suria

Sehari selepas suami maut tersepit tayar kontena... balu luah rasa rindu, jiwa kosong - “Abang rehat ye... I love you Danial Imran”

Suami Emylia, Danial Imran Kamarolzaman tersepit pada tayar belakang kontena dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden kemalangan tragis pada Jumaat.

INSIDEN kemalangan maut melibatkan sebuah lori kontena dan motosikal yang meragut nyawa penunggangnya pada pagi Jumaat, benar-benar meruntun jiwa warganet.

Dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 8 pagi di Jalan Sungai Buloh menghala Damansara Damai, mangsa, Danial Imran Kamarolzaman, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di bahagian tayar belakang lori kontena berkenaan.

Perkongsian balu Allahyarham, Emylia Shazlin, yang meluahkan rasa sedih di atas pemergian suaminya menerusi Instagram Story, turut membuatkan netizen sayu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyayat hati... penunggang motosikal maut tersepit tayar kontena, polis kesan saksi kemalangan

"Sayang rindu abang.... ya Allah.

"Dah takde senyum awak, dah takde dah gelak awak. Semua dah takde. Kosong jiwa saya sekarang.

"Abang rehat ye. Tunggu sayang nanti. Kita jumpa dekat sana. I love you Danial Imran, suamiku," tulisnya.

BALU 2

Salah satu hantaran Emylia pada Instagram Story miliknya.

Menerusi beberapa hantaran di medium sama, wanita berkenaan turut memuat naik gambar kenangannya bersama suami, selain ucapan takziah daripada kenalan mereka di atas berita duka tersebut.

Menurut Emylia, suaminya dikebumikan sekitar pukul 1.20 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Sungai Plong, Sungai Buloh, Selangor.

Dah takde senyum awak, dah takde dah gelak awak. Semua dah takde. Kosong jiwa saya sekarang.

EMYLIA SHAZLIN

"Alhamdulillah Allah permudahkan jalan kami menghantarnya buat kali terakhir.

"Terima kasih kepada keluarga dan sahabat-sahabat kami yang banyak membantu dari awal sampai akhir.

"Doakan arwah suami saya dilapangkan kuburnya, diampunkan dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh," tulisnya lagi.

BALU 1

Majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Danial Imran.

Terdahulu, dalam kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis mengenai insiden tersebut, beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.16 pagi, pada Jumaat.

Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian dan bertindak membawa keluar mangsa menggunakan peralatan 'air lifting bag' serta bantuan excavator.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata polis sedang mengesan saksi kemalangan maut tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain