PERANAN guru bukan sekadar mendidik, malah menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk melakukan perubahan yang lebih baik. Begitulah pengaruh seorang guru terhadap seorang pelajar yang melakukan transformasi mengurangkan berat badan dari 126 kilogram (kg) kepada 70kg. Siapa sangka guru berkenaan, Nurul Ashiqin Mohamed Ismail yang sebelum ini mengalami obesiti dengan berat badan 100kg berjaya menunjukkan perubahan, kini 50kg! ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pemuda saiz 4XL tutup telinga disuruh kawal makan, semuanya berubah selepas bapa tiada - "Ayah hanya mampu pegang perut, isyarat minta saya kurang berat badan" ARTIKEL BERKAITAN: Wah, ustaz pun nak sado juga? Guru agama ini ke gim 6 hari seminggu... janji jaga aurat, tunjuk contoh baik kepada pelajar Bercakap kepada mStar, guru berusia 32 tahun itu berkata, dia mengajar subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pada masa sama, dia yang lebih dikenali sebagai Cikgu Shiqin juga diberi tanggungjawab untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Berbadan besar tapi saya mengajar para pelajar untuk fit dan sihat. Saya berdiri di tepi padang, budak-budak pun lemau je tak nak bersukan. "Masa saya gemuk, budak-budak tak nak dengar cakap saya di padang. Jadi saya kena aktif bersukan dan salah satu cara dengan mengurangkan berat badan," katanya ketika dihubungi. Kiri Cikgu Shiqin dengan berat badan 100kg dan kanan berat badan kini 50kg. Dalam tempoh setahun, Cikgu Shiqin yang berpengalaman selama tujuh tahun dalam bidang perguruan berjaya mengurangkan separuh berat badannya. "Saya mulakan dengan berhenti mengambil minuman manis dalam tempoh tiga hingga lima bulan. Saya tak ambil minuman manis walaupun setitik, hanya minum air kosong. "Bila saya semakin kurus, para pelajar mula bertanyakan macam mana saya kurangkan berat badan. Jadi saya kongsikan rutin dan tip pemakanan kepada mereka di kelas. "Saya marah mereka kalau nak kurus dengan skip (tak ambil) nasi. Saya sendiri makan nasi kerana perlukan tenaga selain tidur yang cukup," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur. Berbasikal merupakan aktiviti senaman yang dilakukan Cikgu Shiqin. Susulan perubahan itu, dia bersama para pelajar sering melakukan aktiviti kecergasan bersama seperti hiking, berbasikal dan berjoging. Seorang pelajarnya, Daniel Mohamad Ajmal, 18, yang membuat perkongsian video transformasi mereka di aplikasi TikTok merupakan antara yang komited aktif bersenam. Masa saya gemuk, budak-budak tak nak dengar cakap saya di padang. Jadi saya kena aktif bersukan dan salah satu cara dengan mengurangkan berat badan CIKGU SHIQIN "Memang boleh berubah, dan Daniel sangat bagus. Dengan perubahan Daniel, lebih ramai anak-anak muda tertarik untuk bersenam. "Daniel juga jaga makan dan salah satu aktiviti untuk menghilangkan stres adalah bersenam di gim," katanya yang mula mengajar pelajar tersebut ketika tingkatan dua. Daniel sebelum melakukan transformasi. Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia juga pernah menjadi mangsa body shaming dalam kalangan rakan-rakan sendiri ketika masih bergelar pelajar. "Ada kawan kata kalau saya sakit, mereka tak akan angkat saya naik ke ambulans, pandai-pandailah sendiri. Ada yang tak nak ajak saya tunggang motor sama sebab nanti motor rosak. "Memang menyakitkan, tapi itulah yang menguatkan semangat saya untuk berubah kepada yang lebih baik. Saya juga mahu perkara sama untuk para pelajar saya," tambahnya. Perubahan sebelum (kiri) dan selepas Daniel mengurangkan berat badan. Sementara itu, Daniel yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac ini menyifatkan Cikgu Shiqin wajar dicontohi dalam amalan gaya hidup sihat. "Cikgu Shiqin dulu dan sekarang memang berbeza, kami dalam kelas selalu puji dia. Kalau nak tanya tip dan nasihat berkaitan kesihatan, dialah yang paling teruja nak kongsi," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI