SIAPA yang tidak kenal dengan Uncle Kentang, aktivis sosial yang banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan, membantu masyarakat dalam kesusahan. Bakal melakar sejarah, bekas anggota polis yang nama sebenarnya Kuan Chee Heng berhasrat memperluaskan bantuannya menerusi pembukaan dua kiosk. "Saya terus ambil dua kiosk. Satu kiosk kita buat Kedai 10 Sen. Boleh beli beras 5 kilogram dengan harga RM1. ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Kentang 'dihambat' Puan S! Bukan nak mohon bantuan, tapi gigih nak tolong remaja Cina masuk universiti - "Inilah keindahan Malaysia" ARTIKEL BERKAITAN: Bukan darah daging, ikatan persaudaraan pun tidak! Uncle Kentang bangga anak angkat panggil 'ayah'... janji lindungi mereka - "Ia bukan pilihan tapi tanggungjawab" "Kiosk kedua adalah makan dan bayar RM1. Telur dan roti bakar campur air kopi RM1. Untuk mereka yang lapar dan tak mampu," tulisnya menerusi satu posting di salah satu laman Facebook beliau, pada Jumaat. Bercakap kepada mStar, Uncle Kentang berkata, dua kedai tersebut bakal dibuka di Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong di Puchong, Selangor, seawal-awalnya bulan depan. Menurut beliau, ia merupakan kerjasama dengan pengendali LRT, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) kedua-dua pihak. "Kedai 10 Sen ini menempatkan pelbagai barang keperluan seperti beras, gula, bawang termasuk kentang untuk golongan susah mendapatkan barang-barang dapur. "Saya dah tengok lokasi dan rancangan untuk buka dua kiosk ini dalam tempoh sebulan, seawal-awalnya bulan depan," katanya ketika dihubungi. Menurut Uncle Kentang, lokasi dua kiosk itu akan dibuka di Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong. foto Wikipedia Tambah aktivis itu, Kedai Makan RM1 membolehkan mereka yang kurang berkemampuan terutama dalam kalangan pekerja untuk menikmati makanan pada harga murah. "Kita tahu ramai budak-budak yang kerja tapi susah, gaji kecil dan pelajar-pelajar yang tak cukup duit untuk makan di sekolah. "Jadi, mereka boleh singgah untuk makan sebab tak mampu. Memang saya 'gila' buat benda macam ni sebab saya anak Malaysia. "Kalau saya makan seorang dan kenyang, 'di sana' saya akan disoal dan nanti tak boleh jawab," kata Uncle Kentang. Biar kita start dulu, dan Tuhan yang menentukan. Masyarakat juga boleh bantu saya untuk sumbangan UNCLE KENTANG Selain kiosk barang keperluan dan kedai makan, Uncle Kentang turut menjelaskan bahawa lokasi tersebut akan menjadi platform untuk rakyat meluahkan tentang nasib mereka. "Mereka boleh meluahkan tentang masalah dan kesusahan. Saya akan berada di sana mendengar luahan mereka dari semasa ke semasa," tambah beliau. Perkongsian Uncle Kentang di Facebook. Mengenai dana, beliau memaklumkan bahawa apa yang lebih penting rancangan untuk memulakannya dalam mempermudahkan urusan mereka yanh memerlukan. "Saya mahu memudahkan mereka yang memerlukan, dengan kerjasama Prasarana. Lokasi pun cantik (strategik). "Biar kita start dulu, dan Tuhan yang menentukan. Masyarakat juga boleh bantu saya untuk sumbangan. "Jangan takut tentang funding, yang penting kita buat dulu. Saya dah nekad dan yakin," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI