KEMALANGAN boleh berlaku tanpa diduga, pada bila-bila masa. Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Seorang wanita berdepan detik cemas sebaik dimaklumkan mengenai suaminya terbabit dalam kemalangan. Namun mesej suara daripada seorang individu tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp, sedikit-sebanyak membantu menenangkan dirinya yang panik ketika itu. ARTIKEL BERKAITAN: Adik kemalangan motor terpelanting di highway, tindakan remaja India buat jurutera ini 'salute' habis - "Muka dia nampak cukup bimbang" ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri sanggup gadai nyawa bantu sahabat parah kemalangan disangka pencuri, "Cepat nanti tak pasal-pasal kena langgar lori laju" Mengimbas kembali insiden itu, wanita berkenaan, Nurul Syahida Abdullah Sani berkata, suaminya terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dalam perjalanan dari rumah ke pejabat di Ampang, Selangor pada 30 November tahun lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi, katanya, motosikal yang ditunggang suaminya terbabas di susur keluar Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala ke Ampang. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Ketika kejadian, keadaan jalan berpasir dan pada masa sama suami tak cukup rehat. Dalam dua minggu sebelum kemalangan, suami mengadu penat sangat dan hanya tidur selama dua atau tiga jam. "Kecederaan suami agak teruk. Mulut dia pecah, lutut terbelah hingga nampak isi dan luka kaki teruk nampak tulang putih," kata wanita berusia 32 tahun itu kepada mStar. Motosikal milik suami Nurul dan kesan darah di lokasi kejadian. Lebih mesra disapa Nurul, dia menerima panggilan daripada seorang individu tidak dikenali bagi memaklumkan suaminya yang berusia 33 tahun terbabit dalam kemalangan. "Masa dapat panggilan pagi tu, saya terkejut dan macam tak percaya. Fikiran jadi stuck kejap. Lepas dapat gambar suami daripada hamba Allah tu saya menangis sebab tengok keadaan suami yang separa sedar dan banyak sangat darah. "Hamba Allah ini yang beri segala butiran kepada saya bagi memudahkan urusan suami di lokasi kejadian," ujarnya yang berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor. Rakan setugas melawat suami Nurul di hospital. Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia dimaklumkan oleh individu berkenaan bahawa dia merupakan satu-satu pengguna jalan raya yang menyedari suaminya terjatuh daripada motosikal. "Dia ternampak dan terus berhenti. Dia juga call ambulans dan dapatkan nombor telefon saya daripada suami yang masih sedar, serta tunggu sehingga ambulans bawa suami ke hospital. "Dia juga hantarkan kunci motor ke kawasan perumahan saya di Keramat Permai selain menghantar gambar keadaan suami tanpa diminta," katanya sambil menambah dia berada di Kuala Kubu Bharu kerana urusan bisnes ketika kejadian. Bukan senang nak jumpa orang yang baik dan bertanggungjawap serta jujur. Tak semua orang mampu jujur bila nampak telefon. NURUL SYAHIDA ABDULLAH SANI Mengulas lanjut, Nurul menjelaskan suaminya yang merupakan anggota polis dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan. "Suami dirawat di hospital selama enam hari dan perlu menjalani pembedahan di bahagian lutut dan kaki. "Alhamdulillah suami semakin pulih dan dah boleh berjalan tanpa tongkat. Cuma masih memerlukan rawatan fisioterapi," katanya yang mengusahakan kedai makan. Nurul (kiri) bersyukur keadaan suaminya semakin pulih dan kini menjalani rawatan fisioterapi. Walaupun tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung menerusi panggilan telefon, Nurul menyifatkan tindakan pantas dan keprihatinan lelaki yang merupakan pesara tentera dan menetap di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu begitu bermakna buat dirinya sekeluarga, "Bukan senang nak jumpa orang yang baik sebegini dan bertanggungjawab serta jujur. Baik tu bermaksud dia menguruskan segala hal sehingga semuanya selesai. "Segala dokumen dan barang-barang penting juga berharga masih ada dalam beg suami saya, tak ada yang hilang pun. Tak semua orang mampu jujur bila nampak telefon... saya dan suami berbanyak terima kasih kepada hamba Allah ini," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI