suria

Suasana tegang, pelanggan tak puas hati! Reaksi spontan pemuda buat pakcik OKU tersenyum... salute cara settle masalah, siap FOC

Aksi spontan Ajiq memeluk pakcik OKU berang ini membuatkan ramai tersentuh.

TAK semua orang di dunia ini dilahirkan dengan sempurna.

Jadi sebagai orang yang mampu berkomunikasi dengan baik haruslah saling bantu-membantu terutama sekali melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja OKU menitis air mata dapat tempahan pertama 10 batang ais krim, bangun jam 3 pagi terus solat tahajud

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula hanya 7 viewers, lelaki OKU terima beratus order pewangi sampai tak menang tangan... semuanya kerana insan yang tak dikenalinya!

Satu rakaman telah dimuat naik jejaka ini, Eizzat Aziz Azeman, 25, ketika sedang melayan warga emas bisu dan pekak yang juga pelanggannya di kedai menjual nombor plat di Kampung Chempaka, Kota Bahru, Kelantan.

Menerusi video yang dikongsikan jejaka yang mesra disapa Ajiq, dia memaklumkan bahawa pakcik tersebut sedikit tidak berpuas hati dengan pembuatan nombor yang ditempah untuk peti suratnya di premis itu.

“Saya dapat tempahan nombor plat ni daripada seorang pakcik yang pekak dan bisu. Bila benda tu dah siap, pakcik ni tak terima, sebabnya tulisan plat tu lebih kecil daripada apa yang dia minta.

“Pakcik ni explain pada saya yang dia nak plat tulisan besar sikit. Jadi saya ambil kertas dan pen, saya terangkan pada dia.

“Saya tulis di kertas yang tulisan macam pakcik tu nak tak cantik. Kalau tulisan besar jadi buruk dan tak ikut standard macam orang lain buat tapi pakcik tu tak nak terima juga,” jelasnya.



Jejaka ini merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

Walaupun sungguh-sungguh menerangkan, namun lelaki kurang upaya yang sudah lanjut usia ini masih lagi tidak berpuas hati dengan saiz tulisan pada peti surat yang ditempah.

Memilih untuk tidak mengeruhkan keadaan, Ajiq yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik ini secara spontan memeluk pakcik itu.

Saya bagi free saja pada pakcik tu tempahan yang dia buat.

AJIQ

Aksi bersahaja jejaka ini telah mengubah suasana agak tegang tadi kepada lebih baik apabila kelihatan wajah warga emas ini terukir senyuman.

“Saya faham golongan macam ni. Tahap sensitiviti mereka agak berlainan dengan kita. Mereka tak nak dengar kita cuba terangkan atau cakap apa. Jadi kita yang lebih memahami keadaan ini harus sabar melayan. Lagipun dia pelanggan, saya tetap kena hormat dia.

“Sebenarnya bila tengok dia tu, saya rasa sayu teringat akan pakcik saya yang juga pekak dan bisu sama macam dia. Saya pun tak sampai hati nak berkeras dengan pakcik ni sebab saya bayangkan kalau itu pakcik atau ayah saya,” tambah Ajiq.

Imbas Ajiq, dia pada mulanya sudah berniat mahu memberikan plat tersebut secara percuma.

Jelasnya yang sudah membuka kedai menjual nombor plat lebih lima tahun, sudah menjadi kebiasaan dia tidak mengenakan caj kepada pelanggan kurang upaya .



Video Ajiq mengawal keadaan tegang berhadapan pakcik OKU ini mendapat pujian warganet.

“Saya dah buka kedai ni lama dah. Dulu ayah yang uruskan tapi sejak dia dah tak larat, dia serahkan kedai ni pada saya. Jadi sejak dua hingga tiga tahun lepas saya ambil alih.

“Saya bagi free saja pada pakcik tu tempahan yang dia buat. Memang saya dah biasa bagi free pada pelanggan OKU kalau buat di kedai saya ni. Alhamdulillah lepas kejadian itu semua OK saja,” kata Ajiq.

Berkenaan video yang menjadi tular, warganet memuji sikap Ajiq yang berjaya mengendali situasi seperti ini dengan baik walaupun terpaksa melayan kerenah warga emas OKU itu.



Jejaka ini telah mengambil alih perniagaan bapanya sudah lebih kurang tiga tahun.

Bercerita lanjut, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan terima kasih kerana melayan insan istimewa itu dengan baik pada video yang dimuat naik sehingga meraih lebih 500,000 jumlah tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain