suria

Mengejutkan! Alat pecah dara tiruan dijual online, seller dakwa dapat kembalikan keperawanan wanita

Semakan mendapati wujud penjualan 'selaput dara tiruan' di platform e-dagang didakwa mampu mengembalikan keperawanan pada harga serendah RM180.

TOPIK mengenai keperawanan atau dara mungkin masih tabu dalam kalangan masyarakat kita, namun ia cukup penting bagi sebilangan individu khususnya bakal pengantin baharu.

Malah, ada gadis yang sudah tidak perawan risau sejarah hitam mereka terbongkar sekiranya tidak mengalami pendarahan ketika aktiviti seksual bersama suami pada malam pertama selepas mendirikan rumah tangga.

Semakan mStar menerusi sebuah platform e-dagang terkenal mendapati wujud penjualan 'selaput dara tiruan' yang didakwa membantu mengembalikan keperawanan pada harga serendah RM180.

ARTIKEL BERKAITAN: Selaput dara... Antara mitos dan fakta, penting untuk ambil tahu kalau tak mahu jatuh fitnah!

ARTIKEL BERKAITAN: Model lelong dara RM10.6 juta, pemain bola sepak antara pembida tertinggi

Setakat Rabu petang, seorang peniaga dalam platform itu yang menawarkan produk tersebut didapati sudah menjual 130 set selaput dara tiruan.

"Kembali dara tanpa pembedahan," tulis peniaga yang berpangkalan di Bera, Pahang itu pada ruangan deskripsi produk.

"Apakah anda ingin puaskan malam pertama bersama suami tercinta? Apakah hal ini sesuai dengan keinginan anda? Apakah anda ingin perawan kembali dengan cara ini?

dara4

Paket kecil ini perlu dimasukkan ke dalam faraj.

"Tidak perlu pembedahan yang mahal. Boleh dilakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Harga mampu milik dan kesan segera.

"Satu box dua pieces. Anda hanya perlukan 15 minit untuk kembali dara. Selaput dara buatan ini akan mengeluarkan darah tidak terlalu banyak, seakan-akan seperti waktu pertama kali keperawanan atau dara pecah.

"Sehabis dipakai anda tidak perlu membersihkannya kerana semua unsur dari produk ini akan keluar sendiri," tulis peniaga itu lagi.

Penghantaran pantas. Dapat banyak free gift. Seller pun sangat peramah.

PELANGGAN

Dakwa peniaga itu, produk berkenaan dibuat menggunakan red dye liquid yang memberi kesan seakan-akan darah manusia yang sebenar.

Menerusi tutorial penggunaan yang dinyatakan, pembeli harus memasukkan pakej aluminium berisi selaput dara tiruan tersebut ke dalam faraj menggunakan jari telunjuk.

Selaput dara palsu itu perlu berada di dalam faraj tidak lebih 30 minit sebelum aktiviti seksual dilakukan.

Pengguna turut disarankan membuat cucian seperti biasa memandangkan sebahagian darah tersebut akan keluar secara semula jadi selepas persetubuhan.

Dalam pada itu, beberapa pembeli tempatan turut meninggalkan komen mengenai produk berkenaan.

dara3

Produk itu dijual pada harga RM180.

Menurut seorang wanita yang memberikan rating lima bintang kepada peniaga tersebut, dia turut dihadiahkan barang percuma atas pembelian berkenaan.

"Lagi sebulan nak guna. Free gift dapat banyak. Semoga seller dimurahkan rezeki, Amin," tulis wanita itu.

"Penghantaran pantas. Dapat banyak free gift. Seller pun sangat peramah," tulis seorang lagi pelanggan.

Berdasarkan semakan tarikh komen pembeli, penjualan itu sudah dilakukan sejak tahun lalu.

Malah, beberapa peniaga lain turut menawarkan produk sama dalam platform berkenaan.

Lebih mengejutkan, penjual turut mendakwa produk tersebut tidak meninggalkan sebarang kesan kepada pengguna.

Untuk rekod, penjualan produk ini bukanlah satu perkara baharu, malah ia turut dijual di platform e-dagang lain serta sangat popular di Afrika, India dan sebahagian negara Asia seperti Jepun dan China.

Pada 2019, Amazon terpaksa menarik balik produk keperawanan palsu itu selepas ia menimbulkan kemarahan dan perdebatan di India.

Produk tersebut juga pernah mencetuskan perdebatan dalam kalangan Ahli Parlimen di Mesir dan juga United Kingdom (UK).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain