suria

Ibu tertumpah gam 3 saat atas muka anak, kelopak mata melekat atas bawah! Cuci pun tak jadi apa, bulu mata semua dipotong

Bahagian wajah serta mata kanak-kanak tersebut yang terkena gam.

MALANG tidak berbau.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang tertumpah gam pada seluruh wajahnya.

Menurut perkongsian Pegawai Perubatan Oftalmologi, Dr Syaz menerusi Facebook Syed Abu Zulfadhli Al-qadrey, kanak-kanak itu dihantar ke jabatan kecemasan sebuah hospital sebelum diarahkan ke wad mata untuk pemeriksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya berdebar, rasa panas di muka” - Doktor kongsi detik cemas lihat wajah biru bayi tersedak susu, beri peringatan penting untuk ibu bapa

ARTIKEL BERKAITAN: “Meleleh-leleh ke baju dan seluar” - Ibu panik anak makan sabun candy viral, doktor dedah risiko... jangan sesekali paksa muntah!

"Pada satu malam hari minggu, menerima panggilan dari jabatan kecemasan. Seorang budak dua tahun terkena gam tiga saat yang banyak jual dekat Mr DIY tu.

"Habis satu muka kena katanya, mata tak boleh buka langsung. Pertama kali ni dapat kes macam ni. Lantas pesakit diarahkan datang ke wad mata untuk diperiksa," imbasnya pada posting itu.

Menurut Dr Syaz, ibu kanak-kanak tersebut secara tak sengaja telah menumpahkan gam berkenaan ke wajah anaknya ketika dia sedang mengemas rumah.

doktor2

Dr Syaz berkongsi kisah itu menerusi Facebook miliknya.

Bertindak pantas mencuci kesan gam berkenaan, ia bagaimanapun gagal dihilangkan memandangkan sifatnya yang cepat melekat.

"Sejarah pesakit diambil daripada ibunya. Ketika si ibu melakukan kerja di rumah, dia panjat kerusi nak pasang hiasan pada rumahnya. Anaknya girang bermain di kerusi ibunya, memegang kerusi tak nak ibunya jatuh.

"Tanpa sedar gam tiga saat yang dipegang ibu tertumpah dan terkena pada seluruh muka anaknya. Allahuakhbar, pantas ibu membasuh muka anaknya dan dibawa terus ke hospital.

Alhamdulillah, dalam dewan bedah lebih mudah untuk buang gam pada matanya, kerana pesakit sudah tidak meronta-ronta.

DR SYAZ

PEGAWAI PERUBATAN OFTAMOLOGI

"Namun gam tiga saat memang susah nak hilang, terkena kulit tangan kita pun ia cepat mengeras dan sangat sukar dicuci, apatah lagi kena pada kulit muka dan mata," cerita Dr Syaz.

Imbas Dr Syaz lagi, kelopak mata kanak-kanak tersebut melekat antara satu sama lain dan disapu dengan gel petroleum khas pada malam tersebut.

"Ketika melakukan pemeriksaan, matanya cuba dibuka, bulu mata semua dipotong kerana semuanya melekat antara satu sama lain. Namun kekuatan gam itu benar-benar terbukti, tiada hasil.

"Kedua-dua belah kelopak mata melekat atas dan bawah. Usaha diteruskan dengan meletakkan gel petroleum khas untuk mata, kami berikan masa untuk ibu sapukan sepanjang malam dan tengok semula esok berkesan atau tidak.

gam2

Ibu kanak-kanak tersebut secara tak sengaja telah menumpahkan gam berkenaan ke wajah anaknya.

"Antara tip hilangkan kesan gam ini pada kulit ialah dengan basuhan air suam dan sabun atau gunakan gel petroleum (seperti Vaseline). Tapi sebab dekat mata, kami gunakan yang khas dibuat untuk mata supaya tidak pedih jika termasuk dalam mata," jelasnya.

Menurut Dr Syaz, usaha itu bagaimanapun tidak berkesan sehinggalah kanak-kanak tersebut terpaksa menjalani pemebedahan secara bius penuh pada hari berikutnya.

"Keesokannya, si ibu datang dengan wajah muram. Mata anaknya masih tidak terbuka. Gam pada pipi dan muka nampak menipis dan tertanggal, namun pada matanya sama sahaja. Perkara ini tidak boleh dibiarkan lama, kerana kanak-kanak jika dibiarkan kedua-dua mata tertutup pada tempoh yang lama, ia boleh menjadi punca kepada mata malas, mengakibatkan penglihatan yang kurang sempurna seumur hidupnya.

dokto1

Dr Syaz menitipkan pesan kepada orang ramai agar berwaspada menggunakan gam berkenaan.

"Keputusan dibuat untuk melakukan pembedahan secara bius penuh, keluarga setuju. Alhamdulillah, dalam dewan bedah lebih mudah untuk buang gam pada matanya, kerana pesakit sudah tidak meronta-ronta. Ada kecederaan pada dalam mata juga kerana gam tersebut masuk ke dalam matanya, tak sempat anak itu nak tutup mata sebab tiba-tiba tertumpah atas mukanya. Alhamdulillah pesakit semakin sembuh," ujarnya.

Dalam posting Facebook itu, Dr Syaz turut menitipkan pesan kepada sesiapa sahaja agar berwaspada menggunakan gam berkenaan, khusunya apabila kanak-kanak berada di sekeliling.

Posting itu sehingga kini meraih 1,200 tanda suka (likes) dan turut dikongsi lebih 3,000 pengguna Facebook.

Selain Facebook, Dr Syaz juga banyak berkongsi ilmu berkaitan mata menerusi saluran YouTube Doktor Mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain