"KAMI berniaga, balik pukul 2 pagi tapi tak dapat masuk rumah sebab jiran parking kereta betul-betul depan pagar.. nak kena panggil dia time tu dalam keadaan hujan lebat," luah Nur Farhana yang kesal sikap penting diri jirannya. Menurut peniaga berusia 31 tahun itu, jirannya bukan sekadar tidak mengendahkan setiap teguran yang diberikan malah berulang kali melakukan kesalahan sama. Video tindakannya itu ditonton lebih 530,000 pelayar TikTok selepas dimuat naik, malah majoriti netizen menyatakan mereka turut mengalami situasi seumpama itu: "Geram dengan jiran, saya park depan rumah dia balik... dia panggil saya buat pekak, call ayah saya untuk alihkan." ARTIKEL BERKAITAN: Sekelas tapi tak bertegur, kemudian dating di tembok ala ‘makcik bawang’... akhirnya jiran sebelah rumah jadi isteri - “Tak terfikir, mimpi pun tak pernah” ARTIKEL BERKAITAN: Tak dengar nasihat jiran, pemuda ini tetap sewa rumah tinggal... Diganggu nenek tua, haiwan peliharaan mati Berkongsi cerita kepada mStar, tindakan meletakkan bekas kosong di atas bumbung kereta dengan ayat 'untuk dijual RM800, percuma pam racun' adalah untuk menyedarkan jirannya itu. "Kita dah biasa tegur tapi still buat juga. Tak mau gaduh dengan dia jadi buat macam tu. "Kadang-kadang dia parkir tak fikir kami yang duduk dekat sini sebab parking betul-betul depan rumah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Pukul 2 pagi kena panggil dia untuk ubah... kalau adik-beradik dia balik, memang dia akan susun parking sepanjang jalan ni," ujarnya yang geram dengan sikap tersebut. Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, tindakan pentingkan diri jirannya itu menjadi perhatian dia dan suami serta beberapa penduduk berhampiran selepas mengalami kesukaran untuk bergerak. "Rumah depan kami dah ada penyewa... jiran tu pun mengadu kata susah nak lalu sebab laluan taman ni kecil. "Kat sisi rumah kami ada pembahagi taman lama dengan taman baru. Bila guna lorong tu, terpaksa makan side sebab dia letak kereta kat situ. "Jadi kena pusing ikut lorong lagi satu untuk masuk ke rumah kami," katanya sambil menambah, jirannya itu hanya mendiamkan diri walaupun melihat kesukaran yang dialaminya. Kebanyakan netizen meninggalkan komen pernah mengalami situasi sama. Bercerita lanjut, ujar Nur Farhana, kawasan perumahannya yang terletak di Alor Setar Kedah itu terbahagi kepada dua iaitu taman lama dan taman baru. Ujarnya, taman baru dibina atas tapak kosong berhampiran dan lokasi itu sering diguna untuk meletak kenderaan. Sejak kami pindah duduk situ dua tahun lalu, dia buat perangai macam tu. Sekarang ni ada juga dua tiga orang terikut perangai dia. NUR FARHANA Katanya lagi, pemilik kenderaan tersebut adalah penduduk di taman lama manakala dia mendiami taman baru dan sikap meletakkan kereta di situ berterusan walaupun perumahan siap diduduki. "Jalan kecil tu macam pembahagi antara taman baru dengan taman lama. "Sejak kami pindah duduk situ dua tahun lalu, dia buat perangai macam tu. Sekarang ni ada juga dua tiga orang terikut perangai dia. Pemilik mengubah kereta selepas tong 'jual kereta' diletakkan. "Rasa payah, dulu pakai kereta kecil, sekarang pakai 4x4. Kami takut terkena kereta dia, nanti akan undang pergaduhan, jadi ambil inisiatif dengan beberapa penduduk berhampiran buat macam tu. "Lepas video ni viral, dia tak datang serang pun tapi kereta dah tak parkir depan pagar rumah kami," jelasnya. Menurutnya lagi, dia tidak pernah mengenali jirannya itu kerana kereta diparkir selepas dia keluar untuk berniaga dan waktu pulang ke rumah pula sekitar pukul 2 pagi. Tambahnya, sebelum tindakan meletakkan tong jual itu, dia juga pernah meninggalkan nota di kereta berkenaan untuk ubah selain pernah menolak kenderaan itu kerana handbrake tidak ditarik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI