suria

“Apa faedah benda ni bang?” - Pemuda tak kecil hati kerjanya dipertikai, gembira buat persembahan ‘buugeng’

Video Sharm membuat persembahan buugeng meraih lebih dua juta tontonan.

PERSEMBAHAN buugeng masih lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia, namun seni yang unik itu cukup popular di negara-negara asing.

Jika anda tertanya-tanya, buugeng merupakan kombinasi perkataan Jepun iaitu 'buu' yang bermaksud seni mempertahankan diri manakala 'geng' pula membawa maksud ilusi.

Kelihatan seperti permainan boomerang, pergerakan objek tersebut yang dibuat menggunakan tangan menghasilkan ilusi yang cukup menarik, terutamanya jika dibuat dalam keadaan gelap.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi memukau, energetik, puas hati tengok The Moscow Circus!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu suruh jadi cikgu, ayah pula ada sebab setuju anak sulung terjun ke dunia hiburan... paling tak sangka video cover gah sampai ke seberang

Syamsudin Noh, 30, merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang aktif dalam seni persembahan tersebut sejak tahun 2017.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Sharm sempat bercerita mengenai detik permulaannya dalam lapangan seni itu yang dianggap sudah sebati dengan dirinya.

"Saya bermula pada tahun 2017. Ketika itu, saya tengok satu video di Instagram. Saya jadi tertanya-tanya dan terus membuat carian. Saya dapati ada satu syarikat yang ada barang tu dan mereka boleh bantu untuk ajar secara mendalam.

"Sejak detik itu saya belajar mengenai persembahan buugeng. Pada saya, ia merupakan prop yang paling susah. Orang tengok macam wow, tapi kita yang buat rasa stres. Kita kena pastikan centre di mana, manipulasi objeknya macam mana.

sharm33

Sharm ketika membuat persembahan buugeng.

"Dari pandangan audiens di depan, ia nampak cantik. Tapi dari pandangan kita yang membuat persembahan, ia nampak lain. Pada saya, buugeng merupakan benda yang sangat annoying dan susah. Tapi Alhamdulillah, saya mula perform lepas dua bulan belajar," ujarnya.

Menurut Sharm, dia turut berguru dengan otai-otai dari Brazil dan Thailand ketika mereka datang ke Malaysia sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

Selalu kita fikir orang Malaysia tak hargai seni. Tapi bila dapat sokongan begini, saya rasa terharu.

SHARM

Menurut Sharm yang kini bergiat aktif sebagai penggiat seni buugeng, dia sering membuat persembahan secara berkumpulan, mengikut permintaan pelanggan.

"Ada banyak teknik persembahan, saya pun tak kira ada berapa teknik semuanya. Biasanya saya akan perform secara berkumpulan. Saya bernaung di bawah satu syarikat, jadi kami buat persembahan mengikut permintaan pelanggan.

"Antaranya kami buat untuk private event. Selain buugeng, syarikat ini juga ada tawarkan persembahan akrobatik," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video persembahan buugeng yang dikongsi Sharm ke laman TikTok turut meraih sehingga dua juta tontonan.

sharm2

Antara soalan yang diajukan kepada Sharm di TikTok.

Selain kagum dengan persembahan Sharm, ada netizen yang turut bertanya mengenai manfaat permainan tersebut.

"Apa faedah benda ni bang?" soal seorang netizen di ruangan komen.

Mengulas hal tersebut, jejaka dari Shah Alam, Selangor itu tak berkecil hati, sebaliknya cuba memberi pendedahan kepada orang ramai agar lebih mengenali seni berkenaan.

Jelas Sharm, buugeng tidak dilakukan secara suka-suka, sebaliknya ia menjadi mata pencarian kerana dia dibayar untuk membuat persembahan.

Tambah Sharm, dia gembira apabila ramai individu yang menunjukkan minat terhadap seni tersebut.

sharm5

Sharm mula mempelajari buugeng pada 2017.

"Ramai gila yang tanya. Dulu saya fikir orang tak minat. Tapi bila saya kongsi video, terus ia naik mendadak. Saya rasa gembira bila ramai yang bertanya, rasa macam dihargai.

"Memang terkejut. Selalu kita fikir orang Malaysia tak hargai seni. Tapi bila dapat sokongan begini, saya rasa terharu. Sekurang-kurangnya saya gunakan media sosial untuk tunjuk bakat dan kesenian yang ada. Benda ni memang jarang di Malaysia, tapi ia selalu dipersembahkan di luar negara.

"Ia sangat menarik. Contohnya awak minat perform tapi tak boleh menyanyi, berlakon atau menari, jadi mungkn seni buugeng boleh bantu realisasikan impian anda untuk jadi performer," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain