suria

Dikata persis Shukri Yahya, jurujual kongsi bermacam insiden... rumah dekat tapi tak pernah jumpa, teringin nak buat TikTok bersama

Zul dikatakan mempunyai wajah seiras Shukri Yahya.

"ULANG-ULANG tengok sampai dia penat nyanyi," demikian komen nakal netizen yang teruja melihat video nyanyian seorang jejaka mirip pelakon drama 7 Hari Mencintaimu, Shukri Yahya.

Ada juga yang menyatakan 'Shukri Yahya trial pack ke ni' selepas menonton video pendek berdurasi 15 saat milik Zulhilmi Ahmad, selain menanyakan di mana Mia (watak Siti Saleha dalam drama 7 Hari Mencintaimu).

Malah disebabkan wajah lelaki berusia 30 tahun yang mirip dengan pelakon tersebut, jumlah tontonan video nyanyiannya melepasi angka 873,000 dan dikongsi lebih 1,600 pengguna media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh antara iras Iman Troye atau Vida? Jururawat tak sangka tuah bibir tebal bawa rezeki tapi confirm tak minat jadi pelakon!

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata korang OK tak ni?” - Wanita ini segan wajah disamakan dengan artis... macam Siti Saleha ke Riena Diana?

Mesra disapa dengan panggilan Zul, dia mengimpikan untuk bertemu dengan Shukri Yahya dan mahu menghasilkan video bersama artis tersebut.

"Walaupun rumah saya berhampiran dengan dia, tapi kami tidak pernah terserempak langsung. Tapi kawan-kawan saya selalu jumpa dia dan bergambar.

"Kalau ada peluang berjumpa memang saya suka sangat sebab nak tahu juga sejauh mana persamaan muka kami berdua sehingga orang panggil saya Shukri Yahya.

"Bukan sekadar gambar, saya berharap dapat buat video dengan dia," katanya gembira ketika dihubungi mStar.

Video nyanyiannya di TikTok enam hari lalu menonjolkan sisi persis Shukri Yahya.

Video nyanyiannya di TikTok enam hari lalu menonjolkan sisi persis Shukri Yahya.

Mesra disapa dengan panggilan Zul, dia pada awalnya tidak percaya dengan kata-kata rakan sekeliling sehinggalah drama lakonan Shukri Yahya dengan nama Khuzairi meletup dipasaran.

"Sehinggakan semasa saya sedang berjalan-jalan di tepi pantai Telok Chempedak, Pahang kira-kira empat tahun lalu, sekumpulan remaja perempuan menempik nama Shukri Yahya beberapa kali sambil memandang saya.

"Tapi pada masa tu, memang tak perasan yang muka saya seperti Shukri Yahya walaupun ramai yang menyamakannya. Keluarga juga sering panggil saya artis kalau saya balik kampung.

Zul sedia terima peluang berlakon jika ditakdirkan.

"Dua tahun lepas baru saya yakin yang muka saya memang serupa dengan artis tersebut.

"Manakan tidak, masa makan di sebuah restoran, seorang pelayan lelaki memanggil saya dengan nama Shukri Yahya kerana ingatkan saya artis berkenaan.

"Ada juga pemandu kereta yang berpaling dua kali selepas melihat saya berjalan di tepi jalan kerana menyangkakan saya artis. Mujur tidak terbabas," katanya.

Raut wajahnya juga sering disamakan dengan Faizal Tahir.

Raut wajah Zul juga sering disamakan dengan Faizal Tahir.

Menurutnya, selain disamakan dengan Shukri Yahya, orang ramai turut memanggilnya Faizal Tahir dan juga aktor Filipina Jericho Rosales.

Justeru itu, dia mengucapkan rasa bersyukur dan percaya ia adalah rezeki yang sudah ditentukan Allah.

Reaksi spontan Zul kelihatan lebih mirip.

Zul mahu bergambar dan membuat video bersama Shukri Yahaya jika berjumpa.

Berkongsi perasaannya apabila sering digelar 'artis popular', anak kelahiran Kajang, Selangor itu menyatakan dia sedia untuk bergerak lebih jauh seandainya diberi peluang kerana turut meminati dunia lakonan.

"Saya akan beri yang terbaik jika menerima tawaran seumpama itu. Sekarang pun, saya cuba lakukan perkara yang tidak pernah saya buat sebelum ini seperti bermain TikTok.

"Menerusi paltform tu, saya hasilkan beberapa video nyanyian dan lakonan tetapi versi pendek sahaja," ujarnya jurujual di Night Market Uptown Mines.

Sudah berkahwin pada 2019, Zul menzahirkan rasa syukur kerana isterinya begitu memahami selain menjadi pendorong untuknya lebih menyerlah dalam setiap perkara yang diceburi.

"Wife sporting. Dia cakap tak apa dan sentiasa sokong apa yang saya buat. Kadang-kadang saya sendiri risau seperti sesi temubual dengan mStar ni kerana akan viral dan meletup sedangkan dia (isteri) cakap okay!

"Sikap isteri seperti menyebabkan saya lebih yakin untuk lakukan sesuatu yang baru dalam hidup.

"Kalau buat video, saya akan minta dia tengok dulu sebelum post media sosial," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain