suria

Apa kes gigi makin jarang selepas pakai braces? Cemas majlis kahwin dah nak dekat, wanita tampal sesuatu nak nampak okay

Gigi hadapan Zulaikha semakin jarang selepas setahun memakai pendakap gigi (gambar kecil).

BAGI kebanyakan individu, memiliki gigi yang tidak rata, rompong atau berwarna kekuningan boleh menyebabkan kurangnya keyakinan diri.

Pernah berdepan dengan situasi yang sama gara-gara dua batang gigi hadapannya jarang, namun wanita ini enggan membiarkan dirinya berterus-terusan 'down' atau malu dengan keadaan tersebut.

Dia sebaliknya memilih untuk bersikap positif dan berani tampil di hadapan khalayak lebih-lebih lagi apabila terlibat dengan perniagaan secara dalam talian (online) yang memerlukannya kerap muncul di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 4 tahun ‘rompong’, semuanya gara-gara magnet... apa yang berlaku sebenarnya sampaikan remaja ini terpaksa pakai gigi palsu?

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ‘bertuah’! Tanggal gigi palsu ibu tapi tak pasang semula, akhirnya mak balik rumah tanpa gigi penuh - “Patutlah pelik sikit mukanya”

Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Nur Zulaikha Tunari berkata, giginya pada asalnya sekata namun dua batang gigi hadapan pada bahagian atas secara tiba-tiba 'renggang' sekitar enam tahun lalu.

"Saya ingat lagi, waktu itu saya sedang menuntut di Politeknik Port Dickson. Tiba-tiba saya perasan gigi depan macam ada 'gap' tapi kecil sangat. Saya saja tanya orang, mereka kata mungkin sebab badan makin berisi.

"Tapi fikir logik macam tak ada kaitan pula. Daripada 'gap' yang biasa dan tak ketara, makin lama jarangnya makin luas. Saya pula masa itu sedang belajar, belum ada wang nak pergi klinik gigi buat braces.

"Kebetulan masa itu popular dengan service braces yang boleh pasang dekat rumah. Saya pun cuba service itu dan kosnya sekitar RM300. Waktu itu belum lagi viral pasal 'fake braces' tu.

"Dalam dua tahun juga saya pakai. Memang gigi hadapan saya okay dan rapat semula. Tapi tak lama selepas buka braces, dua batang gigi depan tu jarang semula," cerita wanita berusia 24 tahun ini.

Senang disapa sebagai Zulaikha, wanita ini berkata keadaan giginya semakin lama semakin jarang dan ia berlarutan sehingga beberapa ketika.

gigi 1

Keadaan gigi Zulaikha ketika mula-mula memasang pendakap gigi.

Tambahan pula negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19 melanda, menyebabkan hasratnya mahu mendapatkan rawatan di klinik gigi terbantut seketika.

"Bila keadaan negara dan okay sikit, saya pasang braces dekat klinik gigi dengan doktor gigi bertauliah pada Januari 2021. Masa tu dah habis belajar dan dah bekerja.

"Keadaan gigi okay untuk beberapa bulan tapi selepas raya, ia makin jarang walaupun sedang pakai braces. Saya ada tanya doktor, tapi keadaan itu bergantung kepada setiap individu kerana struktur gigi masing-masing berbeza.

"Saya gelisah juga sebab Julai tu majlis kahwin tapi doktor tak boleh nak buat apa-apa. Jadi saya fikir alternatif lain.

gigi 3

Keadaan terkini gigi Zulaikha iaitu selepas lebih setahun memakai pendakap gigi.

"Saya beli silikon yang boleh cairkan dengan air panas untuk ditampal di bahagian gigi yang jarang. Ia dipakai dalam tempoh sekejap saja untuk majlis kahwin dan photoshoot," ujarnya yang menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Zulaikha berkata keadaan giginya yang semakin jarang dengan ketara menyebabkan dia 'down' hingga mengambil keputusan untuk berehat daripada media sosial buat seketika.

"Saya tak tangkap gambar dan berehat daripada social media untuk beberapa bulan lamanya. Memang insecure tahap gaban waktu tu.

"Tapi kemudian saya fikir, sampai bila nak down? Lebih-lebih lagi buat bisnes. Memang kena berdepan dengan orang ramai juga.

Saya tak tangkap gambar dan berehat daripada social media untuk beberapa bulan lamanya. Memang insecure tahap gaban waktu tu.

SITI NUR ZULAIKHA TUNARI

"Video yang saya muat naik di TikTok baru-baru ni secara spontan saja. Tak terfikir pun nak buat video tu. Saya dah positif dan terima keadaan ini seadanya," ujarnya yang menjalankan bisnes produk penjagaan rambut.

Tidak menyangka perkongsian video tersebut meraih sehingga melebihi 294,000 jumlah tontonan, Zulaikha berkata dia terharu dengan komen positif netizen yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat untuknya.

"Ada yang share pengalaman pakai braces masing-masing. Ramai juga yang komen positif. Mereka kata nanti okay dan cantik selepas dua tahun. Tapi ada juga yang takut nak pakai braces bila tengok video saya.

gigi 2

Zulaikha memakai silikon yang dibeli untuk ditampal pada gigi hadapannya.

"Sebenarnya keadaan bergantung kepada setiap orang sebab struktur gigi kita mungkin berbeza.

"Apa yang boleh saya kongsikan, masing-masing ada kecantikan tersendiri. Sekarang dah tahun 2022, kena positif, yakin dan idea yang bernas.

"Sampai bila nak insecure. Terimalah diri seadanya. Rupa hanya fizikal semata-mata," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain