suria

Berbaloi berangan! Ketika menganggur dan jadi ‘beban keluarga’, Imran Bard dijemput catwalk peragakan fesyen Hatta Dolmat

Imran terharu diberi peluang berjalan di pentas peragaan fesyen pada minggu lalu.

YOUTUBER dan personaliti TikTok terkenal, Imran Bard menganggap tahun 2022 sebagai fasa baharu yang penuh kejutan buat dirinya.

Terbaharu, pemilik nama Muhammad Al Imran Badaruddin itu turut dijemput untuk berjalan di pentas peragaan fesyen oleh pereka terkenal, Hatta Dolmat.

Menunut anak jati Melaka yang berusia 21 tahun itu, pengalaman berjalan di pentas fesyen pada minggu lalu disifatkan sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini pelik dirinya dianggap menghiburkan warganet sehingga digelar ‘Anak Kiriman Heaven’ - “Keluarga pun cakap saya tak kelakar”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai keliru tengok video tutorial masak stik... ‘cef’ macam pemalas, ikhlas ke tak nak kongsi ilmu? - “Niat saya nak bergurau”

"Semuanya berlaku dengan cepat, saya sangat teruja. Dalam setiap perjalanan hidup saya, ada kejutan yang datang tiba-tiba. Dalam kegembiraan, ada juga sedih yang saya tak tunjuk.

"Sejak dulu memang saya selalu angan-angan nak berjalan di pentas fesyen. Tak sangka secepat ini ia jadi kenyataan. Tiba-tiba abang Hatta jemput untuk catwalk," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Imran mengakui pengalaman itu tidak semudah yang disangka, malah dia juga risau berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika berjalan di pentas peragaan.

"Memang berdebar gila. Tapi mereka semua cuba bantu tenangkan saya. Alhamdulillah, ketika berjalan di pentas tu, saya pandang terus saja, saya tak pandang orang di bahagian tepi.

imran4

Imran mula dikenali ramai selepas videonya tular di TikTok.

"Saya fikir, ini merupakan pengalaman pertama, saya kena buat betul-betul. Tapi masa turun tangga tu, saya risau akan jatuh, sebab tu saya turun dengan perlahan. Saya kata, kalau jatuh habislah viral," ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Dalam pada itu, Imran yang juga pelajar bidang Kulinari berkata dia enggan mempersiakan segala ilmu yang dipelajari selama ini.

Saya ikut ketetapan rezeki yang sudah tertulis di Luh Mahfuz. Kalau masuk bidang fesyen pun, saya tak akan lupakan content memasak.

IMRAN BARD

Tidak menolak seandainya ada rezeki dalam bidang fesyen, Imran juga mahu fokus terhadap content masakan di YouTube yang banyak menaikkan namanya sebelum ini.

"Saya rancang untuk fokus terhadap dua-dua bidang. Saya ikut ketetapan rezeki yang sudah tertulis di Luh Mahfuz. Kalau masuk bidang fesyen pun, saya tak akan lupakan content memasak.

"Dengan content memasak di YouTube saya dapat sampai ke tahap ini. Saya tetap akan curi masa untuk buat kedua-duanya.

imran2

Imran bersama pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

"Saya juga baru menamatkan latihan industri untuk pengajian Kulinari pada 20 Januari lalu. Sekarang saya menganggur dan hanya menjadi beban keluarga," ujarnya dalam nada berseloroh.

Dalam temu bual sama, Imran turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua peminat yang banyak memberikan sokongan buatnya selama ini.

"Tak kisahlah berapa umur anda, saya nak cakap terima kasih kerana menerima saya seadanya walaupun saya agak lembut. Kerana anda, angan-angan saya tercapai.

imran3

Imran berjanji untuk terus aktif menghasilkan video masakan di YouTube.

"Siapalah saya tanpa anda semua. Semoga rezeki berbalik kepada anda dan semuanya sihat walafiat," ujar Imran lagi.

Untuk rekod, kisah Imran serta video-video masakan dengan elemen komedi pernah mendapat liputan mStar pada 3 Oktober tahun lalu.

Sehingga kini, Imran memiliki 1.4 juta pengikut di TikTok, 344,000 pengikut di Instagram dan 407,000 subscribers di platform YouTube.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain