suria

Wow! Hanya sekali tiup, pemuda ini mampu padam 40 lilin sekali gus... tiada tip, tapi ada rahsianya

Amirul memadam kesemua 40 batang lilin dengan satu nafas dalam salah satu acara sempena hari keluarga.

MACAM-macam ragam dapat dilihat setiap kali hari keluarga atau 'family day' diadakan.

Bagi sebuah keluarga, antara acara yang ditunggu-tunggu adalah permainan meniup lilin.

Menerusi video yang tular di media sosial, seorang pemuda membuat kejutan apabila berjaya memadamkan keseluruhan 40 batang lilin dengan hanya sekali tiup.

ARTIKEL BERKAITAN: Syoknya! 19 sekeluarga 'serbu' homestay tepi sawah selepas setahun tak jumpa, pakai kain pelikat dan batik je... mudah, selesa dan meriah

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah, dah macam rombongan Cik Kiah! Bapa beli bas sendiri, bawa keluarga besar balik Jelebu sambil nyanyi lagu Apo Nak Dikato

"Tayar lori pancit boleh upah brader ni pamkan."

"Kalau ada kebakaran boleh panggil dia kot tiup. Silap-silap rumah terbang sekali," demikian antara komen-komen netizen menerusi perkongsian video di laman Instagram mStar.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Amirul Ariffin Ahmad Jaya berkata, ia merupakan sebahagian daripada acara sempena hari keluarga selain majlis tahlil yang diadakan di rumah ibu saudara di Felda Maokil di Segamat, Johor, pada Selasa malam.

Pemuda berusia 25 tahun itu memberitahu, kebanyakan saudara-mara sudah lama tidak bertemu, malah ada di antaranya berjumpa kali terakhir sebelum pandemik Covid-19, dua tahun lalu.

"Kesemuanya 38 orang terdiri dari sepupu, pakcik-makcik, anak saudara sehingga datuk saudara termasuk datuk berusia 70-an. Memang seronok bila kami dapat berkumpul bersama.

"Ada banyak acara seperti permainan rebut kerusi, pecah belon ada air atau tepung yang ada nombor untuk tukar-tukar hadiah serta tiup lilin," katanya ketika dihubungi.

tiup lilin 4 w

Amirul (kiri) menerima hadiah kemenangan daripada bapa saudara (tengah) dan datuk saudara.

Mengenai acara tiup lilin, Amirul berkata, ia disertai bersama 34 ahli keluarga lain, di mana hadiah diberikan kepada tiga pemenang yang memadam batang lilin paling banyak.

"Syaratnya letak tangan di dagu atas meja dan tiup sekali sahaja, untuk cuba padam kesemua 40 batang lilin yang disusun dalam satu garisan kira-kira tiga meter.

Tak ada tip, saya cuma tak hisap rokok, vape dan pod (rokok elektronik) termasuk shisha. Pertamanya memang saya tidak berminat, kedua membahayakan kesihatan.

AMIRUL ARIFFIN AHMAD JAYA

"Syukur Alhamdulillah, saya menang tempat pertama dengan sekali tiup saya dapat padamkan 40 batang lilin, dan saya satu-satunya dapat padamkan kesemua lilin.

"Pemenang kedua dan ketiga pula masing-masing dapat padam 24 dan 23 batang lilin," ujarnya yang berasal dari Felda Air Tawar 4 di Kota Tinggi.

tiup lilin 6

Amirul selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 tahun lalu.

Susulan video yang dikongsi ibu saudaranya di aplikasi TikTok menjadi tular, anak kedua daripada tiga beradik itu mengaku terhibur dengan komen-komen netizen yang melucukan.

"Selain komen upah pam tayar lori pancit, boleh keringkan rambut bini dan jangan tiup kebakaran nanti rumah terbang ditiup angin menggelikan hati.

"Sebelum ini saya selalu offer diri jadi tukang tiup belon untuk hiasan setiap kali ada majlis yang diadakan ahli keluarga dan kawan-kawan," ujarnya secara berseloroh.

tiup lilin 5

Amirul aktif bersukan.

Amirul yang merupakan seorang jurutera bagaimanapun sebenarnya tidak menyangka mencatat rekod peribadi dapat memadamkan kesemua 40 batang lilin dengan hanya sekali tiup.

"Tak ada tip, saya cuma tak hisap rokok, vape dan pod (rokok elektronik) termasuk shisha. Pertamanya memang saya tidak berminat, kedua membahayakan kesihatan.

"Bagi saya, tak nampak apa-apa, lebih banyak memudaratkan kesihatan," katanya yang aktif bersukan sukan seperti bermain ragbi, futsal dan bola sepak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain