suria

Kucing diberi nama Money diajar hidup mewah, pakai rantai emas bernilai RM25,980 - “Hari-hari sebut, duit pun datang kat kita”

Haliza dan suaminya begitu menyayangi Money.

BAGI pencinta haiwan, setiap peliharaan yang dimiliki pastinya dianggap sebagai ahli keluarga mahupun teman sejati.

Malah ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit demi memberi keselesaan kepada haiwan peliharaan khususnya kucing dan anjing.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu takut, kini hidup dengan kucing! Wanita ini reda 3 virus ragut nyawa si bulus kesayangan, cuma terkilan parcel untuknya lewat tiba

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan berjauhan, gadis ini bawa kucing kesayangan tinggal di kolej... sanggup menyewa di luar selepas kantoi! - “Saya menangis dan merayu”

Perkara itu turut dilakukan seorang ahli perniagaan, Haliza Maysuri yang memanjakan kucing kesayangannya, Money dengan menghadiahkan rantai emas bernilai RM25,980.

Ujarnya, hadiah yang ditempah khas itu diukir tarikh kelahiran (9 Mei 2017) beserta nama Money sebagai tanda kasih sayangnya dan suami.

"Rantai ini ukurannya memang khas untuk Money, jadi tak boleh saya pakai atau jual... memang tak akan. Kalau saya tidak ada, rantai emas ini memang untuk dia sahaja," tegasnya ketika dihubungi mStar.

WhatsApp Image 2022-02-09 at 1.31.12 PM

Haliza dan suaminya begitu menyayangi Money.

Baginya, Money bukan hanya menghilangkan rasa sunyi terhadap anak-anak yang sudah dewasa dan tinggal berjauhan, tetapi dianggap sebagai pembawa rezeki kepada perniagaannya.

"Sejak saya ambil Money ini, rezeki perniagaan saya mencurah-curah. Saya ambil dia bukan sebagai haiwan peliharaan tetapi sebagai anak saya dan dia punya bilik sendiri.

"Jadi kami sanggup terbang ke Bangkok, Thailand untuk beli baju dan barang mainan dia setiap enam bulan sekali.

"Setiap hari kami akan bawa dia ke pejabat dan pakaikan baju. Hari jadi dia kami akan raikan, ada sekali hari jadi dia tu saya tempah kek bertatahkan kristal Swarovski," ujarnya sambil menambah Money kini dianggap pengganti anak-anak pada masa ini.

Menurut Haliza lagi, Money bukan hanya ditatang seperti minyak yang penuh tetapi juga tidak pernah pijak tanah walaupun ke pejabat bersamanya dan suami.

"Dia tidak pernah keluar rumah, kalau keluar mesti bersama dengan suami saya atau orang gaji akan sorong dia keluar rumah.

"Tanah pun tidak pernah dipijak dan semasa pergi pejabat pun, dia dipakaikan baju yang cantik. Money akan didukung dan diletak dalam kereta seperti mana saya menjaga anak," katanya yang yakin hadiah rantai emas kepada Money tidak akan hilang.

Money turut mempuynyai bilik sendiri dan persalinan baju.

Money turut mempuynyai bilik sendiri dan persalinan baju.

Menurutnya, Money dibeli dengan harga RM1,800 ketika usianya empat bulan pada tahun 2018.

Katanya, pada hari bertuah itu, dia dan suami ke kedai haiwan untuk membeli barangan kucingnya baka Maincoon, Gora yang berwarna hitam dan putih dan berusia 16 tahun.

"Masa tu, saya tunggu dalam kereta dan suami tiba-tiba hubungi meminta saya masuk melihat seekor kucing berwarna hitam putih (Money). Suami sangat berminat seolah-olah sudah jatuh cinta, itulah sebabnya Money dibeli.

"Kami memang tidak berniat beli kucing lain, memang suka bela seekor pada satu-satu masa. Tak suka bela banyak-banyak nanti tak cukup beri kasih sayang.

"Jadi Money lebih kepada anak suami saya. Dia sanggup kalau pergi Bangkok usung stroller untuk beli mainan atau apa-apa saja," katanya.

Berkongsi tentang rahsia perniagaannya, Haliza memaklumkan, semenjak dia mempunyai Money, bisnesnya semakin berkembang.

Manakan tidak, nama Money sendiri diperoleh menerusi peraduan yang dibuat di Instagram miliknya dan sejak itu pengikut sering bertanya tentang Money.

Money tidak pernah pijak tanah.

Money tidak pernah pijak tanah.

"Hari saya ambil Money, saya tak tahu nak bagi nama apa. Saya buat live di Instagram untuk dapatkan namanya dan akan bagi tudung bawal eksklusif kepada pemenang.

"Salah seorang pengikut memberi nama money. Pada masa itu, saya fikir kalau bagi nama elok-elok seperti Money, yang hari-hari kita sebut 'duit-duit', duit pun selalu datang kat kita.

"Bila saya selalu upload tentang Money, telatah dia setiap hari di media sosial, followers media sosial saya seperti Instagram makin meningkat dan ramai peminat dan suka dengan keletahnya.

"Jadi automatik followers meningkat dan orang lebih kenal kita, buat live saja tudung atau telekung terus sold-out," katanya yang merupakan pengasas jenama tudung Bawal Exclusive.

Menurut Haliza, rutin harian kucing peliharaannya juga sama sepertinya iaitu pergi dan balik kerja selain disiapkan oleh orang gaji serta pergi spa setiap bulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain