PERKAHWINAN atau pernikahan adalah sangat dituntut dalam Islam dan sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkasih sayang namun terdapat situasi yang menjadikannya terbatas disebabkan adat berhantaran. Lebih menyulitkan apabila adat itu dijadikan penanda aras dan darjat sesebuah keluarga di samping tahap pendidikan seseorang perempuan sehingga ia sering menjadi topik hangat apabila diperkatakan secara umum. Mengupas isu tersebut, pemegang akaun Twitter yang dikenali sebagai Angeline (@eymahana) berkongsi cerita tentang pendapat bapanya. Bebenang tweetnya itu mendapat pelbagai komen dan reaksi netizen, dengan ada yang bersetuju dan sebaliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini tetap demand hantaran paling kurang RM15,000, "Lelaki nak isteri pandai masak, baik cari orang gaji je" ARTIKEL BERKAITAN: Tak nak berhutang, kos kahwin pasangan ini hanya RM2,000... tanpa songket atau lace tetap terserlah seri pengantin! - "Mak ayah sanggup turunkan harga hantaran" Salah seorang netizen yang memberi komen balas memberitahu, antara kebaikan hantaran yang dilihat melalui perspektif peribadinya adalah sebagi simpanan isteri. "Awal perkahwinan saya tak minta pun tapi dia bantu duit down payment kereta, deposit rumah sewa. Saya beli motor cash pun dia bantu, dia kata loan dengan dia saja bayar bulan-bulan," katanya. Bagi seorang lagi netizen, dia merasakan adat yang menjadi faktor sesetengah individu mahupun keluarga meminta hantaran tinggi. "Yes betul, tapi mungkin culture kita yang memang meminta hantaran tinggi menyebabkan sesetengah pihak rasa tidak adil or menyusahkan dan etc (sebagainya). "But actually pasal hantaran tu boleh try bawa bincang dengan perempuan tu dan keluarga dia," luahnya yang turut bersetuju dengan pendapat bapa Angeline. Angeline menghuraikan topik 'no hantaran'. Menyampaikan pandangan bapanya itu, ujar Angeline, perbincangan bermula apabila dia bertanyakan tentang 'no hantaran'. "Ayah kata biarlah seorang lelaki tu rasa susah payah nak kumpul duit hantaran, macam ayah susah payah besarkan anak ayah. Lelaki ni benda yang senang dapat memang dia susah hargai, nanti bila dah tak kenan (suka) dia boleh kick kau macam bola," ujarnya. Menerusi bebenang tweet yang dikongsikannya juga, Angeline memaklumkan seseorang wanita itu perlu melihat secara menyeluruh isu ini. Jelasnya, jika seorang lelaki benar-benar ingin memiliki wanita, dia akan sanggup melakukan apa saja untuk orang yang dicintai. "Even you tak minta hantaran pun dia akan cari untuk you... untuk halalkan dan membina kehidupan bersama. "Hantaran ni bukanlah RM10,000 atau RM30,000, ia bergantung kepada lelaki tersebut nak bagi berapa dan ia mencapai kata sepakat daripada kedua-dua pihak. Sebab itu adanya pertunangan. Antara reaksi netizen berhubung topik berkenaann. "Kalau I pelik lelaki yang cakap menyusahkan pihak lelaki, kalau rasa susah cakap 'pakcik maaf saya tidak dapat tunaikan hantaran yang diminta dan back-off'. "Satu lagi, ada je parents yang okay kosong hantaran, Then why tak kahwinkan masa awal-awal bercinta?. I also talk to him (pasangan) I kesian dia kerja siang malam dan dia juga kerja dengan I bila free. I mention this (tiada hantaran) but he insist! He love me, hantaran is on him. ANGELINE "Tunggu empat hingga tujuh tahun couple baru nak kahwin? Nak buat dosa lama-lama?" ujarnya yang turut mempersoalkan tindakan segelintir ibu bapa yang membiarkan anak mereka bercinta dalam tempoh lama.' Dalam pada itu, Angeline juga menyatakan dia pernah berbincang dengan pasangannya berhubung isu hantaran. "I also talk to him (pasangan) I kesian dia kerja siang malam dan dia juga kerja dengan I bila free. "I mention this (tiada hantaran) but he insist! He love me, hantaran is on him. Ada juga hantaran yang diberikan meliputi majlis persandingan. - Gambar Google "He such a responsible man I even known. That's why I cakap, hantaran ni small matters bila that man wants you," luahnya. Angeline juga menyifatkan, individu yang 'bising' tentang hantaran adalah seorang lelaki pemalas kerana dia akan memberi beribu alasan. "Also if perempuan tak kisah pun tiada hantaran so go ahead, ada yang hantaran ratus ribu bercerai juga. Siapa kita nak tentukan. "But I seen, read a lot of cases and experience from someone I kenal. Tiada hantaran, kahwin pun banyak perempuan keluar duit... laki sia-siakan dia. End-up menyesal sebab setuju kahwin tanpa hantaran. "Ada yang boleh terima, ada yang tidak boleh. People are different, we cant stop people from feel guilty," tegasnya mengakhiri bebenang Tweet. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI