suria

Hikmah pandemik! Kesabaran gadis berbalas dapat tunai umrah kali ke-2 dengan BFF, lebih tenang di Raudah... tapi reda tak dapat sentuh Kaabah

Nurin (berkaca mata) menunaikan umrah dengan rakannya, Syakira pada Januari lalu.

SETIAP umat Islam pastinya memasang impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah.

Begitu juga dengan gadis dari Gua Musang, Kelantan ini yang sudah dua kali mengerjakan ibadah umrah masing-masing pada tahun 2016 dan 2022.

Hanya mahu dikenali sebagai Nurin, dia sepatutnya berangkat ke Makkah untuk kali kedua pada tahun 2020, namun rancangan itu lama tertunda gara-gara pandemik yang melanda.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki! Pemuda ini pernah berdoa nak belajar di Madinah, selepas 4 tahun terkejut dimakbulkan walau result tak berapa bagus

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 14 tahun dah belajar agama di Afrika Selatan, cikgu mengaji kongsi petua hafal al Quran... terkejut live TikTok boleh dapat 6,000 views

"Saya pernah ke Makkah dengan keluarga pada tahun 2016. Sepatutnya saya pergi buat kali kedua pada Mac 2020, tapi ia dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

"Pada waktu itu, semua persiapan dah dibuat. Tapi tak jadi pergi kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Akhirnya pada Disember 2021, saya dimaklumkan dapat ke Makkah pada Januari 2022.

"Tapi masa tu baca dalam surat khabar perjalanan ke Makkah digantung bermula 8 Januari. Saya risau dibatalkan lagi kali ini, tapi syukur saya berangkat ke Makkah pada 6 Januari dan kembali ke Malaysia pada 19 Januari," ujarnya yang berusia 23 tahun ini.

Menurut graduan Politeknik Kota Bharu itu, kunjungan kali ini sedikit berbeza berbanding ibadah umrah pertama kerana dia tidak bersama ahli keluarganya.

nurin3

Dua sahabat dari Gua Musang ini berangkat ke Makkah pada 6 Januari lalu.

Sebaliknya, Nurin pergi ke sana bersama rakan sekampung yang dikenali sebagai Syakira yang mana ia dianggap sebagai antara kenangan terindah dalam hidupnya.

"Kali ini saya pergi dengan best friend saya. Kami dah berkawan lebih 10 tahun. Walaupun ibadah kali ini dilakukan dalam keadaan patuh prosedur operasi standard (SOP), namun semua urusan kami dipermudahkan.

Sepatutnya saya pergi buat kali kedua pada Mac 2020, tapi ia dibatalkan kerana pandemik Covid-19.

NURIN

"Saya rasa dengan adanya SOP, semua urusan jadi lebih senang. Contohnya, dulu berebut-rebut nak masuk Raudah (taman syurga) di Masjid Nabawi. Sekarang ada had masa, jadi saya boleh solat sampai ke depan. Lebih senang nak beribadah.

"Cuma kali ini saya tak dapat sentuh Kaabah kerana ia dikelilingi pagar. Kempunan sikit kali ini, sebab tahun 2016 dulu boleh sentuh," ujar graduan bidang pemasaran itu.

Dalam pada itu, Nurin yang bekerja dengan keluarganya turut berkongsi video kunjungan ke tanah suci Makkah menerusi platform TikTok.

Video itu meraih lebih setengah juta tontonan dalam masa 24 jam dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

nurin5

Video kunjungan dua sahabat itu ke Makkah tular di TikTok.

"Ya Allah untungnya. Semoga rezeki saya dimurahkan juga dapat pergi ke Makkah.

"Subhanallah. Saya bila nak pergi? Doakan saya dapat pergi tanah suci. Amin.

"MasyaAllah. Rindu kenangan pergi umrah dengan BFF," tulis beberapa netizen.

nurin4

Antara foto kenangan mereka berdua sepanjang di sana.

Jelas Nurin, dia turut menerima banyak soalan daripada netizen, khususnya mengenai SOP ibadah ketika pandemik serta proses perjalanan ke sana.

Untuk rekod, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 1 Januari lalu mengumumkan bahawa kebenaran perjalanan umrah untuk rakyat Malaysia digantung sementara mulai 8 Januari.

Jelasnya, keputusan itu dibuat kerana kebimbangan terhadap varian Omicron Covid-19.

Jemaah yang berlepas ke Arab Saudi antara 1 hingga 7 Januari akan dibenarkan untuk meneruskan umrah tetapi perlu menjalani kuarantin di stesen atau hotel yang ditetapkan sebaik pulang ke Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain