KES kematian kanak-kanak Maghribi, Rayan Awram yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter ternyata menjadi perhatian masyarakat global. Tidak terkecuali tentunya rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menzahirkan rasa sayu atas kematian kanak-kanak comel tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Takziah... kanak-kanak 5 tahun jatuh perigi sedalam 32 meter disahkan meninggal dunia Semakan mStar pada Ahad pagi mendapati kisah tersebut terus menjadi sebutan netizen Malaysia sehingga nama Rayyan trending di media sosial. "Semoga syurga buatmu, Rayan! Semua mendoakan kamu, moga roh kamu dicucuri rahmat dan barakah Allah. "Allah. Semoga Rayan di tempatkan di syurga bersama anak anak soleh yang lain. Ilustrasi Rayan yang dikongsi di media sosial. "Satu dunia berdoa untukmu dan satu dunia terbukti sayangkanmu tetapi Allah lebih menyayangimu Rayan," tulis beberapa netizen. Laman Twitter rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memuat naik ucapan takziah buat keluarga Rayyan, sekitar 7.54 pagi Ahad. Berita yang sungguh memilukan. Damailah adik bersama orang-orang yang dirahmati Maha Esa. Al-Fatihah. SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN AHLI PARLIMEN MUAR "Seluruh dunia bersedih. Adik Rayan disahkan meninggal dunia oleh kerajaan Maghribi. "Salam takziah buat ibu ayah dan keluarga arwah. Berehatlah adik Rayan di syurga sana. Al-Fatihah," tulis pengendali Twitter rasmi Jakim. Sementara itu, ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berkongsi ciapan di Twitter, menyifatkan khabar pemergian kanak-kanak itu sebagai satu berita yang memilukan. "Berita yang sungguh memilukan. Damailah adik bersama orang-orang yang dirahmati Maha Esa. Al-Fatihah," tulis Syed Saddiq kepada 1.3 juta pengikutnya di Twitter. Komen netizen menerusi Instagram mStar. Selain itu, Twitter rasmi gedung beli-belah Mydin turut berkongsi sekeping gambar hitam putih Rayan, diiringi ucapan takziah buatnya. Terdahulu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan berita kematian kanak-kanak tersebut. Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada paru-paru dan tulang belakang. Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa. Dilaporkan, Rayan meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI