SERBA boleh. Mungkin itulah perkatan yang tepat untuk menggambarkan bakat yang dimiliki oleh anak jati Perak ini. Badrul Akram Baharudin, 31, bukan sahaja bekerja sebagai pereka grafik dan jurufoto perkahwinan, malah dia juga merupakan pemain bass untuk band underground Wickweaky sejak tahun 2009. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa terkejut, gambar mata anak jadi tatapan 26.5 juta pengikut Instagram Apple... ambil dalam kereta je! - “Dah nak tidur, saya dapat notification” ARTIKEL BERKAITAN: Anak jati Perak terharu video Taiping raih hampir setengah juta tontonan, photoshoot pengantin temukan dirinya dengan ‘kambing cantik’ Pada Oktober tahun lalu, gambar mata yang dihasilkan Badrul meraih perhatian dunia apabila ia dikongsi menerusi laman Instagram Apple buat tatapan lebih 20 juta pengikut. Membuka tirai tahun 2022, Badrul mencuba cabang seni baharu apabila dia buat julung kalinya menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik video. View this post on Instagram A post shared by Badrul Akram (@bartdrul) Menurut Badrul, muzik video lagu The Look yang didendangkan kumpulannya sendiri baru sahaja dilancarkan pada Jumaat menerusi platform YouTube. "Sejak zaman sekolah saya suka tengok movie, suka tengok video di sebalik tabir (behind the scene). Tapi sepanjang hayat, saya tak pernah terlibat dalam mana-mana penggambaran muzik video. Jadi kru pun tak pernah. Badrul bersyukur diberi peluang sebagai pengarah muzik video. "Setakat buat video suka-suka untuk media sosial sendiri, itu dah biasa. Kali ini, band saya sendiri minta saya jadi pengarah muzik video, mereka beri kepercayaan kepada saya, maka terhasillah muzik video ini. "Sebenarnya dah banyak kali mereka minta, tapi saya tak berani. Takut tak menjadi. Saya juga risau orang tak boleh terima. Tapi kali ini saya berani mencuba. Ibaratnya mimpi jadi realiti," ujarnya kepada mStar. Orang nak tengok cerita sambil dengar lagu, jadi saya baru sedar bahawa ia tidak semudah yang disangka. BADRUL Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, proses penggambaran dan pengarahan tidaklah semudah yang disangka, namun dia bersyukur produksi Fluent Pixels memberi kerjasama yang padu buatnya. Malah jika diberi peluang pada masa akan datang, Badrul juga tidak menolak untuk memberikan sentuhan kreatifnya dalam penghasilan muzik video artis-artis lain. Sekitar rakaman muzik video berkenaan. "Ia sangat tricky. Buat muzik video ada jalan cerita. Orang nak tengok cerita sambil dengar lagu, jadi saya baru sedar bahawa ia tidak semudah yang disangka. "Banyak persiapan yang perlu dibuat, story board pun saya buat sendiri. Tapi akhirnya bila video dah siap, saya dapat rasakan kepuasannya. Kalau ada penyanyi lain lagi minta buat muzik video, sudah tentu ia satu pencapaian besar untuk saya," ujar Badrul. Menurut Badrul, penggambaran muzik video tersebut dibuat di sebuah muzium antik di Taiping, Perak dan ia memakan masa selama dua hari. Namun katanya, proses awal pembikinan muzik video itu sudah dimulakan sejak Disember tahun lalu. Bercerita lanjut, Badrul berkata dia berhadapan kekangan masa dalam penggambaran tersebut, namun bersyukur ia berjaya disempurnakan dalam tempoh yang sudah dirancang. Ahli kumpulan Wickweaky. "Kalau nak diingat, kami sangat rushing kejar masa. Ada satu hari tu, kami buat 58 shot dalam masa sehari. Memang kelam kabut dibuatnya. "Salah satu babak dalam muzik video ni iaitu babak menari diinspirasikan daripada filem lama, Pulp Fiction yang diarahkan oleh Quentin Tarantino. "Ideanya kami nak nampakkan elemen barat tapi elemen besar tetap Melayu. Kami juga ada masukkan babak main ceper atau tudung tin untuk highlight permainan tradisional kita dulu-dulu," ujarnya lagi. Selain Badrul, band alternatif dan punk rock itu turut dianggotai Aron (vokal/gitar), Saniy (gitar), Matin (gitar) dan Adam (drum). Untuk rekod, kisah gambar mata anak sulung Badrul, Luth Fateeh, 5, yang disiarkan menerusi Instagram Apple turut mendapat liputan mStar pada 12 Oktober tahun lalu. Pada 24 Mei tahun sama, Badrul pernah muncul menerusi segmen viral mStar apabila video keindahan Taiping, Perak yang dihasilkannya meraih jutaan tontonan di Instagram. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI