suria

Gadis dah boleh memandu selepas BF ajar seminggu dari tengah hari sampai malam... rupa-rupanya 2-in-1, sempat juga ‘baca’ perangai si dia!

Wawa berkongsi pengalaman belajar memandu bersama teman lelaki.

BELAJAR memandu sememangnya mencabar dan menguji kesabaran, apatah lagi jika mendapat tenaga pengajar yang tegas dan garang.

Seorang gadis, menerusi video yang tular di media sosial berkongsi pengalaman belajar memandu dengan 'pasangan'nya sendiri.

"Belajar dengan partner," katanya menerusi keterangan video berdurasi 39 saat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan cikgu muda lagi penyabar, ada yang sanggup rentas dari Johor ke Terengganu nak belajar memandu - "Jangan risau, kami ajar perlahan-lahan"

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian memandu je tapi diberi jolokan bukit paling seram! - "Dari jauh nampak rendah bila di atas macam kat puncak Everest"

Berkongsi pengalaman, gadis berkenaan, Nur Syazwani Kaderi menjelaskan bahawa 'pasangan' yang dimaksudkan adalah teman lelakinya yang sama-sama belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana di Shah Alam, Selangor sebelum ini.

Nur Syazwani yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat berkata, dia sebenarnya telah memiliki lesen memandu pada Oktober 2020.

"Tapi dah hampir setahun saya tak drive sejak dapat lesen. Sebabnya saya tak ada kereta sendiri dan rasa takut kerana saya pernah terbabit dengan kemalangan masa umur 18 tahun.

"Masa tu kawan drive kereta famili dia dan terlanggar signboard besar di jalan. Hentaman agak kuat, habis kemek di bahagian depan. Memang trauma," katanya yang berusia 25 tahun ini kepada mStar.

Lebih mesra disapa Wawa, dia mengakui perlu kembali membiasakan diri memandu kereta kerana bakal menempuh alam pekerjaan selepas ini.

"Dulu partner (teman lelaki) boleh jemput saya untuk ke mana-mana sebab rumah sewa kami berdekatan di Shah Alam. Sekarang hubungan kami jarak jauh, dia nasihatkan saya supaya belajar memandu.

"Memang kena belajar sebab parking sisi agak mencabar... saya kena 'balas balik' stereng dan pusing banyak kali," ujarnya yang berasal dari Bintulu, Sarawak.

belajar memandu 6

Wawa sebelum ini mengalami pengalaman pahit ketika menaiki kereta.

Menurut Wawa, dia selesa belajar dengan teman lelakinya berusia 27 tahun dari Kota Bharu, Kelantan. yang disifatkan penyabar selain mempunyai teknik tersendiri untuk mengajar.

"Selama seminggu kami belajar memandu ulang-alik ke kawasan lapang dekat lot kedai yang baru beroperasi, jadi tak banyak sangat kereta," ujarnya sambil menambah sesi tersebut berlangsung dari tengah hari hingga pukul 10 malam setiap hari.

Memang kena belajar sebab parking sisi agak mencabar... saya kena 'balas balik' stereng dan pusing banyak kali.

NUR SYAZWANI KADERI

Mengimbas kembali pengalaman 'kelas memandu' pada Oktober tahun lalu, anak ketiga daripada lima beradik itu berkongsi insiden yang tidak dapat dilupakan ketika sesi rehat.

"Setiap kali berhenti rehat, kami makan di restoran. Malangnya, restoran yang kami pergi pula asyik serve makanan tak sedap dan kesemua restoran tu saya yang pilih.

"Kuah tomyam pun rasa air paip. Air jus epal rasa susu pekat je, tak ada rasa buah. Partner cakap saya tak reti pilih restoran," ujarnya secara berseloroh.

belajar memandu 1

Wawa kini kembali memandu.

Wawa yang mengusahakan bisnes wangian secara kecil-kecilan di samping membantu keluarganya berniaga berkata, dia kini boleh kembali memandu seperti biasa.

"Bagi saya, belajar memandu dengan partner dapat menilai dia macam mana orangnya. Sejauh mana kesabaran dia, bagaimana dia menangani setiap situasi.

"Ini terutama bila saya buat tak betul, parking 10 kali pun tak masuk line lagi tapi dia masih boleh kawal emosi. Masa susah ni boleh tunjuk diri dia yang sebenar.

"Sekarang, dia dah bagi sepenuh kepercayaan untuk saya drive sendiri, sambil tu dia menilai. Dia akan ajar apa yang patut dan tak patut ketika memandu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain