suria

Saat bisnes baru bertapak, kaki kiri dipotong akibat dilanggar lori 3 tan... OKU diduga anak derita tumor, ayah kanser usus tahap 4!

Mohd Sabrie berusaha mendapatkan pelanggan untuk produk jualannya.

BERPEGANG pada prinsip 'every cloud has a silver lining', Mohd Sabrie Mohamad Brahim yakin setiap getir dan kesukaran yang dilaluinya akan membuahkan hasil lumayan di kemudian hari.

Menurut lelaki berusia 33 tahun itu, kehidupannya dan isteri mula diuji kira-kira tujuh tahun lalu apabila dia dilanggar lori muatan tiga tan semasa ingin membantu warga emas menukar tayar kereta.

"Kisah ujian terbesar dalam hidup bermula pada Februari 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja OKU menitis air mata dapat tempahan pertama 10 batang ais krim, bangun jam 3 pagi terus solat tahajud

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes baju merosot, tapi permintaan resepi meningkat walau masak suka-suka... lelaki ini manfaatkan pengalaman ibu bergelar Youtuber

"Pada masa itu, saya baru memulakan perniagaan sendiri sub-wiring, Alhamdulillah ada empat bangunan harus disiapkan. Awalnya semua berjalan lancar... masa ni anak baru seorang (Nur Imanie Insyirah) dan umur dia sembilan bulan.

"Penghujung bulan, saya cadang nak balik kampung sebab nak khabarkan kepada ibu yang saya sudah ada syarikat sendiri.

"Kami dari keluarga yang susah... satu kejayaan juga dapat bina perniagaan sendiri walau sekolah tak tinggi.

"Pada pukul 8 malam 27 Februari, semasa dalam perjalanan selepas hantar pekerja, seorang pakcik minta tolong tukar tayar kereta yang bocor. Saya bagi tayar gantian kereta saya kerana nak balik cepat sebab nak bawa anak yang sedang demam panas ke klinik," ceritanya sayu.

Menurut anak kelahiran Kampung Spaoh Sri Aman, Sarawak itu, ketika cuba hendak mengambil tayar dari bonet kereta, dia dilanggar lori muatan tiga tan.

Mohd Sabrie besama isteri dan anak-anaknya.

Mohd Sabrie besama isteri dan anak-anaknya.

Ujarnya, akibat daripada pelanggaran itu, kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga pangkal paha.

"Bermula detik itulah segala yang dibina 'hilang'... Kesan kena langgar ni jugalah saya alami amnesia kerana kepala terhantuk dengan kuat di cermin lori.

"Masa tu sakit terasa sangat disertai gangguan emosi. Isteri kena tolak saya guna kerusi roda jika ke Hospital Miri, Sarawak, pada masa sama saya terpaksa pegang anak yang masih kecil.

"Apa yang membuat saya dan isteri menitis air mata adalah anak yang kecil merangkak laju untuk melihat ke luar rumah kerana ingat ada orang nak bawa dia jalan-jalan," ujarnya.

Nur Annisa semasa menjalani pembedahan pada 2019.

Nur Annisa semasa menjalani pembedahan pada 2019.

Bercerita lanjut, katanya, hampir dua tahun isteri terpaksa menolak kerusi roda untuk ulang-alik ke hospital kerana dia perlu menjalani tiga kali pembedahan bagi memotong tulang kaki kiri.

"Daripada ada kaki kiri tinggal sampai lutut, bedah lagi... tinggal atas lutut dan bedah lagi betul-betul tinggal sikit lagi kaki kiri.

"Saya bersyukur, isteri Nurayati Gusni yang dikenali dalam tempoh singkat menerusi Facebook sanggup menjaga saya sepanjang tempoh terlantar sakit termasuk mencuci najis dan memandikan.

Masa tu banyak kerja dia kena buat dalam satu hari tapi dia tidak pernah mengeluh. Waktu yang diumpamakan sebagai 'hari gelap' itu kami gagahkan juga memulakan perniagaan baharu dengan menjual rempeyek.

MOHD SABRIE

"Kami disatukan pada November 2013. Dia sangat taat, baik, mempunyai kesabaran tinggi dan sanggup berkorban apa saja. Kini kami mempunyai tiga cahaya mata.

"Masa tu banyak kerja dia kena buat dalam satu hari tapi dia tidak pernah mengeluh. Waktu yang diumpamakan sebagai 'hari gelap' itu kami gagahkan juga dengan memulakan perniagaan baharu menjual rempeyek, beberapa jenis kerepek dan ikan masin," luahnya sedih.

Tambahnya lagi, jualan yang dilakukan itu berjaya memenuhi keperluan anak-anaknya, Nur Annisa Inshirah, 6; Nur Ammara Insyirah, 4 dan Nur Imanina Insyirah, setahun termasuk untuk membeli susu dan lampin pakai buang.

Ayahnya perlu menjalani rawatan kemoterapi

Ayahnya perlu menjalani rawatan kemoterapi.

Bagaimanapun, katanya, perniagaan yang dijalankan tidak bertahan lama apabila jualan semakin merosot sejak empat bulan lepas berikutan kekurangan promosi.

"Dugaan semakin bertambah apabila kos rawatan susulan anak kedua saya yang menghidap G6PD sejak lahir dan tumor yang boleh membesar di kepala, rusuk dan dadanya tidak dapat disediakan. Dia juga pernah menjalani pembedahan pada bahagian kepala di Hospital Miri, pada 2019.

"Saya juga perlu membantu menyediakan duit untuk rawatan ayah yang disahkan menghidap kanser usus tahap 4 pada 2021.

"Adik dan dua kakak ada juga membantu... kami semua sama-sama susah. Kos sangat tinggi iaitu kira-kira RM15,000 sebulan, ia termasuk kos perjalanan ke Hospital Miri, wad, ubat-ubatan, rawatan kemoterapi dan banyak lagi," ujarnya yang kini mengharapkan duit daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja.

Tambahnya lagi, keadaan semakin sukar apabila pergerakannya terhad berikutan kerusi roda elektrik yang digunakannya rosak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
OKU, peniaga, kemalangan, kanser usus

Artikel Lain