ANAK mana yang mampu bertenang sebaik sahaja mendapat perkhabaran bahawa kedua ibu bapanya disahkan positif Covid-19? Apatah lagi kedua-duanya warga emas, mempunyai penyakit serta terpaksa menjalani kuarantin bersendirian di rumah tanpa ditemani anak-anak, sudah tentulah perasaan si anak gundah gulana. Tidak betah duduk sahaja bertanya khabar menerusi panggilan telefon, wanita ini sanggup memandu sehingga lapan jam pergi dan balik, semata-mata mahu menjenguk kedua-dua orang tuanya walaupun hanya mampu memandang dari kejauhan buat seketika. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu demam hanya nak rehat di rumah, bapa yakin bukan virus Covid-19... 6 beradik reda jadi yatim piatu dalam masa 10 hari - “Umi pergi sebelum naik ambulans” ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah positif Covid-19 dibawa ke Maeps 1 Syawal... anak menangis abah usahakan sesuatu tak dijangka dari dalam bas cermin gelap Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Yuniey Iluniey berkata, dia dan keluarganya menetap di Kota Bharu manakala ibu bapanya, Che Hasmah, 54, dan Amin Fauzi, 68, pula tinggal di Gua Musang, Kelantan. "Saya anak sulung daripada dua adik beradik. Adik lelaki saya tinggal di rumah lain tapi dekat dengan rumah ibu bapa kami. Dialah yang menjenguk ibu ayah kami hari-hari. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Bila dapat tahu ibu ayah kena Covid-19, saya sebagai anak sulung rasa meronta-ronta mahu jenguk walaupun mereka melarang. Mula-mula nak tunggu mereka selesai kuarantin dulu, tapi akhirnya tak boleh tahan perasaan lagi-lagi mereka dah berumur. "Semuanya tanpa plan... saya ajak seorang staf saya teman. Saya tak beritahu ibu ayah nak datang rumah sebab nanti mereka marah. Bila sampai depan rumah, saya minta mereka keluar kononnya ada orang nak hantar (COD) barang. Yuniey (dua, kiri) merupakan anak sulung daripada dua adik beradik. "Sebaik bertatapan, memang berlaku drama air mata... ayah saya sakit kencing manis, keadaannya lemah sikit. Ibu yang papah ke pintu pagar. Tapi jelas wajah mereka gembira bila anak pulang," ujar usahawan produk kecantikan berusia 28 tahun ini. Yuniey berkata, pertemuan tersebut berlangsung hanya sekitar 10 minit sahaja namun amat berbaloi kerana dapat mengubat kerinduan dan melihat kedua ibu bapa dengan matanya sendiri. "Saya bawa makanan kegemaran, barang keperluan dan hadiah untuk mereka. Sempat saya beri kata-kata semangat minta mereka kuat untuk melawan Covid-19 sebab anak kecil saya pun rindu nak jumpa datuk nenek mereka. Yuniey menetap di Kota Bharu, Kelantan bersama suami dan tiga anaknya. "Bila saya cakap macam tu, mereka nampak bersemangat sikit sebab mereka pun rindu nak peluk cium anak cucu. "Sebenarnya boleh je minta adik hantarkan barang atau order barang keperluan tapi perasaannya lain. Berbaloi drive dapat buat parents happy. Tak rasa letih pun," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi. Mujur Allah sentuh hati untuk saya balik dan panjangkan usia ibu ayah. Ia adalah kesempatan yang tak boleh dibeli. YUNIEY ILUNIEY Tidak menyangka perkongsiannya meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam dimuat naik, Yuniey berkata dia hanya mahu mengabadikan momen tersebut sebagai kenangan berharga. "Alhamdulillah, ibu ayah semakin baik dan mereka dijangka tamat kuarantin 18 Februari ini. Harap-harap tak bersambunglah. "Bila baca komen, ramai yang tersentuh. Ada satu komen tu buat saya sampai menangis. Dia tangguh nak jumpa ibunya yang positif Covid-19, sehinggalah dapat panggilan ibunya masuk ICU dan akhirnya terbujur kaku. Ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan usahawan produk kecantikan. "Itulah yang saya takutkan. Mujur Allah sentuh hati untuk saya balik dan panjangkan usia ibu ayah. Ia adalah kesempatan yang tak boleh dibeli. "Ibu bapa ni kalau dah tiada, maka tiadalah doa keramat daripada mereka. Kejayaan saya hari ini juga daripada doa mereka. Kesimpulannya, kalau ada emergency, utamakan keluarga kita," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI