suria

Selepas 12 tahun hidup solo, bapa minta kahwin lagi siap nak buat majlis tunang! Anak bagi ‘green light’ tapi ada pesanan untuk bakal ibu tiri

Alin (tengah) diapit oleh bapanya (kiri) dan bakal ibu tirinya (kanan).

ANAK mana yang tidak gembira apabila bapa mereka menemui pasangan selepas lebih sedekad menjalani hidup solo.

Sebagaimana individu lain yang bakal menerima ibu tiri baharu, begitulah juga dengan wanita ini yang turut meluahkan rasa gembira dengan keputusan bapanya yang mahu mendirikan rumah tangga.

Menurut Nurul Azlin Mohd Fadzil, bapanya, Mohd Fadzil Ibni Hajar, 55, terlebih dahulu mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan pada 23 Januari lalu selepas mengenali hati budi masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun kesunyian, wanita lega anak kesayangan arwah suami beri ‘green light’ kahwin lagi... segalanya bermula dengan pokok Aloe Vera!

ARTIKEL BERKAITAN: Dua perkahwinan gagal, kini ibunya hampir cecah 60 tahun... wanita ini reda kali ini dapat “Abie” lebih muda – “Kami tetap hormat”

"Abah lebih 12 tahun solo. Suatu hari baru-baru ini, abah beritahu hasratnya nak berkahwin lagi. Sebelum ini abah seorang yang sangat sibuk dengan kerja, dia berniaga ikan... dia bukan orang yang fikir pasal nak berkahwin lain.

"Tiba-tiba bila dia cakap nak kahwin, kami terkejut sebab dah lama sangat abah membujang. Famili pun tanya, betul ke nak kahwin. Sebenarnya abah dan bakal ibu tiri dah lama kenal. Tapi abah ambil masa untuk tunggu waktu yang sesuai.

"Memandangkan bakal ibu tiri belum pernah berkahwin, jadi kedua-dua pihak setuju untuk adakan majlis pertunangan terlebih dahulu," ujarnya yang senang disapa sebagai Alin ini.

Menurut wanita berusia 23 tahun ini, meskipun bapa serta ibu kandungnya sudah berpisah 12 tahun lalu, namun hubungan mereka sekeluarga akrab seperti sebelumnya.

"Abah dan umi berpisah sewaktu saya masih kecil. Saya tinggal dan membesar dengan ibu, namun saya sangat rapat dengan abah.

tunang 1

(Gambar kiri) Bapa Alin sudah 12 tahun hidup solo sebelum membuat keputusan untuk berkahwin semula dengan wanita pilihannya. (Gambar kanan) Bakal ibu tiri Alin bersama neneknya.

"Apa jua perkara, sama ada dari segi pekerjaan atau pelajaran, saya mesti cari abah dulu. Abah adalah seorang pendengar yang setia, memahami anak-anak dan seorang bapa yang lembut," katanya yang kini bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan di Negeri Sembilan.

Belum berkesempatan mengenali bakal ibu tirinya secara rapat, namun Alin yang juga anak kedua daripada tiga adik beradik yakin dengan pilihan bapa mereka.

"Kami pernah bertemu dan abah sendiri yang perkenalkan wanita pilihannya kepada saya. Bakal ibu tiri berusia 42 tahun dan juga berasal dari Negeri Sembilan. Cuma dek kerana ada kekangan tertentu, kami belum berkesempatan mengenali secara rapat.

Pendek kata, abah happy... kami pun happy. Buat bakal ibu baharu kami nanti, moga dapat jaga abah seperti mana anak-anak dan nenek yang jaga.

NURUL AZLIN MOHD FADZIL

"Tapi apa jua pilihan abah, saya yakin dia memilih yang terbaik untuk dirinya dan keluarga. Sebelum ini dialah yang sokong dan berdiri di belakang anak-anak, kini masanya pula kami support abah.

"Pendek kata, abah happy... kami pun happy. Buat bakal ibu baharu kami nanti, moga dapat jaga abah seperti mana anak-anak dan nenek yang jaga," ujarnya sambil menambah, majlis pernikahan bapanya bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

Sekadar mahu mengabadikan memori hari bahagia bapanya, Alin berkata dia sama sekali tidak menyangka menerima komen positif daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan bapa serta keluarganya.

tunang 2

Sekitar majlis pertunangan bapa Alin.

"Ada yang puji abah segak dan nampak muda. Walaupun dah setengah abad, abah memang seorang yang sangat menjaga penampilan dan kebersihan.

"Dalam banyak-banyak komen, saya tersentuh apabila baca komen yang tulis 'seronok tengok anak yang supportive terhadap parents mereka'.

"Pada pandangan saya, kalau ada anak-anak yang sama situasinya macam saya, terima saja keputusan bapa. Sebagai anak, tunjukkanlah sokongan buat ibu atau bapa kita," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain