Abd.Aziz, 24, apabila mereka terpaksa terpisah sementara gara-gara jangkitan Covid-19 pada waktu itu. Imbas wanita yang mesra disapa Ikin itu, pengalaman berkenaan cukup perit buatnya, namun dia menerima segala yang berlaku dengan hati terbuka. ARTIKEL BERKAITAN: Tetap bantu walau tiada pengalaman! Polis wanita jadi ‘bidan’ sambut bayi lahir dalam kereta, tali pusat belit leher - “Nampak SJR, suaminya terus u-turn” ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UniSZA kejutkan rakan, pensyarah... gagahkan diri datang majlis konvo selepas 5 hari lahirkan bayi - “Ramai tak tahu saya hamil” "Tak tahu berjangkit dari mana. Saya kena buat ujian saringan sebelum bersalin, tiba-tiba dapat tahu positif Covid-19. "Selain saya, suami, ibu mentua dan adik ipar turut positif. Saya juga balik ke kampung di Segamat, Johor untuk bersalin. Jadi mak saya pun turut positif. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Memang takut sangat. masa tu saya tak fikir diri sendiri, saya cuma takut anak saya dijangkiti Covid-19. Saya terpaksa melahiran anak secara pembedahan, mujurlah anak saya negatif," ujarnya yang menetap di Krubong, Melaka. Cerita Ikin, pengalaman melahirkan anak dalam keadaan positif Covid-19 turut memberi kesan emosi buatnya. Nur Fatima kini sudah menginjak usia enam bulan. Sepanjang 10 hari dirawat di hospital, Ikin mengakui emosinya tidak menentu kerana terpaksa berpisah dengan anak serta suaminya. "Sepanjang duduk di hospital, sedih sangat sebab tak boleh jumpa anak. Hari ke-10 baru kami berdua discaj. Masa tu seluruh ahli keluarga sedang kuarantin. Setiap kali post video anak, mesti ramai orang tengok. Kalau post diri sendiri, tak ramai orang tengok. IKIN "Mak saya pula dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 tahap empat. Jadi saya berpantang sendirian di rumah mak saya. Hanya saya dan bayi. "Mujur ada jiran yang datang bagi makanan dari belakang rumah. Jiran pun sedang kuarantin pada waktu itu. Memang saya tak mandikan bayi sepanjang dua minggu sebab tak boleh angkat dia dan tak boleh berdiri tegak," ujarnya. Cerita Hasikin, saat perit berpantang sendirian dengan anaknya berakhir apabila suaminya tamat tempoh kuarantin, sekali gus dapat kembali ke rumah itu untuk menjaga mereka berdua. "Selepas dua minggu suami kuarantin, dia akhirnya boleh balik ke rumah mak saya. Rasa lega sangat masa tu. Akhirnya ada orang boleh jaga kami. Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2020. "Sepanjang berpantang sendirian, saya memang tak mandikan anak. Saya pun mandi sekali sehari saja. Kalau ingat balik, memang rasa serik. Tapi saya bersyukur anak saya sihat, keluarga saya semua pun dah sihat," ujarnya lagi. Kata Ikin, peristiwa itu kini tersemat di memori sebagai pengalaman berharga dan dia seronok melihat puterinya sudah menginjak usia enam bulan. Malah, Ikin terharu apabila video-video memaparkan kecomelan anaknya yang dikongsi ke TikTok sering meraih perhatian ramai dan menerima ratusan ribu tontonan. "Sebelum ini TikTok saya tiada followers. Lepas tu, saya sekadar suka-suka kongsi di TikTok. Terus blow up. Setiap kali post video anak, mesti ramai orang tengok. Kalau post diri sendiri, tak ramai orang tengok. Ikin dan suami mula berkenalan pada tahun 2019. "Saya juga terharu, ramai orang yang doakan anak saya. Walaupun tak kenal, mereka doa yang baik-baik. Saya doakan semua urusan mereka di dunia dan di akhirat dipermudahkan," ujarnya. Ikin dan suaminya berkenalan pada tahun 2019. Mereka berkenalan selama tiga bulan dan terus mengikat tali pertunangan pada tahun sama. Pasangan itu akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri pada 30 Ogos 2020. Pasangan ini sebelum ini bekerja di sebuah hotel di Melaka. Kini, suaminya bekerja sebagai rider Foodpanda, manakala Ikin merupakan suri rumah sepenuh masa. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI