HARI malang buat seorang penghantar makanan apabila dirempuh oleh sebuah kenderaan. Rakaman video daripada kamera dashboard sebuah kenderaan yang melanggar mangsa tular di media sosial sejak Selasa. Menerusi rakaman berdurasi 10 saat itu, pemandu sebuah kenderaan dilihat memandu laju di Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) dekat Bandar Sunway, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Rider rawat diri sendiri selepas kemalangan, sorok luka tak mahu pelanggan nampak... yang penting makanan selamat sampai! ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sedih tengok rider ini kemalangan, tapi sahabat dedah mesej dihantar kepadanya sebelum mula kerja 10 kali lebih menyayat hati Berdasarkan rakaman dashboard itu, kejadian berlaku pada tengah hari Isnin. Kenderaan tersebut dilihat memandu laju sebelum merempuh seorang penunggang motosikal sebaik melepasi pusat beli-belah Sunway Pyramid. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Rakaman pendek itu hanya menunjukkan mangsa yang merupakan penghantar makanan dilanggar di bahagian sisi kanan sebelum pemandu mula memperlahankan kenderaannya. Tidak dipastikan tahap kecederaan mahupun kerosakan motosikal penghantar motosikal terbabit, namun terdapat individu memaklumkan mangsa mengalami patah tulang bahu. Turut difahamkan, mangsa bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa. Keadaan lebuh raya lengang sejurus sebelum berlaku kejadian. Penunggang mosikal di hadapan (bulatan merah). Bagaimanapun, rata-rata netizen berang dengan tindakan pemandu terbabit yang memandu dalam keadaan berbahaya. "Aniaya sungguh. Orang tu mencari rezeki. Ada yang tersayang tunggu kat rumah, entah sudah makan ke belum dari pagi. "Rempuh macam tu je. Gila amat. Aniaya sungguh. Orang tu mencari rezeki. Ada yang tersayang tunggu kat rumah, entah sudah makan ke belum dari pagi. NETIZEN "Dah elok motor tu bawa, langar macam tu je. Agak-agaklah. "Salah driver kereta. Dia dari jauh dah nampak objection (halangan) tapi dia tak nak tukar lorong atau perlahankan kenderaan," demikian antara komen-komen netizen. Antara komen netizen berhubung kejadian. Malah ada yang mempersoalkan tindakan pemandu berkenaan yang tidak mengelak daripada melanggar penunggang motosikal berikutan keadaan lebuh raya lengang ketika kejadian. "Motor tu tidak salah apa-apa pun. Yang pergi langgar dah kenapa? Semoga dipermudahkan segala urusan abang motor tersebut. "Tak ada common sense ke? Orang tu kau langgar. Dia kat depan," antara lain komen netizen. Pada masa sama, penularan video tersebut turut menjadi tanda-tanya berikutan ia merupakan rakaman dashboard daripada kenderaan yang merempuh mangsa. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI