suria

Tak sanggup berjauhan walau jarak rumah hanya 10 minit, cucu lega nenek tak pandai baca mahir guna voice message

Akim merupakan cucu sulung yang sangat rapat dengan neneknya.

MESEJ suara melalui WhatsApp yang dihantar oleh nenek kepada jejaka ini mendapat perhatian ramai.

Rakaman yang dimuat naik di media sosial oleh Wan Zulhakim Wan Azmi, 21, ini menjadi perhatian netizen apabila neneknya, Che Pah Junnoh, 60, memberikan nasihat dan peringatan kepada dirinya yang sedang berniaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Cucu tak sangka, telekung baharu mampu ceriakan nenek ‘tak banyak cakap’ selepas datuk tiada - “Malam-malam, dia jahit telekung koyak”

ARTIKEL BERKAITAN: Opah lagi best! Nenek rela batal temu janji selepas ‘tewas’ dengan video cucu, cubaan ibu ‘umpan’ anak gagal - “Dia seret beg sampai tengah malam”

Menurut jejaka yang mesra disapa Akim ini, dia merupakan cucu sulung warga emas ini sekali gus menjadikan dirinya individu paling rapat dengan nenek berbanding cucu-cucu lain.

"Nenek jaga saya dari kecil lagi sebab sebelum keluarga saya pindah sebelum raya 2021, kami tinggal dekat rumah nenek di Gual Tinggi, Kelantan. Saya pula cucu pertama nenek belah mak sebab mak saya pun anak sulung, jadi memang kami sangat rapatlah.

"Bila saya pindah rumah dekat Kampung Tasek Bendang Guchil lepas bulan puasa 2021, kami jarang jumpa dah walaupun jarak rumah 10 minit je. Saya pun sibuk dengan tolong abah berniaga kedai makan dari pagi sampai malam. Saya tak sempat jumpa nenek jadi kami cuma guna voice message je setiap hari untuk berhubung.

"Mak tahu macam mana saya rapat dengan nenek jadi bila dah pindah, dia belikan telefon yang boleh guna WhatsApp untuk nenek. Nenek tak pandai membaca jadi saya pun ajar nenek guna voice message atau call je kalau nak bercakap dengan saya," jelasnya ketika dihubungi.

Jejaka ini merupakan graduan daripada Kolej Vokasional, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Imbas Akim, dia sebelum ini selalu membantu datuk dan neneknya di kebun getah milik mereka sebagai sumber pendapatan.

Jejaka ini merupakan graduan Kolej Vokasional yang terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan.

"Masa sekolah menengah dulu saya selalu teman nenek dan atuk pergi kebun. Saya akan tolong kutip getah untuk dijual. Kalau hari saya tak ikut ke kebun, saya akan masak untuk nenek. Seronok bila nenek cakap terima kasih sebab susah-susah masak untuk dia," katanya.

Jelas pemuda yang telah tamat pengajian di Kolej Vokasional, Pengkalan Chepa, Kelantan ini, dia turut bimbang dengan tahap kesihatan nenek yang mempunyai penyakit darah tinggi.

Justeru Akim akan memastikan dia sentiasa memberitahu tentang keadaan dirinya kepada nenek melalui WhatsApp bimbang kesihatan warga emas itu terjejas kerana merindui cucu kesayangannya.

Sebelum pergi rumah nenek, dia akan tanya saya nak makan apa.

AKIM

"Saya risau dengan keadaan nenek sebab dia ada penyakit darah tinggi. Jadi saya akan selalu update pasal saya tak nak dia risau. Dulu semua benda saya share dengan nenek sampaikan kumpul duit nak beli kereta pun saya beritahu nenek dulu.

"Dulu nak pergi sembahyang pun saya beritahu nenek. Sekarang dah sibuk siang malam dekat kedai jadi tak sempat. Saya curi-curi juga masa hantar voice message dekat nenek," ujarnya.

Nenek Akim merupakan penoreh getah yang telah bersara.

Namun Akim turut mengakui dia juga sentiasa merindui neneknya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatannya seperti yang dihantar melalui perbualan di WhatsApp mereka.

Tambah anak sulung daripada empat beradik ini, dia bagaimanapun akan manfaatkan hari cutinya untuk menghabiskan masa bersama nenek.

"Saya akan cuti setiap hari Rabu. Selalunya saya akan pergi rumah nenek masa cuti tu. Sebelum pergi rumah nenek, dia akan tanya saya nak makan apa. Ayam masak gulai tu antara makanan favourite saya kalau suruh nenek masak. Nenek Akim pernah bekerja sebagai penoreh getah.

"Ayah dah pesan kedai makan bisnes keluarga tu nanti saya yang kena jaga. Jadi saya tak perlu cari kerja lain. Saya pun lega tak perlu berjauhan sampai keluar negeri tinggal nenek dekat sini," katanya.

Mengenai rakaman video yang dikongsikan di TikTok, ramai yang turut bersedih dan terharu mendengar suara nenek Akim yang bernada sayu mendoakan cucu kesayangannya ini.



Akim juga turut meluahkan bahawa dia tidak mahu berpindah jauh daripada neneknya jika mendapat pekerjaan lain.

"Bila saya post video tu, saya cuma nak kongsi momen saya dengan nenek je. Saya terharu bila nenek bagi pesanan dan doakan saya macam tu sekali.

"Saya harap kepada sesiapa yang masih ada nenek, hargailah mereka dengan menghabiskan masa sepenuhnya dengan mereka yang dah tua," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain