BENARLAH kata pepatah, jodoh pertemuan ajal maut semuanya di tangan tuhan.Begitulah kisah pasangan pekak dan bisu ini, Zailani Selamat, 52, dan Nor Hayati Abd Halim, 50, yang telah mendirikan rumah tangga sejak 30 April 2000.ARTIKEL BERKAITAN: Pekak sejak lahir, percakapan kurang jelas... pemuda ini tetap gigih buat live jual baju bundle - “Kalau tak faham saya teka, selalunya kurang tepat”ARTIKEL BERKAITAN: Video TikTok anak sambut birthday bapa OKU undang sebak, pelajar gembira walau mak ayah guna bahasa isyarat - “Kegembiraan saya apabila lihat mereka senyum”Rakaman video dimuat naik oleh anak sulung mereka, Zulhaikal Zailani meraih perhatian warganet apabila menceritakan bagaimana pertemuan ibu dan bapanya, 22 tahun lalu.“Mak dan ayah saya satu sekolah dulu di SM Vokasional Pendidikan Khas Shah Alam. Ayah saya senior dah masa satu sekolah dengan mak. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Waktu tu mak dah ayah tak pernah bertegur sapa lagi. Sampai dah kerja pun mereka bawa haluan masing-masing saja. Tapi ayah saya kerja mekanik sampai sekarang cuma ibu dah jadi suri rumah saja.“Ada satu hari tu, mak dengan kawan dia terjumpa ayah di luar. Kawan mak tegur ayah sebab mereka memang saling kenal.“Mula daripada situ ayah dengan mak berkawan dan lama-kelamaan semakin rapat. Ada satu hari tu, nenek (ibu kepada ayah) terjumpa gambar mak, ayah simpan. Dari situlah nenek boleh kenal mak,” jelas pemuda yang mesra disapa Zul. Perkongsian gambar lama ibu dan ayah jejaka ini. Jelas pemuda berusia 21 tahun yang menetap di Shah Alam, Selangor, ini ibu dan bapanya disatukan sebagai suami isteri setelah perbincangan kedua-dua belah pihak diadakan semasa cuti umum perayaan Deepavali pada tahun 2000.Tambah Zul, lebih menarik lagi apabila nenek kedua-dua belah keluarga sebenarnya saling mengenali dan merupakan sahabat baik sejak dulu lagi. Saya cuma nak beritahu semua orang yang walaupun ada ibu dan ayah kurang upaya tapi kami boleh bahagia macam orang lain. ZULHAIKAL Setelah ikatan perkahwinan pasangan OKU (Orang Kurang Upaya) ini dibina 22 tahun lalu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata yang dilahirkan sempurna.“Mak cerita pada saya rupa-rupanya mak ayah dan mak ibu memang kawan baik. Cuma mereka dah lama tak berhubung.“Nenek pun tak tahu yang mak dan ayah saya sebenarnya satu sekolah dulu. Jadi lepas berbincang kedua-dua pihak setuju untuk melangsungkan pernikahan pada tahun sama."Alhamdulillah, saya dan dua orang adik lagi semuanya tak ada masalah pekak atau bisu. Kedua-dua orang adik perempuan saya berusia 17 dan 18 tahun,” ujar Zul.Menerusi perkongsian video-video yang dimuat naik di TikTok, Zul yang sedang menyambung pengajian di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan ini turut menceritakan pengalaman menjalani kehidupan harian mereka sekeluarga. Gambar ibu dan bapa Zul semasa hari persandingan mereka. Pemuda yang sedang mencari tempat latihan industri dalam bidang jurutera jurusan mekatronik ini turut mengakui sedih menerima kecaman menerusi video yang dikongsikan, namun memilih untuk tidak mempedulikan segala kecaman.“Saya belajar bahasa isyarat ni sejak umur lima tahun. Saya dan adik-adik belajar satu-satu perkataan melalui buku cerita untuk orang pekak dan bisu. Kadang-kadang ada perkataan saya tak tahu, saya akan belajar daripada makcik saya. Dari situlah saya dan adik-adik mahir untuk berkomunikasi dengan mak ayah.“Ada satu hari tu saya buat live di TikTok, ada yang mempersoalkan kenapa saya buat content macam ni. Mula-mula sedih juga sebab niat saya nak berkongsi di platform tu tapi bila tengok ramai yang bagi kata-kata semangat, saya teruskan je dan tak pedulikan kecaman tu semua. Zul yang merupakan anak sulung dalam keluarga bersama ibunya. “Saya cuma nak beritahu semua orang yang walaupun ada ibu dan ayah kurang upaya tapi kami boleh bahagia macam orang lain. Saya nak semua orang hargai mak ayah mereka dan jangan malu ada mak ayah macam saya.“Mungkin ada sesetengah orang rasa bebelan mak atau ayah mereka tu annoying, jadi mereka akan rasa bersyukur lepas tengok video saya. Saya harap suatu hari nanti mak ayah saya boleh bercakap, saya nak mereka panggil nama saya setiap hari,” ujar Zul. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI