suria

Dapat 30 ekor ikan dalam 30 minit! Teknik mengail unik warga emas ini buat ramai terlopong

Ramai tak sangka, umpan bancuhan tepung dan botol kecil lebih mudah mendapatkan ikan.

BAGI kaki pancing, menggunakan joran dan mesin serta umpan mahal adalah pilihan terbaik malah ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit demi memiliki alatan canggih dan memuaskan.

Untuk 'orang kampung' dan mereka yang suka mengail di parit-parit kecil, sebatang kayu dan mata kail sudah mencukupi, yang penting ikan memenuhi baldi.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki kaki pancing, ikan dengan ‘gigi manusia’ jadi perhatian ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat hati nak tangkap ikan di sungai tapi ‘terpancing’ kucing pula, nasib baik 2 ‘abang’ di rumah sudi terima Sauk jadi ahli baharu

Teknik istimewa yang dikongsikan Mohd Die Shuhainie Ibrahim, 40, mendapat perhatian pengguna media sosial sehinggakan videonya dikongsi lebih 31,000 pengguna Facebook selain mendapat lebih 2,000 tanda suka.

Video berdurasi 1 minit 33 saat itu memaparkan seorang warga emas berusia 78 tahun yang dikenali sebagai Ciksue memancing menggunakan botol yang berumpankan tepung gandum di Sungai Raja Gali Kota Bharu, Kelantan.

Dalam tempoh 17 saat Ciksue berjaya mendapatkan seekor ikan belanak yang berukuran kira-kira 25 sentimeter dan jumlah keseluruhan berjaya dikail adalah kira-kira 30 ekor dalam tempoh 30 minit.

Berkongsi cerita kepada mStar, lelaki yang berkongsi video itu yang mesra disapa Matdi berkata, tujuan utamanya merekod dan menyiarkan posting itu di Facebook adalah kerana teknik yang digunakan warga emas tersebut unik dan ia menjadi trend di kawasan perkampungan itu.

Menurut operator drone itu lagi, dia yang teruja melihat cara mengail itu turut memaklumkan kepada keluarga di Kuala Lumpur tentang teknik tersebut dan berjanji akan membawa mereka datang ke Kampung Sabak Pengkalan Chepa berkenaan.

"Saya tak pernah tengok teknik macam ni sepanjang hidup. Saya rasa ia unik.

"Percubaan pertama saya menggunakan teknik tu gagal dan kali kedua baru berjaya memperoleh ikan.

Matdi ke rumah nenek tersebut selepas mengail ikan.

Matdi ke rumah nenek tersebut selepas mengail ikan.

"Caranya nampak mudah iaitu potong bawah botol air plastik bersaiz 600 mililiter dan ikat tali pancing di bahagian yang telah dipotong.

"Ikatkan pemberat (dawai) untuk pastikan botol tenggelam dipermukaan air. Di atas bahagian penutup, ikatkan pelampung supaya botol itu timbul dibahagian atasnya.

"Kemudian masukkan setengah cawan air ke dalam botol tersebut bersama 1 sudu tepung gandum dan kacau sehingga sebati.

"Baling botol ke dalam air dan tunggu sehingga terasa gerakan seperti tali pancing ditarik," jelasnya tentang cara mengail menggunakan botol itu.

Menurut anak jati Paka, Terengganu itu lagi, dia bukanlah kaki pancing tegar dan hanya suka melihat orang memancing.

Ikan hampir memenuhi tong yang dibawa

Ikan hampir memenuhi tong yang dibawa.

Sementara itu, di ruangan komen video posting tersebut, netizen turut mengakui baru mengetetahui tentang teknik yang dikongsikan warga emas tersebut.

"Seumur hidup baru ni tahu ngail pakai gandum. Masa budak-budak dulu lelah cari cacing.

"Sedap sangat kalau gini, ikan puyu dan haruan boleh tak.

"Terhibur pula tengok mengail cara tu.

"Kalau macam ni, aku pun boleh join orang memancing, tak payah pakai umpan hidup," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain