suria

Anak positif Covid-19 selamba dibawa keluar rumah ‘ambil manfaat matahari’, ibu mohon maaf selepas dikecam

Wanita itu memohon maaf selepas dia dikecam pelayar Twitter. (Gambar Hiasan)

HAMPIR dua tahun hidup dalam suasana pandemik, nampaknya masih ada individu yang kurang peka dengan risiko jangkitan Covid-19.

Terbaharu, tular foto memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang positif virus itu dibawa berjalan-jalan ke kawasan terbuka oleh ibunya.

Tindakan wanita itu yang membawa anaknya keluar ternyata menimbulkan kemarahan ramai sehingga dia diselar pengguna Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Tindakan lebih tegas akan diambil jika langgar SOP bermula 4 Februari

ARTIKEL BERKAITAN: Padah langgar SOP, ‘Karen’ dikompaun RM3,000

"Dia positif Covid-19 tapi lihatlah semangatnya. Mengambil manfaat daripada terik matahari," tulis wanita itu menerusi akaun Twitter miliknya.

"Kamu kena Covid-19, terperap dalam rumah tanpa pengudaraan, tempah (makanan) GrabFood, tunggu temu janji dos penggalak keempat. Kami tak sama," tulisnya lagi.

Dalam foto serta tweet tular yang sudah dipadam, kanak-kanak yang tidak memakai pelitup muka itu dilihat sedang berada di tepi sebuah jalan yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Pada Ahad, ibu kepada kanak-kanak itu tampil membuat permohonan maaf dan memberi penjelasan atas tindakannya itu.

file7jkp0s90jglv4fq9owt

Malaysia mencatatkan 26,832 kes positif Covid-19 pada Ahad. (Foto: BERNAMA)

"Kami sedang kuarantin sekarang dan akan terus kuarantin sehingga hari ke 10. Saya mohon maaf sekali lagi.

"Kami ambil angin di perkarangan rumah sewaktu jam 12 tengah hari di mana selalunya ramai yang berada di dalam rumah dan di perkarangan rumah kami akan sunyi.

Sila berhati-hati bila keluar rumah, sebab kita tak tahu siapa yang positif, siapa kontak rapat, siapa zombie.

NETIZEN

"Selalunya kelibat kereta sahaja yang lalu lalang. Tapi saya mohon maaf sekali lagi. Seharusnya saya lebih peka," ujar wanita itu.

Dalam tweet berasingan, dia turut memohon orang ramai agar terus mendoakan kesihatan dia sekeluarga.

Sementara itu, beberapa pelayar Twitter turut berkongsi cerita mengenai kisah sebilangan rakyat negara ini yang masih kurang peka akan risiko jangkitan Covid-19.

file7jl5e1dvlv9ybnlfaq

Beberapa pelayar Twitter turut berkongsi kisah mereka berhadapan individu yang kurang peka akan risiko jangkitan Covid-19. (Foto: BERNAMA)

"Ada juga yang isteri positif Covid-19 kuarantin rumah, suami keluar rumah pergi merata. Bila tanya, bukan isteri positif ke? Dia boleh kata yang positif isterinya, bukan dia.

"Sila berhati-hati bila keluar rumah, sebab kita tak tahu siapa yang positif, siapa kontak rapat, siapa zombie," tulis @rohaida_ibrahim.

"Terjadi kepada saya. Anak perempuan positif Covid-19 sebab ada mak ayah hantar anak pergi taska walaupun dah tahu anak dia tak sihat.

"Samalah kes ni. Rakan sepejabat tanya, kau batuk-batuk ni positif ke? Dia jawab aku sakit tekak saja. Esok pergi ujian saringan, sah positif. Kemudian 10 orang rakan sepejabat positif sebab dia," tulis pengguna Twitter yang lain.

Untuk rekod, Malaysia mencatatkan 26,832 kes positif Covid-19 pada Ahad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain