KENTUCKY Fried Chicken (KFC) mungkin antara makanan kegemaran ramai, namun hakikatnya, tidak semua orang mampu untuk menikmatinya. Menyedari hakikat itu, seorang guru sanggup berbelanja besar untuk membawa sekumpulan 30 anak muridnya ke restoran popular itu yang mana rata-rata mereka belum pernah menikmati hidangan itu.ARTIKEL BERKAITAN : Habislah ibu dah kantoi! Anak 5 tahun suka bergosip dengan bapa, hantar report emaknya main TikTok dalam selimutARTIKEL BERKAITAN : Anak lelaki tunggal buta huruf diuji bertimpa-timpa! Rumah tenggelam, mak kena kanser, kakak maut... bingung 3 bulan tiada pendapatan Bekongsi rakaman video aktiviti tersebut di media sosialnya, guru berkenaan, Ismaniza Fahida Ismail, 30, berkata dia sudah berjanji untuk belanja anak muridnya sekiranya mereka hadir ke sekolah serta menyiapkan tugasan yang diberikan. "Saya pada mulanya nak tarik minat budak-budak supaya kehadiran ke sekolah penuh dan untuk membuat kerja sekolah. Mereka nampak seperti kurang minat untuk buat, jadi saya janji siapa buat kerja, nanti saya belanja dan kebetulan semua buat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Jadi saya tanya secara rawak apa yang mereka teringin nak makan dan 90 peratus jawab KFC."Dari situ saya mula tanya sorang-sorang sebab saya hairan kenapa mereka jawab KFC dan 98 peratus cakap mereka tak pernah makan apatah masuk KFC, yang biasa makan tu pun sebab orang bagi dekat rumah," katanya yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Muzik di Sekolah Kebangsaan Syed Sheh, Kupang, Kedah. Ismaniza membawa anak muridnya makan KFC. Jawapan anak muridnya itu membuatkan hati kecilnya tersentuh sekali gus mengingatkan dirinya kembali zaman kanak-kanaknya. "Masa mereka cakap tak pernah makan tu Allahu, sakit dada saya, teringat kisah saya masa kecil dulu pun macam ni, hanya dapat makan dari ihsan orang. Saya pun kenal KFC masa umur 18 tahun, waktu belajar di maktab perguruan, kawan-kawan yang ajar makan. "Sebagai guru saya tahu latar belakang mereka, ada ayah meninggal, bercerai, ada yatim piatu, jadi dari situ nikmat hidup pasti kurang, jadi saya berazam untuk bawa mereka makan dekat KFC," katanya yang menetap di Baling. Masa sampai KFC tu mereka terlompat-lompat seronok, ada yang terketar tangan, punya la happy. ISMANIZA FAHIDA ISMAIL GURU Jelasnya, keceriaan jelas terpancar di wajah anak muridnya sewaktu mereka dibawa untuk menjamu selera di restoren KFC cawangan Baling. "Masa sampai KFC tu mereka terlompat-lompat seronok, ada yang terketar tangan, punya la happy. "Paling sedih bila tengok mereka teruja tengok sos keluar dari pam, semua bunyi 'wow', mereka hairan, lepas tu mereka tanya kenapa tak letak dalam botol sos, masa tu kita boleh tahu yang mereka memang betul tak pernah masuk KFC," katanya, sambil menambah anak muridnya terdiri daripada darjah dua, tiga dan lima. Anak murid Ismaniza teruja melihat tempat isian sos. Apa yang lebih membanggakan adalah sikap murid-muridnya yang tidak lokek untuk berkongsi rezeki serta kebahagiaan mereka dengan individu lain. "Saya rasa bangga sangat bila mereka kata nak bawa balik, dari sini kita tahu sikap anak murid kita. "Saya sengaja beli kombo besar untuk setiap orang sebab saya tahu orang susah kalau dapat makan sedap mereka tak sabar nak bagi ahli keluarga lain rasa," katanya. Tindakan ibu kepada tiga anak itu membawa anak muridnya ke restoran makanan segera itu bagaimanapun tidak terlepas daripada kritikan. "Ada yang cakap, kan mudah beli dan bawa ke sekolah untuk mereka makan, perkara yang orang anggap mudah tu la sebenarnya yang menjadi harapan besar murid-murid ni. "Mereka tak pernah makan dalam KFC, itu impian mereka, untuk orang biasa mungkin mereka rasa benda ni remeh, tapi bagi mereka ni KFC tu sesuatu yang mahal dan sukar dicapai, ibu bapa mereka akan kata beli beras lebih baik dari KFC," katanya. Ismaniza bangga dengan sikap anak muridnya yang tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan individu yang mereka sayangi. Menurut Ismaniza, dia sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk membantu anak muridnya. "Sebelum ni saya bercuti tanpa gaji selama enam tahun, dari 2016- 2021, saya mula berkhidmat semula 24 Disember 2021, saya bercuti sebab nak jaga anak, jadi masa tu saya bantu suami saya uruskan perniagaan kosmetik dan skin carenya. "Saya memang dah lama nak bantu anak-anak murid saya tapi dulu tak mampu, Alhamdullilah dengan hasil perniagaan tercapailah impian saya untuk bahagiakan anak-anak murid saya," katanya. Ismaniza bersama keluarganya. Sementara itu suami Ismaniza, Mohd Rozaini Khazali, 39, menyangkal dakwaan bahawa isterinya mengambil kesempatan terhadap murid-muridnya untuk mempromosikan perniagaan mereka. "Kami bercinta sejak dari tingkatan empat, cikgu ni memang sikap dia macam tu, peramah, suka tolong orang kadang sampai habis licin gaji dia. "Kalau ada yang nak kata dia ambil kesempatan tu terpulang pada pandangan masing-masing. "Masa susah pun dia memang suka buat benda-benda macam ni, kalau kaya raya takkan dia nak berhenti, mesti lagi banyak dia buat, lagi ramai dapat manfaat," katanya, sambil menambah ikhlas atau tidak itu urusan isterinya dengan Allah.Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI